BAB 31

960 24 0
                                    

Macam biasa aku akan bangun pagi dan buat sarapan untuk Dina dan juga Ammar. Semalam turn Dina tidur dengan Abah jadi takdalah Ammar akan masuk bilik aku lepastuh tidur sebelah Dina.

Tetapi fikiran aku meleset apabila Ammar dan Dina tiada didalam bilik ketika aku ingin mengejutnya. Harap la dia buat sarapan sendiri.. So takda la aku busy mana....Aku tak malas ehh.. Cuma korang tahu la kan dah last semester so busy sikit dengan Exam yang bakal mendatang ni.

Lagi lagi bila Assingment aku asyik kena tolak dengan Miss Hetty dan markah presentation aku teruk gila! Lagilah aku kena usaha lebih.. Nureen dengan Sha pun tak seteruk aku, siap Assingment last minute jugak makcik dua orang tuh tapi Assingment mesti tak kena tolak lepastuh markah present tinggi tinggi siap dapat bonus lagi. Aku nih? Even laki lecturer masih tak dapat nak buat elok elok.. Banyak kali jugak Ammar bagi tips nak buat Assignment tapi aku asyik lupa tips penting tuh.. Kang aku tanya lagi sekali mahu dia panggil aku Nenek Muda.

"good morning"kataku lalu mencium Dina yang berada di atas baby chair manakala ammar sedang menyapu jem keatas roti.

"makan ni je ke?"tanyaku.

"ha ah lagipun.. Kita kena cepat ni"kata Ammar.

Nak cepat cepat nak buat apa? Kampus bukan lari pun!

"lahh.. Awat pulakk"tanyaku muka dah mula tak keruan.. Aku baru nak lambat lambat sikit.

"takyah banyak tanya boleh tak? Makan la cepat"kata Ammar lalu pinggan yang ada didepannya diletakkan didepanku.

Ish dia ni! Dah mula lah nak moody kang aku tibai karang mahunya dia cancelled kan kelas dia! Tak baik Alya buat camtu kat laki hang..

Selepas selesai makan kami keluar dari rumah dan menuju ke kampus selepas menghantar Dina kerumah ibu. Aku duduk di cafe membuat assingment yang tak siap dari tadi, Assingment repeat nih! Bukan Assingment baru!.

Aku menilik jam ditangan.. Sha mungkin akan sampai kejap lagi jadi lebih baik aku siapkan nanti makcik sorang tuh membebel ,habis aku! Anis yang baru sahaja sampai tadi mendekati meja aku lalu duduk semeja denganku

"sorang?"tanya Anis buku bukunya yang dipegangnya tadi diletakkan diatas meja.

"ada orang la kat sini... Tak nampak ke?"tanyaku. Ish dia nih dah nampak aku sorang tanya lagi.

Anis memandang kearah kerusi disebelahku seperti mencari seseorang.

"mana ada orang"kata Anis.

"aku sorang je lah..kau nih asal blur pagi pagi nih hah?!"kataku.

"whatever... Sekarang ni ada gosip baru tau"kata Anis.

"gosip baru?"tanyaku.

Aik! Bila masa pulak Anis ni pandai bergosip ni. Salunya dia lah orang yang kurang tahu gosip baru nih... Tiba tiba pagi pagi lagi dah up Gosip hotz stuff.

"ha ah... Aku dengar tadi kitaorang akan ada pelajar pertukaran yang masuk ke kelas aku"kata Anis.

"series lah weyh?!diorang ni dah buang tabiat ke masuk akhir semester"kataku lalu tanganku masih menyiapkan Assignmentku walaupun sedang mendengar gosip pagi hari Anis nih.

"korang je lah akhir semester.. Aku tak"kata Sha tiba tiba dengan takda salamnya ,Ha baguslah.

"oi.. Bila masa sampai?"tanyaku kepada Sha.

"baru je"kata Sha lalu meletak bukunya diatas meja.

"asal lak kau kata ni bukan akhir semester kau? "kata Anis mahu kepastian.

"aku dah fikir masak masak yang aku nak amik master"kata Sha.

"series lah?"tanyaku.

"tak aku tak series... Dah nama pun aku dah fikir masak masak"kata Sha.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now