experiences : rasuk.

690 113 135
                                    


EXPERIENCE

Pernah kena rasuk tak?

As klishe as it be, ya pernah.

Fy actually tak suka cakap tentang hal berkaitan dengan rasuk ni. Lelagi kalau ianya experiance Fy sendiri. Bila putarkan masa ke waktu situasi itu.. memang terasa lah feelings macam benda tu ada dekat Fy. Boleh dikatakan Fy tak mahu cakap pasal benda ni dekat sesiapa. Even besties.

So kepada orang yang baca ni.. kalau korang kenal Fy in real life kan. Better not to talk about this to anyone. Or I will kill you. Because for me, benda ni bukan gurauan. Bukan benda yang kau anggap 'hebat gila do' no. Me myself, rasa menyesal sebab terkena benda ni.

But, its okay tho. Fy akan ceritakan hal ni kepada korang agar korang dapat pengajaran and not to do benda-benda ni. So you guys tak akan experience benda macam ni.

Tanpa membuang masa, mari kira mulakan.

Benda ni terjadi masa Fy pulang ke kampung halaman Fy di Johor Darul Takzim. Yes, Fy Johorean and both of my parents are. Rumah kampung Fy tu bukan diperbuat daripada kayu-kayan, dia diperbuat daripada batu semuanya. Boleh dikatakan besar juga. Tetapi bukan bertingkat.

Rumah itu memang ada zaman mak Fy kecik-kecik lagi. Masa remaja untill dah besar. Bayangkan lah bertapa lamanya? Rumah itu memang besar gila lah. Boleh dikatakan dapur dia je dah macam ruang tamu. Apatah lagi ruang tamu? Kalau tinggal seorang diri memang takut.

Fy macam biasa, tempat kampung an? Ada internet pun lembap. So, kita jadilah seperti budak kampung disitu. Fy duduk kat luar masa maghrib, makan buah pulasan yang ada ditanam belakang rumah tu. Makan punya makan, sampai azan berkumandang pun buat tak layan.

Mak Fy memang dah pesan tak baik kalau berkeliaran dekat luar waktu maghrib and fy tahu tentang tu tapi yeah, makanan diutamakan lagipun dekat Selangor jarang ah family Fy nak beli buah-buah ni. Tapi itu lah guys, jangan dibuat.

Selalunya, Fy dengan kakak Fy akan duk mengunyah buah-buah kat belakang rumha ini kalau balik kampung. Tetapi disebabkan dia masuk asrama, Fy sesorang ah. Takde geng. Adik yang lain main je tahu.

Tengah-tengah makan tu, tetiba rasa macam ada orang perhati. Tengok keliling takde pulak. Padahal masa memula datang tu takde pun rasa feeling macam ni. Tu yang pelik gila. Disebabkan terganggu, Fy akhirnya petik dua tiga kemudian bawak masuk dalam rumah. Bekalan lah katakan.

Malam tu, Fy lapar lagi. Dah lepas isyak tak silap. Makan malam dah lama dah, tapi still nak benda mengunyah benda. Oleh kerana pokok tu dekat je dengan pintu belakang, Fy keluar kejam petik dua tiga.

Dan start Fy petik tu rasa macam ada benda tak kena. Rasa macam ada lagi feeling yang orang tengok sampai bulu roma naik. MasyaAllah, masa tu perasaan memang menguasai lah. Fy try agi petik tapi somehow, Fy terus tak sedarkan diri.

Masa Fy bangun semula, Fy sedarkan diri di sebuah tempat.. masjid ke surau? Itu tak pasti tetapi yang pasti waktu tu badan Fy sumpah rasa berat gila. Even nak gerakkan tangan pun tak larat. Kepala pening gila rasa macam nak meletup. Jantung Fy pun rasa berat nak bernafas. Peluh semua mengalir daripada wajah Fy. Semuanya serba tak selesa. Tekak Fy rasa panas dan sakit nak telan, kaki rasa sakit sangat nak gerak begitu juga pada sendi tangan Fy. Suara Fy tak ada, serak. Fy rasa nak muntah, tetapi perut Fy tak izinkan. Bertapa seksanya waktu tu, hanya Allah je yang tahu.

Dan nak tahu apa yang lebih mengejutkan? Fy sedar 2 hari selepas kejadian Fy memetik buah tu.

Tak percaya, really. Fy tanya family Fy apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa Fy ada kat sini and all they could say, Fy sakit and pengsan itu sahaja. Fy macam; really? Pelik gila kenapa tak sedarkan diri sampai 2 hari straight? Moreover, Fy rasa lapar gila macam tak makan setahun. Tetapi perut tak kasi langsung makan. Itu juga menyeksakan.

Apa yang jadi sepanjang 2 hari itu? Weh, family Fy langsung tak beritahu. Yang tak puas hatinya, Fy langsung tak ingat apa yang Fy buat. Itu yang membuatkan Fy tak tentu arah.

Tetapi Fy ada dengar parents Fy cakap yang sebenarnya belakang rumah kampung tu sebenarnya dulu ada bunian yang duduk. Like mahluk halus lah daripada zaman mak Fy remaja lagi untill now. Katanya sekarang dah tak ada tetapi memandangkan situasi Fy ini, mereka syak yang bunian tu masih ada lagi. Sebab memang belakang rumah tu semak. And dulu nenek and datuk Fy selalu tanam pokok buah-buahan sebagai tanda keamanan untuk para bunian tu supaya tak kacau keluarga diorang. Mungkin sebab Fy petik buah pokok tu terlalu often dan menyebabkan tuan nya marah? Fy pun tak tahu.

And bila Fy perasan balik, makcik Fy yang tinggal di rumah kampung tu tak pernah petik pun buah-buah daripada pokok belakang tu. Even musim buah sekalipun. Dan disebabkan Fy pun selalunya curi-curi ambil buah tu tanpa kebenaran.. hmm itulah akibatnya.

Then Fy datang ke sekolah tak lama lepas tu. Fy dapat tahu daripada kawan Fy yang pada hari Isnin ( salah satu hari daripada dua hari tu ) Fy datang ke sekolah beb. And they say Fy berkelakuan memang aneh gila. Macam psiko pun ada. Fy tak bergaul and hanya duduk je dekat satu tempat. Fy yang dengar pun tak senang hati.

So the conclusionnya guys, kalau pergi memana tempat yang kita tak selalu pergi atau apa, please minta kebenaran kalau nak ambil sesuatu daripada kawasan tersebut. Kita tak tahu mungkin ada penunggu or what kan? And plus, please listen to your mother or father. Atau kata-kata orang tua kita. They live much longer than us so diorang lebih tahu yang mana baik dan buruk. Kalau diorang halang tu ada makna nya.

But still, sampai sekarang Fy masih tak tahu apa yang terjadi pada tempoh 2 hari itu iaitu sepanjang tempoh Fy kena rasuk.

fy's handbook.Where stories live. Discover now