Bab 20

79 0 0
                                    

                "Awak dah balik?" Tanya Alya saat mendapat panggilan dari Nazrin.

               "Keluar kejap.Ada sesuatu saya nak tanya."

               "Awak datang? Tak penat ke?"

              "Keluar sajalah. Saya di depan rumah awak ni."

             Alya cepat-cepat mencapai tudung dan kardigan. Pelik juga. Nada suara Nazrin kedengaran sangat serius. Mungkin sengaja dibuat suara begitu untuk takutkan Alya. Bukannya Alya tidak tahu Nazrin suka mengusik.

             Alya keluar dari rumah dan tersenyum. Namun, wajah Nazrin serius seperti nada suaranya tadi. Alya cuba untuk berlagak seperti biasa.

         "Ada apa? Tak sabar-sabar betul tunggu esok ya?." Alya tersenyum lagi.

        "Nazhan jumpa awak?"

         Alya terdiam.

        "Dia datang butik atau jumpa di tempat lain?"

         Alya masih diam. Senyumannya sudah pudar dari wajahnya. Nazrin melihat jam di tangan. Wajah Alya ditenung. Alya melarikan pandangannya ke arah lain.

        "Awak diam. Awak tak bela diri awak?Jadi, awak setuju dengan pendapat saya yang awak ni pergunakan diri saya?"

         "Apa awak cakap ni?"

          "Stop it, Lia.Tolonglah jujur. Saya penat macam ni. Saya sampai sekarang tak percayakan awak. Tak percayakan cinta awak. Saya berharap awak dapat buktikkan pada saya. Tapi, sampai sekarang Lia. I got nothing. Nothing."

           Nazrin masih memandang Alya. Masih menantikan jawapan dari Alya. Air mata sudah mula bergenang di kelopak mata Alya. Sedih mendengar kata-kata Nazrin.

         "Kalau macam tu, saya rasa cukup sampai sini sajalah."

          Kata-kata Alya membuatkan Nazrin pula terdiam. Alya memandang Nazrin.

         "Saya pun dah penat. Cakap saja pada abah awak yang kita dah putus. Lepas ni,awak dengan cara awak dan saya dengan cara saya. Saya pilih Nazhan sekalipun biarkan. Itu bukan hak awak untuk halang."

          "Apa awak cakap ni? Sedar tak yang Nazhan tu dah beristeri? Tolonglah keluar dari mimpi zaman sekolah awak tu. Awak nak jadi perempuan murahan ke? Main rampas suami orang?"

         Panggg.....

         Satu tamparan kuat hinggap di pipi Nazrin. Air mata Alya akhirnya mengalir deras.

         "Awak tampar saya sebab Nazhan?" tanya Nazrin sambil memegang pipinya yang terasa hangat.

        "Baliklah! Awak dah tak ada hak untuk persoalkan siapa pilihan saya!"

          Nazrin terus masuk ke kereta tanpa sebarang bicara. Hatinya hancur. Sakit hati mendengar kata-kata Alya. Jadi, selama ini Alya tak pernah cintakan dirinya. Penat. Penat selepas apa yang pernah dilakukan untuk Alya.

         Alya masuk ke dalam rumah. Dia terduduk di ruang tamu. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benci Nazrin selepas apa yang Nazrin katakan.

Pilihan Hati Where stories live. Discover now