EPILOG:LAST

805 23 4
                                    

8 MONTHS LATER

Sha hanya termenung memandang kearah pemandangan pantai yang ada dihadapannya...Tenangnya. Mereka semua bercadang untuk bercuti Bersama sama apabila Sha sudah memulakan cuti semesternya.

Haz yang mendekatinya menegur kearah Sha yang dari tadi hanya termenung.

"tengok apa?"tanya Haz

"huh?"tanya Sha

"tengok apa?"tanya Haz lagi

"tengok tu hah..cantik. By the way mana diorang ni...kita dah sampai 30 minit tadi tapi diorang ni tak sampai sampai lagi"kata Sha lalu jam tangannya ditilik.

"kita dari kampus awak..diorang dari rumah. kejap lagi sampai lah tu"kata Haz lalu cuba duduk di buaian yang diduduki Sha tadi.

"Ya Allah, Haz.dah lah sempit dia duduk menyelit pulak"kata Sha badan Haz ditolak lembut

ni tempat orang lah!!!

"alah...bukan selalu dapat manja manja macamni"kata Haz lalu mula membuai buaian itu dengan kakinya.

"mengada...bukan selalu padahal selalu"kata Sha.

"Sayang.... Saya nak tanya sikit boleh?"kata Haz.

"apa dia?awak nak khawin baru ke?"tanya Sha dia terus memandang kearah Haz yang ada disebelahnya.

Terhambur tawa Haz ketika itu. Belum disebut sudah mula fikir bukan bukan. Picit pipi tu karang!

"bukanlah!"kata Haz.

"okay... So apa dia?"tanya Sha.

"do you miss Hana?"tanya Haz.

Sha tersentak..

"kenapa awak tanya macamtu?"tanya Sha.

"takda apa.. Just tanya."kata Haz.

"tipu kalau saya cakap.. Saya tak rindu dia. Tapi why awak tanya eh?"tanya Sha

"cause.. Terlintas kat dalam fikiran yang teringin nak ada baby lagi. I know.. I know... It's not the right time but... Hurm entahlah"kata Haz dia mula menunduk.

"alah sian...inshaallah, if ada rezeki kita akan pegang anak kita lagi. As long as... Awak masih dengan saya dan hati awak tak berdalih dekat orang lain"kata Sha.. Dia terus memeluk lengan Haz yang ada disebelahnya lalu melentukkan kepalanya dibahu Haz.

"i love you, Sha"kata Haz lalu tangan Sha dipegang.

"i love you too"kata Sha.

"auntie Sha!"panggil Dina.

Terus pelukan pada lengan Haz tadi dileraikan. Malunya aku jika diorang semua nampak.

Sha terus menoleh kearah mereka semua yang sudah berada disitu begitu juga Haz.

"eleh...takyah nak sorok soroklah...ingat aku tak nampak apa yang korang buat tadi"kata Alya spontan.

"ish mana ada. Hai,Dina"kata Sha

"hai Auntie Sha.."kata Dina lalu tersenyum memandang kearah Sha sehingga penampakan sebaris gigi yang cantik itu.

"ni mesti Haz yang gedik kan? jarang dengar Sha yang mengada-ngada"kata Ian lalu tersenyum nakal memandang kearah Haz

"tumbuk kau kang"kata Haz

"try..try"kata Ian

"ish awak ni..ha Sha..how are you?macam mana study?okay?"tanya Anis

"bolehlah"kata Sha acuh tak acuh. Dia kembali duduk di buayan yang didudukinya tadi.

"macam tak seronok je?ni mesti penat buat assignment ern?"tanya Nureen

"maybe right maybe not..entahlah. urm taknak lah cakap pasal benda ni so kau macam mana? ada berita baik tak?manalah tahu kan sepanjang aku tak jumpa kau ni ada berita baik lepastu tak bagitahu aku"tanya Sha.

"Ian kata dia tunggu Haz dengan Sha dulu"kata Anis.

terhambur air mineral yang diminum Ian tadi apabila mendengar ayat Anis tadi.

"saya ada cakap ke?"tanya Ian.

"tunggu Sha habis belajarlah baru kau dapat anak namanya"kata Haz lalu bahu Ian ditepuk.

"asal pulak?korang dah rancang macam tu ke?"tanya Alya

"tanyalah Sha"kata Haz

"Sha?"tanya Alya.

"urm kitaorang tak rancang pun...kalau rezeki ada waktu belajar takkan ktaorang nak tolak kan..tapi kalau lepas belajar lebih baik..as long Haz tak cari baru"kata Sha bersahaja.

"beranilah Doctor buat macamtu...army untuk serang Doctor ada ramai ni."kata Nureen.

terhambur tawa mereka dibuatnya.

"takkanlah nak cari yang baru kalau saya dah ada yang cukup sempurna"kata Haz lalu memandang kearah Sha.

mereka tersenyum memandang kearah Sha.

keadaan riuh rendah tadi menjadi senyap sunyi apabila mereka sedang menikmati keindahan alam yang ada dihadapan mereka.

didalam sedang mereka yang lain leka memandang pemandangan yang indah itu..aku menoleh kearah mereka yang lain.

Sha dan Haz.dari badai yang menghancurkan sebuah kasih sayang sehingga hancur berderai menjadi satu kasih sayang yang pulih ditambahkan dengan keindahan yang mereka tidak pernah alami. Dari bekas tunangan menjadi suami isteri yang bahagia walaupun tiada lagi berita gembira selepas kehilangan si kecil tersayang. Inshaallah tak lama lagi.

mataku meliar pula pada Anis,Ian,Raphael dan juga Nureen.

mereka semua sedang tersenyum sekarang ini.Sudah tentu mereka sedang merasai bahagia yang sama aku alami sekarang ini.

untuk yang terakhir aku memandang kearah Ammar.

Aku pun tak tahu macam manalah aku boleh terjatuh hati dekat mamat yang panggil aku buta ni tapi yang aku tahu cinta tu datang ikhlas dari hati yang tulus. eh gedik pulak aku ni. By the way..Aku Alya Elvina Natasha telahpun memperoleh seluruhnya Cinta Dia yang selama ini aku inginkan.

-TAMAT-

P/S: untuk part ni..author tahu hambar.tapi ini sahaja yang author mampu untuk kalini. Dalam kesempatgan ini,authour nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca kerana memberi sokongan kepada author untuk menyiapkan buku ini walaupun entahlah..macam mana korang boleh baca dengan typo and others tu..kadang kadang bila baca part sebelum sebelum ni..author pun tepuk dahi tengok kesalahan kesalahan tu ada juga rasa nak sarung kepala dengan bakul bila baca bali. tak lupa jugak yang selalu comment...I appreciate all of your comment sebab kadang kadang membantu jugak comment macamni...bagi semangat nak sambung tulis.

haha btw thanks again!!love u all!! kalau ada jodoh boleh jumpa dalam buku yang lain!

from author


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now