Bab 73 - Wasiat

1K 22 0
                                    

Aku duduk kat dalam bilik. Dah tiga hari aku terlentang kat dalam bilik. Demam sebab sebab main hujan plus demam terkejut. Habis berhingus aku punya hidung. Yang pasal hidung berhingus tu sebab aku banyak menangis plus selesema. Time aku sorang-sorang dalam bilik, teringat semua perbuatan dan perkataan yang pernah arwah Zain kata.

Baru beberapa hari dia pergi. Rindu aku menjulang-julang tingginya pada Zain. Zain tak sempat nak tahu betapa baik dan cemerlangnya keputusan PT3. Bila aku kenangkan semua tu, air mata aku mengalir.

Tadi, Qhay ada datang melawat. Tapi, dia sekadar tanya khabar aku gitu. Tak kisah pun. Yang aku kisah bila Khalid yang datang. Dia datang ada bawak satu kotak bersaiz sedang. Aku ajak dia masuk, dia tak nak. Dia kata, dia datang setakat nak bagi aku kotak tu je. Bila aku tanya daripada siapa, dia kata rahsia. Aku kena buka dulu. Lepas tu dia blah macam tu je.

Lepas makan tengah hari, aku masuk bilik dan check apa yang Khalid bagi tadi. Banyak gila barang. Ada bebola kaca yang dalamnya ada salji, bear kecik dan beberapa barang lagi. Semua tu macam aku pernah nampak. Sedang aku belek-belek barang dalam kotak tu, aku nampak ada sepucuk surat bersampul coklat.

"Surat apa ni?"

'AFEEFA ZANDRA'

Wah! Bukan main besar lagi dia tulis nama aku. Nasib cantik. Kalau tak, lama aku kutuk. Aku membuka sampul itu dan mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat. Di dalamnya, tertulis dengan coretan tangan yang indah bila dipandang. Cantik benorr tulisan sampai tulisan aku pun kalah.

Aku mula membaca.

Hai Zandra. Kau ingat tak masa first time kita jumpa masa kat sekolah? Aku ingat. Kita jumpa masa kau tengah bertugas kat perpustakaan. Aku dah lama usha kau daripada jauh sejak form 1 lagi. Salah! Aku usha kau daripada kecik lagi. Tak sangka, akhirnya kita terjumpa jugak. Tapi masa tu kita asyik gaduh je sampai form 3. Yelah, masa tu aku degil. Aku tahu tu. Aku tahu kau seorang perempuan yang kuat. Buktinya, kau boleh lawan mulut dengan aku selama aku sekolah kat situ. Kau salah satu kurniaan Allah pada aku. Terima kasih sebab terima aku seadanya. Tapi, aku confirm. Aku confirm time kau baca ni, aku dah tak ada. Betul tak? Janganlah nangis. Kau ni kuat, tapi suka nangis. Macam mana kau ni?

Aku tergelak saat membaca surat ni. Terhenti seketika airmata aku. Tapi, still menangis.

Cinta aku pada kau, ikhlas dan tulus. Tak sedetik pun aku lupa pada kau. Buktinya, barang-barang yang ada dalam kotak tu, semuanya daripada kau. Aku masih simpan sampai sekarang. Kau je yang selalu lupa pada aku. Kan? Tak pe, dah biasa. Jalani hari-harimu dengan hebat. Aku tengok kau tau. Jangan lupa solat. Doakan aku. Nanti, kita jumpa kat syurga. Ok?

Aku lepas semua pergi,
Bukan kerna aku benci,
Tapi kerna ku terlalu mencintai,

Percayalah oh sayangku,
Nikmati dulu usiamu,
Nanti kau temu cintamu,
Bukan aku.

Kau mesti tahukan, ni lagu siapa? Of course. Because you're the person who can sing very well. Semoga kau selalu happy. Aku sayang kau dan sayang aku takkan pudar. Cinta manusia aku hanya untuk kau. Tapi, tak semestinya cinta manusia kau untuk aku. Sekarang, aku akan mengundurkan diri buat selamanya. Terima kasih buat segalanya. Sama ada layanan kau, ucapan kau, atau perlakuan kau. Selamat tinggal kekasih. Assalamualaikum.

Your unofficial lover, Zain Aryan

Aku mendakap surat yang arwah Zain ditinggalkan untuk aku. Terdapat beberapa titis darah yang menghiasi kertas putih itu. Aku pasti, dia kuatkan semangat untuk menulis semasa dia sakit. Airmata aku berguguran jatuh.

Ya Allah! Perit untuk aku terima semua ini.

Airmata aku tak pernah kering buat masa ni. Aku sering terimbau kenangan aku bersama Zain. Semua tu membuatkan jiwa aku meronta kesakitan. Aku tak nak semua ni terjadi. Tapi, bukan aku yang aturkan segalanya. Aku kena reda.

Rantai yang berloket itu, bunga, coklat dan segala barang yang diberikan kepada aku selama seminggu itu adalah pemberian daripada Zain Aryan. Rantai itu mempunyai gambar aku dan dia. Barang-barang yang aku terima adalah untuk aku ingat semula. Dan barang-barang dalam kotak itu ialah kenangan aku dengan dia semasa kecil.

Aku menghelakan nafas penat aku dan berbaring di atas katil. Surat dan rantai itu aku peluk sehingga aku terlelap dan dibuai mimpi.

Aku tak akan sesekali melupakan kau, Zain Aryan.

~TAMAT~

PenjagaWhere stories live. Discover now