BAB 66

778 25 0
                                    

Sha memandang lelaki yang baru sahaja menjadi Suaminya yang sah sebentar tadi.. Segak dengan baju melayu warna putih dan songkok yang dipakainya dengan hanya selafaz sahaja Khaisha Aida bt Kamarudin sah menjadi isteri kepada Dr Hazrash Iskandar B Hamdan.

"Assalamualaikum isteri abang"kata Haz apabila acara menyarung cincin kejari manis pengantin perempuan bermula.

Sha tersenyum bahagia apabila mendengar ayat dari lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya.

"Waalaikumussalam"kata Sha tiba tiba air matanya jatuh ke pipi tapi lantas diseka oleh Haz.

Segala kesakitan, kegembiraan, halangan yang dihadapi oleh dua mempelai ini akhirnya disatukan juga walaupun penuh dugaan yang menimpa mereka sebelum ini... Jika sahabat handainya memandang mereka sudah tentu mereka faham kenapa Sha menangis pada hari itu.

Muka kacak Haz dipandang dalam dalam...senyuman yang tidak lekang di bibirnya ditunjukkan kepada sang suami,senyuman bahagia.

Argh aku pula yang menangis lantas aku menyekanya... Tak tahulah kenapa? Tapi aku terharu melihat mereka berdua, sungguh bahagia. Welcome to the Alam Perkhawinan Miss Sha dan Dr Haz.

Sedangkan time aku khawin dengan Ammar setitik air mata pun tak jatuh kepipi nih yang ada cuma perkataan 'pengantin khawin paksa' yang asyik masuk kedalam benak kepala ini tapi pada perkhawinan Sha aku pula yang menangis.

"nah"kata Nureen lalu menghulurku tissue yang dari tadi dipegangnya.

Ha nih lagi sorang...bakal pengantin esok hari. Harini ialah hari pernikahan Sha, sebenarnya hari bersanding mereka berdua bukanlah pada hari yang sama hanya hari pernikahan yang berlangsung manakala bersanding pada minggu hadapan. Nureen pula? Esok lah nikahnya esoklah sandingnya so dua hari lah aku dengan baby makan nasi minyak auntie auntie dia nih.

"kau nih... Jangan nangis nangis nanti esok aku, takut kau meraung pula"kata Nureen selamba..

"ish kau nih... Main main eh"kataku lau menyiku lengan Nureen.

Nureen tergelak lalu matanya memandang kearah Sha yang menyalam tangan sedara maranya yang lain lalu mendekatiku.

Tangan Sha dihulur betul betul didepanku.

"taknak salam aku ke?"tanya Sha.

Sekali lagi air mata aku menitik... Kurang ajar eh kau Sha, tak pasal pasal air mata aku menitik harini lantas aku menyambut huluran Sha.

"weyh... Kau series nampak cantik harini, congratulations"kataku.

"weyh jangan lah nangis nangis macamni.. Nanti aku pulak yang berair"kata Sha lalu menyeka air mataku.

Lantas aku tersenyum lalu memandang kearah Sha yang bergerak menuju kearah orang lain

Mataku terpandang Anis yang ada disebelahku... Dari tadi memandang kawannya yang cantik memakai baju pengantin berwarna putih dengan tudung selendang yang disertakan dengan vel panjang series cantik.

"Anis.... "panggilku.

"yer" Anis memandangku.

"Dr Ian dari tadi pandang kau...kau ada apa apa ke dengan dia?"tanyaku.

Lantas Anis menoleh kearah lelaki yang segak memakai baju melayu berwarna biru turquoise yang duduk dibelakang Haz.

"berjanji ke?"kataku.

Lantas anis melihat baju kurung yang dipakainya memang sama warna dengan baju Dr Ian...ini kebetulan bukan berjanji.

"kau nih.. Aku mana ada apa apa dengan Dr Ian"kata Anis.

"haih.. Baby baby baru ingat kita hanya dapat makan nasi minyak dua hari rupanya tiga hari"kataku lalu mengusap perutku yang sudah mula membesar.

Yeah.. Lepas apa yang jadi Ammar tahu aku pregnant selepas dia fully recovered dari effect koma tu.

"ish... Mana ada, kau nih mengarut je"kata Anis.

Aku hanya tersenyum lalu mengeleng melihat gelagat kawanku.. Hahahaha lawak weyh lagi lagi bila tengok baju sama.

Selepas selesai semuanya.. Para tetamu yang datang dijemput makan dihalaman rumah Dato Kamarudin. Walaupun bersandingnya minggu depan tapi majlis kesyukuran juga dibuat pada hari itu.

Mataku melihat Ammar yang segak memakai baju melayu berwarna biru laut dan juga Dina didalam dukungannya. Mashaallah!ensemnya laki aku... Manakala Anis dan Nureen disebelahku.

"Assalamualaikum"tegur Sha yang berdiri di sebelah Dr Haz kedua duanya nampak secocok.

"Sha..."kata Anis.

"dah makan dah?"tanya Sha.

"series sedap gila weyh lauk dia"kataku.

"eleh mak buyung nih.. Makan apa pun sedap"kata Sha lalu tersenyum nakal.

"eh eh dia nih... Harash mana?"tanyaku

"ha... Alya tanya Harash mana?"kata Sha lalu menyiku lengan Haz..

"Harash kat dalam dengan nekma dia"kata Haz lalu tersenyum memandang Sha.

"ha dengan nekma dia"kata Sha.

Aku menganguk.

Bila hari sudah larut malam kami pulang ke rumah masing masing

"awak ni seronok dapat jalan jalan harini.. esok lagi lah,awak kena banyak rest takleh penat penat macamni"kata Ammar lalu fokus pada pemanduanya.

"tak penat langsung awak je yang gelabah"kataku...

"tak penat lah sangat... dari tadi pegang kepala tuh.. Dah kenapa?"tanya Ammar.

Lantas aku menarik tanganku yang dari tadi mengurut ngurut kepalaku tadi. Dia nih memang takleh temberang sikit nanti dia ada ja.

Okey tak tipu, lepas seharian berada diluar kepala aku nih berdenyut denyut tambahan pula kaki aku ni dah sakit gila sebab berjalan je and tekaan Ammar betul.. I need a rest!

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now