experiences : monkey dreams.

925 145 187
                                    


EXPERIENCE

Monkey Dreams.

Bukan, bukan mimpi yang kau jumpa sekumpulan monyet kemudian dia serang kau then kau lari lintang pungkang dan akhirnya kau terselamat like how hero dalam movie yang klishe ends up. But no, this is way much different.

Monkey dreams atau lebih dikenali sebagai 'Saru Yume' ini merupakan salah satu urban legend yang terkenal di Jepun. Mungkin ada di antara korang semua yang dah tahu apa sebenarnya monkey dream yang Fy cakapkan ini.

Kalau dah tahu, bagus lah. Tetapi pada sesiapa yang tidak tahu, biar Fy terangkan berdasarkan pemahaman Fy. Monkey Dreams ini merupakan sebuah mimpi ngeri yang kita alami dan kita sedar pada waktu itu yang kita bermimpi. Dikatakan lagi, mimpi ini juga merupakan mimpi yang mampu membunuh pemimpi tersebut.

Pemimpi akan menjalani tiga mimpi yang mengerikan dan pada akhir mimpi itu pemimpi akan dibunuh atau terbunuh. Orang mengatakan, kalau kita mengalmi mimpi ini, kemungkinan besar pada mimpi yang ketiga, kita akan mati betul-betul di alam nyata. Tetapi jangan percaya bulat-bulat ha, karang berdosa pula. Segalanya berada di tangan Allah SWT, Wallahualam.

dan sekarang Fy akan ceritakan pengalaman Fy mengalaminya.

Pada mulanya, Fy ada tahu juga tentang urban legend mengenai mimpi ini, tetapi Fy tak mahu lah nak percaya sangat. Lagipun kita semua tahu yang mimpi ini adalah mainan syaitan. But after that, Fy dapat mimpi yang amat pelik; more like creepy. Like Monkey dreams, pengakhiran mimpi itu Fy akan dibunuh atau terbunuh.

Furthermore, Fy start dapat mimpi tu semua straight tahun ni. Setakat ni Fy dah dapat tiga mimpi yang berlainan tetapi pengakhiran nya sama; Fy dibunuh.

Fy maklumkan pda korang semua, yang ini bukan gurauan. Fyi, Fy tak ada masa nak mereka-reka cerita tentang perkara yang berkaitan dengan nyawa Fy. Ini experience benar Fy sendiri.

MIMPI PERTAMA.

Mimpi yang pertama ini Fy rasa tidaklah begitu seram kalau nak dibandingkan dengan mimpi kedua dan ketiga. Tetapi sumpah, Fy benar-benar dapat rasakan tense semasa dalam mimpi tersebut.

Fy terbangun daripada tidur ( dalam mimpi tu ) dengan berita kakak Fy, hilang dan kena culik. Oleh kerana Fy dan kakak Fy tidur dalam sebilik yang sama, mereka semua menyoal Fy sama ada Fy ada nampak atau dengar apa-apa jikalau ada penculik ke apa yang masuk ke dalam bilik kitorang. Tetapi Fy yang dalam mimpi tu peliklah sebab Fy tak dengar apa-apa pun. Sedar-sedar kakak Fy dah hilang.

Yang membuatkan family Fy gelabah tak tentu arah, kat bersebelahan katil kakak fy ada banyak titisan darah. Seperti manusia yang normal, siapa je tak freak out? Tambahan lagi jika ia berlaku pada keluarga kita.

Fy aware yang Fy bermimpi pada waktu tu, Jadi Fy macam : benda ni tak real kot buat apa nak takut. Haa, acah berani ah sangat.

Suddenly, bapa Fy terima satu panggilan daripada penculik tu (tiber?) katanya dia nak meet dekat satu gundang ni lah dengan pampasan itulah inilah. Ha, makin gelabah lah Ibu Fy.

Jadi, dijadikan ceritanya dalam mimpi tu Fy tahu tempat tu sebab terdengar perbualan bapa Fy. Fy kemudian nya pergi ke tempat tu.

Long story short, Fy sampai dalam gundang itu. Ia lebih kepada gundang terbiar dalam hutan. Fy pula pergi waktu malam tanpa pengetahuan parents. Otak memang letak kat lutut agaknya.

Fy kemudiannya nampak penculik itu sedang mengangkat kakak Fy yang dibungkuskan dalam kain putih. Kakak Fy yang masih sedarkan diri itu meronta-ronta. Fy menyorok disebalik semak, tengok penculik itu dengan senyap. Dan ya, penculik itu lelaki. Tetapi wajah dia Fy tak ingat.

fy's handbook.Where stories live. Discover now