Bab 25 ~ Imam ~

11.6K 487 25
                                    

KEMBALI ke dunia nyata. Realiti yang harus aku hadap. Itulah memori yang ingin aku hapuskan. Memori yang menyakitkan ramai pihak. Termasuk aku. Sudah tiba masanya tak aku kenang lagi. Prioritiku sekarang adalah untuk mendapatkan sekeping hati yang telah lama pergi dibawa angin-angin kehidupan. Mencabar. Ya, aku tahu. Menyerah? Not in my option.

Nafas panjang aku tarik. Ingin berbicara tentang masa depan kami.

"Saya takkan paksa awak untuk cintakan saya, Hez. Tapi satu saja saya nak minta, please... Buka hati awak untuk saya. Bagi saya ruang untuk masuk ke hati awak. Awak tak perlu buat apa-apa, biar saya yang tebus segalanya," pintaku bersungguh-sungguh.

Tahukah dia... Yang aku benar-benar terdesak untuk memperoleh cintanya.

Hati aku kentalkan. Merapatkan tubuh kami sedikit demi sedikit. Tahu-tahu saja lutut kami bersentuhan. Haezril tampak terpegun dengan tindakanku. Namun, tak pula dia menolak. Pipinya aku belai lembut. Membuatkan jantung kami berdegup kencang. Matanya terpejam. Terbuai. Aku tahu dia sedang berperang dengan perasaannya.

Sesungguhnya aku impikan belaian seorang lelaki bergelar suami. Memang perasaan takut dan segan itu wujud. Namun fitrahku sebagai seorang wanita, aku ingin disayangi. Terutama sekali disayang dia, Haezril Hakimi. Lelaki pertama yang bertaman di sarang hatiku.

Dari pipi, tangan aku mula mendarat pada lehernya. Leher panjangnya aku tarik. Pipi hangat itu aku kucup. Lama. Mata aku dan Haezril bertentang, melepaskan ribuan makna tersirat. Hanya aku dan dia yang faham akan gelojak hati kami.

"Lea. You better stop this. Or else, do not regret this later on," ucap Haezril dengan nafas yang naik turun. Wajahnya dilarikan. Membina tembok yang aku cuba leraikan.

Tanpa mempedulikan kata-katanya, lehernya aku dapatkan kembali, merapatkan semula wajah kami. Sederas air terjun yang mengalir, bibir merahnya aku kucup laju. Sekali lagi, matanya aku tatap. Tak tahulah syaitan zaman purba mana yang merasukku. Pastinya, aku nak lebih daripada itu.

Aku bangun. Perlahan-lahan melabuhkan punggungku di atas ribanya. Mata Haezril yang membutang tak aku hirau. Bibirnya terus aku tawan dengan lebih lama. Tanganku tenggelam disebalik rambut hitam lebatnya. Mataku terbuka sejenak tatkala tangan nakal Haezril mula membaluti pinggangku.

Bibir Haezril menjadi aktif secara tiba-tiba. Mendominasi bibirku. Menjadikan aku teragak-agak untuk membalasnya. Nafas kami sudah tidak keruan. Dapat aku rasakan jantungnya berdegup kuat di sebalik dadaku. Aku hilang arah apabila bibir Haezril menapak ke rahang dan menjalar ke leher aku.

Tanganku terketar. Bukan kerana takut. Tapi aku tak biasa. Bayang pun tak pernah. Haezril lelaki pertama yang memperlakukan aku seintim itu. Dia yang menghadirkan rasa aneh dalam hatiku.

Tok tok tok!

Aktiviti kami Haezril terhenti serta-merta. Aku telan air liur. Pahit. Janggal. Berderau darahku melihat wajah tenangnya. Rasa malu menyambar segenap tubuhku. Bahang kian terasa. Ya Allah, apa aku buat siang-siang macam ni? Terlanjur perahu boleh diundur, terlajak cium, apa aku nak buat?

"Kak Lea! Abang Hez! Abah ajak solat jemaah," laung Dania dari luar.

"Hah? Ha! Ya ya. Okey okey," balas aku kalut-kalut. Baru teringatkan sesuatu, Sudahlah pintu tak berkunci. Kalau Dania buat perangai serbu tanpa ketuk pintu. memang sah aku pura-pura pengsan terus. Tak dapat nak tanggung rasa malu yang mencecah segala puncak tertinggi dalam muka bumi ni.

Tak berlengah. Kalut-kalut aku bangun dari ribaan Haezril. Nak pandang wajah dia pun tak mampu. Wajahku kebas. Waktu aku buat tadi, tak ingat dunia. Dah sedar, baru rasa macam nak terjun kolam jiran sebelah.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now