Bab 168-Rahsia Gadis Kerinci

2.5K 39 0
                                    

Macam tadi juga, pemandu yang gila-gila bahasa itu, terus memecut kereta ikut suka hati. Tidak mahu langsung memikirkan tentang keselamatan penumpang. Anehnya, Haji Basilam tidak pula menegur perbuatan anak saudaranya. Dia tetap tenang. Barangkali dia sudah lali dengan perangai anak saudaranya itu, fikir saya dalam hati.

Bagi menghilangkan rasa cemas dan bosan, saya terus menatap pepohon yang meghijau di kiri kanan jalan.

Bila sampai kawasan perkampungan saya suka melihat bentuk rumah penduduk yang tidak banyak bezanya dengan bentuk rumah orang di Semenanjung. Kanak-kanak berkumpul dan berlari di halaman rumah main galah panjang, gasing dan sebagainya.

Sebagai orang muda, tidak dapat dinafikan saya senang sekali melihat anak-anak gadis yang berambut lebat separuh bahu menyeberang jalan dengan ditemani oleh kedua orang tua. Biasanya gadis yang menyeberang jalan emmbawa atau menjinjing pisang, tebu, keladi dan sebagainya.

"Mereka tu baru balik dari ladang, bawa kereta waktu petang memang seronok dapat tengok perkara macam ni. Bila lalu kawasan sungai, kita boleh dapat tengok anak dara mandi, syoknya...," pemandu kereta yang berwajah serius bersuara. Diam-diam si pemandu melihat telatah saya melalui cermin kecil di depannya. Saya malu sendiri.

"Sudah tu, jangan nak tunjuk perkara tak baik pada Tamar," sergah Haji Basilam.

"Tak apa, lepas ni kita tempuh kawasan hutan," jawap pemandu sambil ketawa kecl. Saya hanya tersenyum dan Andi Kamarool membetulkan duduknya agar selesa. Datuk tidak memberikan sebarang komen. Kereta terus meluncur di permukaan jalanraya.

Dan apa yang diucapkan oleh pemandu kereta itu memang benar. Setelah melepasi kawasan perkampungan tadi, kami tidak menemui kawasan perkampungan lagi. Biji mata kami dihidangkan dengan pandangan gunung-ganang, bukit bukau dan hutan belantara. Akhirnya, kereta melalui kawasan yang tidak berhutan tebal.

"Berhenti di sini."

Empat tayar kereta terpaku di atas jalan raya. Tindakan Haji Basilam membuat anak saudaranya terkejut besar. Datuk hanya mengigit jari kelingkingnya. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

"Kenapa berhenti di tengah hutan Ayah Alang?"

"Kalau begitu berhenti di depan, dekat pokok besar. Tentu ada sebab aku suruh kamu berhenti."

"Hum... " keluh anak saudara Haji Basilam. Kereta bergerak semula dan behenti dekat pokok besar seperti yang dihajati oleh Haji Basilam.

TOLEH

Saya menoleh ke kanan, terlihat sebuah rumah batu bentuk lama tersergam gagah. Halaman rumah yang bercat putih itu kelihatan bersih. Pepokok bunga kertas yang berdaun lebat ditanam di kiri kanan jalan menuju ke rumah. Terdapat beberapa batang pohon cemara yang tingi menjulang di sudut halaman. Rumput yang hijau bagaikan permaidani menutupi setiap inci halaman.

"Tidak lama lagi waktu asar, aku nak tumpang sembahyang di rumah batu itu," kata Haji Basilam sebaik saja keluar dari perut kereta. Di tiang pagar (kiri dan kanan) terdapat sepasang patung burung helang yang sedang mengembangkan sayapnya untuk terbang dengan mulut (muncung) yang terbuka. Patung tersebut dibuat dari tembikar putih.

"Nak tumpang sembahyang di rumah tu," tanya anak saudara Haji Basilam sambil mengkerutkan dahi. Dia nampak resah semacam, "ah...ayah Alang buat kerja merepek, semua pemandu tak berani berhenti di sini, perempuan yang duduk di rumah tu bukannya manusia," tambah anak saudara Haji Basilam.

"Siapa yang kata perempuan rumah tu bukan manusia? "

"Kawan-kawan saya. "

"Kawan-kawankau tu siapa dan apa kerja mereka."

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 13 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now