Setelah berlatih berhempas pulas macam nak mati aku rasa. Akhirnya, tibalah masa untuk aku dan team aku beraksi. Sebenarnya, aku rasa seram jugaklah nak menjejakkan kaki di sekolah papa angkat aku ni. Bukan aku tak tahu otak dia yang suka sangat nak menjaga aku. Tapi, kalau betul dia nak menjaga aku, janganlah sampai pisahkan aku dengan keluarga aku. Itu bukan menjaga. Itu mendera. Sakit pulak hati aku bila diingatkan semula.
"Afeefa. Jangan stres sangat. Kita ada game ni untuk suka-suka. Jangan meroyan pulak dengan orang yang kat sini." suara Amirah menjengah ke pendengaran ku. Aku mengangguk. Macam tahu-tahu pulak aku tengah tension ni.
"Aku tahu." jawabku melirih.
Aku dan semua pelajar yang ada masuk ke perkarangan sekolah itu. Aku nak rasa apa? Excited? Gembira? Entahlah. Aku cuma nak permainan ni habis dan aku boleh balik dengan segera. Itulah yang aku fikir sekarang ni. Belum lawan lagi dah fikir nak balik. Aku bergerak ke kantin. Besarnya! Tapi, still lagi besar kantin sekolah aku. Bukan nak riak, kenyataan.
Hampir 10 minit jugaklah aku menunggu kat situ sambil berhuha-huha dengan kawan-kawan aku yang lain.
"Warda, kau ada buku lain tak? Bosan wei, kat rumah. Nak hadap phone je. Sakit mata aku." kataku kepada Warda di hadapanku.
Aku kan pembaca novel. Semua yang bertulis, semua aku baca. Dulu, sebelum PT3, jiwa aku bukan jiwa buku teks, tapi jiwa novel. Dah nak dekat peperiksaan baru aku bukak lah sikit. Sikit je. Tak sampai bab 3, aku dah lelap dulu. Kan aku dah cakap, Zain lagi rajin menelaah buku daripada aku.
Aku mengambil buku dari pada pegangan Nisya yang bertajuk Room Mate. Buku tu, memang aku dah baca minggu lepas. Tapi, belum habis. Baru bab 2 aku dah tutup.
"Buku ni, aku nak pinjam baliklah." Nisya pun mengangguk. Ni, kawan-kawan Zain sekelaslah ni. Aku tak ada hal nak bergaul dengan diorang selagi diorang tak buat onar.
"Kau tak habis baca lagi? Bukan minggu lepas kau dah baca ke?" Warda menyoal.
"Memanglah. Aku rasa macam tak best. Tu yang aku nak baca lagi sekali. Ogy kata buku ni seram. Nak tahulah buku ni betul-betul seram atau tak." kataku seakan mencabar diri. Aku takkan percaya sesuatu kalau aku tak merasakan sendiri. So, aku kenalah baca balik semula. Kot-kot timbul emosi sampai terkencing ke, kan? Ceh, belagak betul!
"Ok, semua pergi ke dewan belakang. Jangan sesat pulak." kata cikgu sekolah itu.
Eleh, sekolah ni, aku dah banyak kali pergi kot. Takkanlah nak sesat pulak. Lagi-lagi aku berlagak. Kenapa dengan aku ni harini? Berlagak tak tentu pasal, tak kena tempat. Aku berjalanlah ikut sesedap langkah dan sampailah ke dewan mereka yang gah berdiri, memayungi pelajar-pelajar sekolah itu membuat latihan bola jaring.
Ada yang sedang berlatih menjaring. Ada yang berlatih membaling. Ada juga yang tak berlatih. Ini lagi hebat. Hahah..
###
Oleh kerana posisi aku ni GA, aku pun, berlatihlah menjaring. Mula-mula bosanlah juga sebab tak dapat nak shoot betul-betul. Tapi, selepas aku dapat rentak, nak tinggalkan gol pun susah. Game dah nak bermula. Game first, akan dilawan oleh Team B sekolah aku dengan Team A sekolah Bapak aku. Aku mula rasa gerun sebab, sado-sado badan diorang ni. Semangat lebih! Aku yang seriau nanti nak lawan.
Oleh kerana aku masuk perlawanan kedua nanti, aku tengoklah perlawanan mereka. Not bad. Yang susahnya bila dapat persaingan yang bapak beso. Aku rilekskan otak sebab lepas ni, aku yang akan lawan dengan team B diorang. Semua jaringan akan bergantung kepada aku dan GS. Memang seram. 7 minit masa kedua sudahpun tamat untuk game yang pertama.
"Rasa menyesal pulak sebab tak pergi tandas tadi." gumamku sendiri.
