BAB 7

4.8K 190 5
                                    

Pov Azrene

"Mana kawan hang ni? Jadi dak?" Mak melilau mencari kelibat Qayral. Mamat ni take berguna betul.

"Jadi. Satni dia mai la tu." Aku mengerutkan dahi, mengecilkan mata menahan panahan matahari yang Baru sahaja bangun menyinari.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta BMW bewarna merah tuba di halaman rumahku. Tahu LA apa aku nak buat dekat tuan punya kereta tu. Lembap sangat.

Qayral keluar Dari perut kereta. Dia kelihatan aungguh segak. Berbaju T-shirt polo merah, jeans hitam dan berkaca mata hitam. Bak mata orang more in less. Simple tapi segak.

Dia mendaki anak tangga di halaman rumahku. Tubuh mak menjadi sasaran. Dia bersalam dengan mak.

"Ni ka kawan hang Rene?" Mak mengerut dahi. Wajahnya mula menayangkan riak kerisauan.

"Ya saya makcik. Makcik jangan risau. Saya akan jaga Rene elok-elok. Kalau dia buat hal saya report dekat makcik." Qayral mengenyit mata. Kau nak goda mak aku ke?

Aku menjeling dia tajam. Cakap macam pelik semacam. Kari topik apasal?

"Kami pi dulu la mak." Aku menyalam Dan mencium tangan kasar mak. Selamba sahaja riak aku.

Aku bukan macam perempuan dekat luar sana. Yang lembut, lemah gemalai. Aku kasar. Nak tengok aku lembut? Pi putaq balik masa.

"Jaga diri elok-elok. Jangan buat hal dekat tempat orang. Jangan cepat percaya orang. Ingat yang lama jadikan pengajaran." Mak menyapu belakangku. Dia faham benar aku ni. Cepat cair, tapi tu dulu.

"InsyaAllah mak. Mak pun jaga diri. Kalau badut kepala dua ni buat hal ka, pi buat benda tak senonoh mak bagi tau Rene. Biaq Rene lunyai depa ni. Kalau ada benda pelik, hal penting, mak bagi tau Rene. Tiap bulan Rene kiqim duit. Jangan duk baziaq dekat badut ni." Aku menunjal kepala Fariha dan Farihin satu per satu. Mereka hanya mengekek kecil.

"Bang, hati-hati dengan Kak Rene ni. Dia ni boleh bertukaq jadi singa betina. Sekali dia ngap, innalillah wainnailahiraji'un." Farihin Dan Fariha menggeleng sambil menepuk dahi.

Aku mencuit lengan mereka. Jenis badut sarkas terlepas memang macam ni, kempunan.

"Tak pa. Kalau dia ngap abang ngep dia balik." Qayral beekomplot. Mereka bertiga ketawa girang. Lepuk sekoq-sekoq satni, tak benyawa kang.

"Kami gerak dulu LA makcik. Assalamualikum." Aku Dan Qayral menyalam mak. Kelibat kereta Qayral hilang sedikit demi sedikot Dari pandangan.

*****
POV Azrene.

Setelah beberapa jam perjalanan kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Aku menggeliatkan tubuh. Lenguh pula seluruh badan. Kereta mahal pun tara guna, keras jugak kusyen.

"Bangun dah?" Qayral menyoal aku sebaik aku menaikkan kerusi , menegak.

"Eh! Dak aih! Ni tak nampak tengah tidoq lena dibuai mimpi ni? Soalan bodoh apa hangpa Tanya ni? Pakai tumit ka pikiaq?" Aku menjeling tajam sebelum membuka telefon pintarku.

"Tanya je. Jangan marah." Qayral bernada manja. Riak Comel ditayangkan.

"Tok sah buat muka lagu tu la, hudoh. Kalau segak takpa juga, ni muka macam.. Hmmm.. Harreeyymm!" Aku mentoyakan muka. Aku bersila di atas kerusi.

Beberapa minit kemudian kereta Qayral berhenti mengejut. Telefon pintarku terpelanting me hadapan. Orang tengah masak pun nak kacau ke? Bukan ada bau pun.

"Hang ni awat? Dah lama sangat ka hidup yang nak pi bunuh diri lagu ni? Nak pi bunuh diri, pi soqang-soqang, ajak aku buat apa? Taik kuda betoi." Kan aku dah mencarut. Kesian girlfriend aku terpelanting.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now