experiences : intruder.

697 88 115
                                    


EXPERIENCES

Fy selalu tengok video kat youtube tentang perkara-perkara pelik yang terjadi di dalam dunia ni. Honestly, benda yang impossible dan kita tak jangka orang akan buat dah pun terjadi dalam dunia.

Yelah akhir zaman kan?

So, long story short, Fy ada tengok sebuah video ni di mana ada seorang lelaki yang menyedari rumahnya sering kehilangan makanan dan banyak barang dalam rumah dia lesap. Bila tengok balik, dia dah kunci pintu dan kawasan rumahnya semua berguard. Jadi semuanya misteri sekali kalau nak anggap ada orang pecah masuk rumahnya.

Kecuali kalau orang itu tinggal bersama lelaki tersebut.

So, nak find out dan bongkarkan misteri apa yang sebenarnya terjadi dalam rumahnya ini ketika dia tidur atau tiada, lelaki itu pasang sebuah kamera cctv yang tersorok di celah-celah rak bukunya dan biarkan semalaman.

Rasanya some of you guys tahu tentang perkara ni kan?

Keesokan harinya, dia lihat video itu dan menyedari bahawa ada seorang perempuan atau orang yang tinggal di laluan udara rumahnya. Pada setiap malam, dia akan keluar untuk makan dan kencing di rumah lelaki tersebut. Bila pagi, dia akan masuk semula ke ruang udara itu kemudian duduk di dalam sana diam-diam.

Ya, maksudnya orang itu tinggal di dalam rumah lelaki itu, pada masa yang sama tanpa diketahui oleh tuan rumah tersebut.

(Video sebenar)

Video ni Fy dah jumpa lama. To be honest, ada pengalaman orang yang tinggal sebumbung dengan kita tapi tak diketahui oleh kita sendiri ni amatlah creepy untuk di imaginekan. Bagi Fy lah. Sebab, cuba bayangkan kalau malam-malam kau tengah tidur dan dia keluar dan lihat kau waktu kau tidur? Mujur sahaja perempuan yang tinggal di dalam rumah tuan rumah tu tak cederakan tuan rumah tersebut. Kalau dia cederakan macam mana?

Itu mengerikan.

Dan tidak percaya pula benda ni terjadi pada rumah Fy sendiri.

Ni bukan rekaan okay? Memang betul terjadi dan Fy rasa pelik juga. Ni semua auta ke apa? Kebetulan? Tetapi dalam kes Fy, orang tu tak tinggal dalam rumah Fy tetapi cuba untuk pecah masuk ke rumah Fy.

And it happend at night. Obviously.

Disebabkan Fy suka tidur lambat, Fy akan stay up sampai jam 3 pagi. Selalunya itulah jam di mana Fy rasa ngantuk sangat kalau Fy stay up. Tetapi peliknya masa benda ni terjadi, Fy tidur awal. HAHA

Macam ni, dalam bilik Fy ni ada satu lubang untuk ke loteng. Memang ada satu lubang ah untuk connect dengan loteng. So kalau nak ke loteng kena masuk bilik Fy dulu kemudian panjat.

Pintu untuk ke loteng tu macam antik gila. Tolak je dah terbuka. Tetapi disebabkan benda tu berat tak semua orang boleh tolak. Plus, tinggi gila nak ke siling bilik so memang mustahil lah kalau adik beradik Fy yang main buka tutup loteng tu kan?

Hari keesokan harinya, Fy perasan yang pintu loteng tu teralih sikit and cara dia tutup tu terbalik. At first, Fy bagitahu parents Fy pasal benda ni and suprisingly diorang anggap perkara ni serius. Fy macam; tak percaya and anggap perkara biasa je. Tetapi my parents anggap benda tu benda besar sampaikan risau.

Dekat tepi-tepi dinding sekitar lubang tu pun macam ada kesan kotor; seperti orang tu nak turun daripada pintu loteng tersebut tetapi gagal sebab terlalu tinggi. Disebabkan di sekitarnya takde barang banyak pun dan pintu ditutup, jadi dia tak boleh turun.

And so, my dad naik ke loteng tu nak cari si intruder ni kan? Belum sempat naik ke atas, Fy yang ada dekat bilik air ( bersebelahan dengan bilik ; di bahagian hujung penjuru rumah) terkejut sebab ada macam bunyi orang mengesot kemudian tapak kaki. Kuat gila weh. Nak kata kucing, nah, sebab bunyi dia kuat lepas tu mengesot. Apakah.

Fy ingatkan tu ayah fy, so Fy pergi check dekat bilik Fy tapi ayah Fy masih lagi belum naik. Mak Fy pun pelik sebab nampak Fy pucat gila waktu tu.

That means, intruder tu masih dekat atas.

Dan dia cuba untuk larikan diri.

Bunyi mengesot tu lama gak ah tapi ayah Fy gagal tangkap. Tetapi ayah Fy ada bukti yang memang ada Intruder sebab bahagian atap rumah kitorang dipotong cantik; seperti memang ada orang yang potong nya. Tu bukti memang ada intruder dalam rumah kitorang selama ini.

Peliknya, parents Fy langsung tak report polis.

Malam tu, dengan pintu loteng yang masih dibiarkan begitu Fy tidur. Tak senang gak lah bila dah tahu ada intruder pernah masuk. Tetapi Fy endahkan je. Parents Fy punya lah risau sampai bangun 2,3 & 4 pagi untuk check up Fy.

Lepas selang beberapa hari, Ayah Fy akhirnya upah orang untuk buat lock sekitar pintu loteng tu supaya intruder tak boleh buka daripada dalam. And now, tak tahu lah sama ada intruder tu masih ada lagi ataupun tak. Harapnya tak.

Tetapi setiap malam memang ada dengar bunyi macam ada benda buat kerja belakang rumah and kadang kala, terdengar juga bunyi derapan kaki dekat siling. Tetapi bak kata parents Fy cakap, maybe tu halusinasi sahaja.

Nampak kan kesan kotor sekitar dinding tu? And yeah, kalau nak cakap adik beradik Fy yang buat, mustahil sebab bilik fy tingginya 10 kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampak kan kesan kotor sekitar dinding tu? And yeah, kalau nak cakap adik beradik Fy yang buat, mustahil sebab bilik fy tingginya 10 kaki.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

fy's handbook.Where stories live. Discover now