BAB 14 - MARAH?-

4.2K 166 1
                                    

Azrene bangun dari lenanya yang panjang. Almaklumlah, dia mendapat cuti khas perempuan. Kesempatan diambil untuk merehatkan tubuh. Sebentar lagi, mahu membuat persiapan. Hah! Penat!

Dia mengatur langkah ke meja solek. Barang yang bersepah dilantai dikuis dengan kaki sahaja. Ngantuknya masih berbaki. Tapi tidak dilayan.

Telefon pintar di bucu meja dicapai. Dihidupkan. Hah! 10 pagi! Masih awal baginya. Kalau boleh, dia tidak mahu bangun, tetapi, apakan daya, nanti apa pula kata Qayral. Aku terpaksa berubah.

Kain tuala dicapai dari kerusi. Daun pintu dikuak. Langkah diorak menuju ke kamar mandi. Sampai sahaja di hadapan kamar mandi, dia berpatah balik. Baju salin tak bawak! Langkahnya longlai sahaja. Kalau tersandung ni, memang sakit arr...

Langkahnya diatur kembali kembali menuju ke kamar mandi.

POV Azrene

Aku menguak sedikit daun pintu kamar mandi. Malangnya, aku terpaksa berpatah balik, barang mandi tertinggal pulak!

Barang mandi aku memang hak peribadi aku sendiri. Nobody can share!

Aku keluar kembali dari kamar. Tubuhku semakin bersemangat. Gila ka apa tak bersemangat. Ulang-alik... Ulang-alik.. Penat!

Tapi, langkahku terhenti saat lalu kepalaku dituju ke ruang tamu. Nobody! Telingaku dipasang luas. Tiada sebarang seeing suara.

"Mana semua oqang? Tak akan kucing tu pi terkam depa pulak? Aish! Tak mungkin! Dia bukan lagu tu." Aku abaikan prasangka negatifku. Aku masuk ke kamar mandi. Nanti la aku cari.

Beberapa minit kemudian aku keluar dari kamar mandi. Anak tangga didaki menuju ke kamar. Tangan kananku asyik menggosok rambut dengan tuala. Telingaku dipasang lagi. Masih tiada bunyi suara.

"Tak kan tidoq lagi kot? Aku rasa dah dekat setengah jam, mana pi? Lain macam ni." Aku menggaru pelipis. Masih aku abaikan. Aku masuk ke kamar untuk mengemaskan diri. Aku keluar semula selepas rambutku diikat separuh. Style!

Aku menyalakan telefon pintarku. Nombor bertakhtakan nama Pityful Cat didail. Dah risau gila dah ni. Ada jugak aku meroyan sorang-sorang jaggi.

Aku mematikan panggilan. Tiada jawaban. Aku mencuba berkali-kali. Whatsapp pun sudah ku hantar bertanyakan di mana. Mahu telefon badut, mereka tiada telefon. Aku tak bagi selagi tak habis SPM. Mak? Tu.. Telefon atas tv. Tabiat!

Aku mencuba telefon Qayral buat kali terakhir. Jika tiada berjawab juga, aku nekad untuk keluar. Bukan untuk mecari mereka, nak pergi kafe Raziya. Lama tak jumpa Aryan.

Chop! Pahal ni? Aryan?

Finally! Angkat pon.

"Kat mana? Mana semua? Kau terkam diaorang ke?" Aku menerjah tanpa salam. Geram!

"Woa! Relaks. Ni siapa?" Pulak? Mamat mana pulak ni? Aku salah nombor ke? Eh! Tak salah.

"Eh kau ni, buat-buat tanya pulak. Jawab la. Aku Tanya dekat mana?" Suaraku naik dua oktaf. Tangan aku dah terketar dengan kerenah Qayral yang suka bergurau tak bertempat.

"Kak! Saya bukan tuan telefon ni. Tuan dia tertinggai. Saya tak boleh nak buka sebab ada password. Akak kenai ka owner dia?" Jelas pengakuan lelaki di hujung talian.

"Sorry. But, how? Macam mana?" Aku terkebil. Kaku. APA dah jadi?

"Tadi tuan dia ada makan tang kedai saya. Telefon dia tinggai time tengah bayaq. Saya nak pulangkan tengok tuan dia dah tak dak. Akak ni siapa?"

Jeda. Qayral! Kau buat APA ni?

"Kak?" Aku tersentak.

"Ya.. Sa.. Sa.. Saya kawan dia. Boleh pulangkan tak telefon ni? Kedai awak dekat mana?" Aku gelabah. Aku masuk ke kamar. Tangan kiriku sibuk mencapai kemeja biru bercorak petak, bersama topi hitam.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now