PROLOG 1

14.4K 343 8
                                    

POV Azrene Rose

"What? Putus? But why? Awak jangan nak main-main. Lagi dua hari majlis kahwin kita."Aku meraut wajahku. Tanganku terketar- ketar menahan amarah. Telefon pintar di telinga Ku genggam kuat.

Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila ditinggalkan dua hari sebelum majlis kahwin? Mahligai cinta yang aku impikan selama ini telah runtuh. Hatiku hancur remuk. Remuk Dari kaca yang pecah. Terasa bagai dicencang. Argh! Peritnya.

Tetapi timbul sedikit rasa syukur. Jika aku tidak menghubunginya malam ini, pasti dia sudah biarkan aku bersanding sorang- sorang .

" Sorry. Tapi awak terlalu baik untuk saya." Jelas pengakuan Ifzan di hujung talian. Bicara tanpa rasa bersalah.

"Herh! Alasan semua tu! Habitu, awak nak suruh saya buat apa? Bunuh orang? Rompak bank? Baru awak nak terima saya? Please Ifzan, jangan buat saya lagu ni. Persiapan semua dah siap. Kad kahwin pun dah edaq. Please Ifzan?" Suaraku mendayu-dayu meratap.

Aku tak mahu keluargaku menanggung malu. Aku tak mahu maruah keluargaku tercalar. Hanya atas satu lafaz putus. Masa yang sangat singkat untuk dibatalkan. Satu kalimah batal dilafazkan, bakal melahirkan beribu tuduhan hina.

"I'm so sorry Rene. My mom nak jodohkan saya dengan orang lain. I can't do anything." Dengar tidak dengar sahaja kekekan di hujung talian. Dasar jantan tak guna.

"What? Tak akan dia tak tau yang kita nak kahwin? Haritu dia yang beria-ria sangat." Aku menolak rambutku ke belakang. Mukaku semakin berbahang.

"I don't know. But I'm so sorry Rene. It's done." Pintas Ifzan. Panggilan terus dimatikan tanpa menunggu balasan daripada aku. Sakit hatiku sekarang hanya tuhan yang tahu.

Aku terus rebah ke atas katil. Pandanganku jatuh ke atas lantai berlapik karpet merah berbulu. Sedikit demi sedikit esakan tangisan keluar dari kotak suaraku. Air mataku menitis perlahan. Membasahi pipi.

Tiba-tiba pintu kamarku berlagu. Seseorang meminta kebenaran untuk masuk. Aku membenarkan dalam keadaan sayu.

"Awat muka sedih lagu ni? Macam kuda laut muncung tu. Dah jom pi sembang luaq." Emakku, Fatimah, menepuk bahuku. Dia tersenyum girang.

Tanpa dia sedari senyum yang panjang hingga ke telinga itu akan berubah menjadi sependek kuman.

"Batalkan semua mak." Pintaku tanpa sebarang riak. Aku tak tahu apa yang aku harus rasakan sekarang. Perasaanku bercampur baur.

"Apa Rene merepek ni? Jangan duk bergurau sangatlah." Senyumnya semakin menipis.

"Rene tak gurau mak. Ifzan call Rene satni, dia habaq Puan Maria nak kahwinkan dia dengan orang lain. Rene tak mau teruskan kalau lagu ni. Awat dia buat Rene lagu ni mak. Apa salah Rene?" Esakanku semakin kuat berlagu sumbang.

Mak turut rebah di sisiku. Dadanya disentuh menahan sebak. Matanya membulat. Empangan matanya mula pecah. Raut wajahku menjadi tatapan seketika.

"Rene tak salah nak. Mungkin dia bukan jodoh Rene. Kita kena redha." Nada suara mak menahan sebak.

Maklah orang yang paling gembira bila mendapat tahu aku mahu berkahwin. Dialah juga yang paling beria-ria menyediakan semua kelengkapan perkahwinan. Barang untuk dibuat lauk kenduri Sudah dibeli. Rasa bersalah terus menyapaku.

"Rene rasa bodoh sangat mak. Bodoh percaya orang macam dia. Rene rasa tak berguna mak. Tak  guna sangat." Aku menghentak kepalaku dengan genggaman tangan. Aku rasa seperti hilang separuh nyawa. Aku rasa seperti tiada guna lagi hidup di atas muka bumi.

"Jangan habaq lagu tu Rene. Ni bukan salah Rene. Ini takdir. Sabar. Ini ujian untuk Rene." Mak menghentikan hentakan kepalaku. Tubuhku terus dipeluk erat. Seerat yang mungkin.

"Rene bodoh mak." Aku terus meraung di dalam pelukan mak.

Ya, bodoh sangat. Bodoh sebab terlalu percayakan orang. Bodoh sebab beria-ria nak kahwin dengan umur baru dua puluh satu tahun. Aku memang miang keladi. Aku lemas dalam cinta palsu Ifzan. Aku dibuai manis ayat cintanya. Aku memang bodoh!

"Dak aih. Rene tak bodoh." Mak terus memelukku erat. Ubun kepalaku dicium lama.
'Awat Ifzan? Awat? Hang memang tak guna. Argh!' Aku meronta sendiri. Hati kecilku menjerit.
.
Macam mana prolog ni? APA yang akan terjadi kepada Azrene Rose?

VOTE🌹🔥

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now