Kini, aku pula yang masuk ke gelanggang. Aku pergi ke posisi aku dan kemudian, GD pulak kat sebelah aku. Bukan GDragon. Wah, amat beruntung kalau GDragon sebelah aku. Tapi malangnya, yang kat sebelah aku ni, Goal Defence. Kurus orangnya. Sama saiz je dengan aku. Tapi, tinggi dia sikit. Semua pemain sudah ke tempat mereka.
Priitt!
Bunyi wisel di tiupkan. Bermulalah perebutan bola di antara dua pasukan. Strategi kitaorang sama je. Kalau WA, Ayna pergi ke depan, aku bersedia jelah bawah goal. Tapi, aku memang kena duduk bawah gol jelah, senang. Aku free, aku shoot. Semua tu, berlarutan sehingga 7 minit pertama habis. Tahu-tahu je, dah 7-0. Kenalah berbangga sikit. Tapi..
"GA, kalau boleh, janganlah suka sangat bila dah dapat gol. Kita ni, nak main suka-suka. Nanti, diorang cakap apa pulak. Kita ni main kat sekolah diorang. Suka tu, jangan nak tunjuk sangat."
Wah! Aku gembira pun, kena tarbiah. Tapi, betullah tu apa yang Cikgu Jane cakap. Takut diorang rasa diprovok pulak. Aku ambil sebagai pengajaran. Masa 7 minit kedua, aku memang tak senyum lepas gol. Aku bersorak dalam hati je. Nak sorak kang, tak boleh. Aku main sehabis boleh. Team B ni, senang sikit berbanding yang aku tengok di Team A. Mungkin, ni team pilihan kot. Tu yang lemau sikit. Akhirnya, aku dapat mata kemenangan. 10 berbalas 2.
###
Lepas je game aku habis, aku terus ke tandas. Banyak minum air aku ni. Selesai, membuang hajat. Aku terserempak dengan Qhay. Eh? Betul ke itu Qhay? Aku sempatlah nak menggosok-gosok untuk meyakinkan yang tadi tu, Qhay. Lepas aku bukak mata je, Qhay dah hilang. Betul ke tu dia? Eh, aku ni dahlah merayau sorang-sorang. Dibuatnya aku terserempak dengan mamat gila. Bukan aku tak tahu perangai budak-budak sekolah ni.
Sedang aku berjalan, aku rasa seperti diperhatikan. Gerak-geriku seperti diekori. Aku menjeling ke belakang dan melihat ada figura yang tidak aku kenali mengejar aku daripada belakang. Tulah, berlagak lagi kat sekolah orang. Kan dah kena aim. Aku melajukan langkah sebelum...
"Kau ni dah kenapa? Aku yang besar ni, kau tak nampak ke?" sergah Zain apbila aku terlanggar dia. Eh mamat ni! Kalau tak mengenangkan aku yang rendah daripada kau ni, dah lama aku nak luku kepala kau. Aku memandang ke belakang dan mencari figura tadi. Tak jumpa. Berhalusinasi lagi ke aku ni? "Terlanggar aku, lepas tu dah tak betul?" sambungnya.
"Tepilah. Malas aku nak layan orang yang banyak sangat baca kamus ni. Ada je yang dia nak perli." balasku dan terus pergi. Zain menggelengkan kepala.
Betul ke itu Qhay? Entahlah. Malas nak fikir. Ingat Feefa. Lepas ni, team kita nak lawan. Aku mengingatkan diri ini. Langkah ku terus ke dewan tadi.
Tanpa ada yang perasan, ada sepasang masa yang memandang.
###
Separuh masa yang kedua berlangsung dengan sengit. Susahnya nak dapat gol. Time-time genting nilah, aku dah start gabra. Aku menjaringkan bola dengan penuh berhati-hati. 10 saat lagi untuk aku bertindak. Aku memasukkan bola itu dan dengan serta-mertanya, wisel ditiup. Alhamdulillah! Tempat pertama.
Sekali lagi, Aku nampak figura Qhay berlegar-legar di hadapan ku. Benar! Itu dia. Tapi, dia tak nampak aku. Dia berjalan ikut langkah dia. Masalahnya, dia sekolah sini ke? Bukan ke dia ada dekat Sabah sana. Asal dia balik ke sini? Lantaklah dia. Bukannya aku ada kena mengena pun dengan dia.
Selepas tamat penyampaian hadiah, aku dengan team aku yang lain bergerak meninggalkan sekolah itu. Entah kenapa aku rasa berat hati pulak nak tinggalkan tempat tu. Ah, mengadalah kau, Feefa, bentak hatiku. Aku menaiki bas semula untuk ke sekolah ku.
YOU ARE READING
Penjaga
Teen FictionAfeefa Zandra tinggal dengan mama dan papanya yang amat menyanginya. Akan tetapi, abangnya, Amran Firdaus sangat bencikan dirinya. Afeefa dijadikan kuli untuk membuat itu dan ini. "Takkanlah tangan tu dah kudung. Boleh je kan nak kemas sendiri?"...