Bab 34 ~ Lemah ~

11.6K 468 14
                                    

TANGANKU ligat ke sana ke mari, membelek beberapa dokumen penting berkaitan kewangan syarikat. Jam menunjukkan pukul satu tengah hari. Patutlah lengang lain macam, dah waktu lunch rupanya.

Aku masih meneruskan kerja yang tergendala. Tak ada selera. Hmm... Macam manalah keadaan Haezril sekarang ni? Lelaki itulah punca seleraku merudum sehari dua ni. Kepala aku dongak. Mataku terhala pada pintu pejabat yang menempatkan bos besar Ineffable Restaurant. Sunyi tidak berpenghuni. Keluhan kecil, aku lepaskan.

"Lea, jom lunch sekali dengan akak," ajak Kak Izzah yang tiba-tiba saja muncul di depan meja kerjaku.

Kata-katanya aku balas dengan senyuman diet. Kurang gula. Hambar.

"Lea tak ada seleralah, Kak Izzah. Naik muak tekak ni sebab asyik makan makanan luar je. Bosan. Duduk dekat Perth haritu, tiap-tiap hari Lea makan dekat luar. Ingat nak masak, tapi macam tak berbaloi, saya sorang je yang nak makan."

"Lah, bagusah macam tu. Harini akak masaklah. Meh la join sekali. Akak memang sengaja bawak lebih untuk Lea," ucap Kak Izzah tenang. Tersenyum lebar seperti selalunya.

Mataku bersinar. Lama tak rasa air tangan mantap Kak Izzah.

"Kak Izzah ni... Sebab nilah Lea sayang sangat dekat Kak Izzah!" Aku tersengih. Segala fail dan dokumen, aku kemas dan tutup cepat-cepat. Nak kejar solat zohor pula lepas makan.

"Amboi, lepas sebut pasal makanan terus sayang."

Senyuman sumbing terukir di bibirku. Isyarat peace aku beri. Alah Kak Izzah ni, macam tak tahu...



"BILA Mr Hakimi nak balik?" tanya Kak Izzah sambil membuka mangkuk tingkat. Tak berkedip mataku memandang sup ayam bersama ubi kentang dan lobak merah. Dah seminggu aku termimpikan sup ayam mama. Alhamdulillah, rezeki!

Menu seterusnya turut dibuka. Kubis goreng kunyit. Bekas yang terakhir membuatkan kecur air liurku semakin sukar dibendung. Ulam-ulaman dan sambal belacan. Buat tengkuk orang Melayu, itulah menu yang terbaik sekali!

"Ya Allah... Kak Izzah, ni semua favourite food Lea. Rajinnya akak masak pagi-pagi. Bertuahlah siapa dapat kahwin dengan akak." Aku puji melambung. Memang selayaknya dia terima pujian tersebut.

"Ha, kalau favourite sangat, makan bagi banyak sikit. Risau akak tengok, lately ni Lea tak makan sangat."

"Baiklah Kak Izzah sayang." Terharu aku melihat keprihatinannya. Meskipun baru kenal, Kak Izzah ibarat kakak yang aku temui. Ah sudah, dah macam sinetron mak tercicir anak tepi sungai.

"Mr Hakimi dengan Encik Haris balik bila? Diorang okey ke dekat sana?"

Punyalah aku nak lari daripada soalan berkenaan Haezril. Tapi itulah, tahu sangat yang Kak Izzah takkan lepaskan aku semudah itu. Jongket bahu. Jawapan paling selamat. Biasalah Haezril, spesies main redah ikut kepala dia. Rasa nak balik nanti, dia baliklah. Dia kan bos, lainlah kuli tekan kalkulator macam aku.

"Betul ke ni?" Kak Izzah memberikan pandangan penuh curiga.

"Fine. Haris ada mesej Lea semalam. Katanya lagi sehari dua diorang akan balik. Tapi Lea malas nak percaya. Karang jadi harapan palsu pulak."

"Setia betullah Haris tu dengan Mr Hakimi. Dari awal akak bekerja sampailah sekarang, dia yang selalu melekat dengan Mr Hakimi ke mana-mana. Ambil cuti pun jarang-jarang sangat. Untunglah siapa jadi isteri dia. Rupa pun ada."

Tekun aku menyuapkan nasi sambil mendengar perkara yang Kak Izzah bebelkan. Angguk. Setuju dengan bicara Kak Izzah. Sejak aku dengan Haezril kahwin, Haris yang menjadi pengantara tak berbayar hubungan kami.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now