12

342 37 18
                                    

Terbaik Untukku | 12
°°°

"Air bujang je aku buatkan. No komen." Kata Hoseok sambil menghulurkan secawan air coffee kepada Yoongi. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan Yoongi.

Yoongi tanpa berlengah terus ambil cawan tersebut daripada pegangan Hoseok.

"Pernah ker aku komen air buatan kau." Yoongi menebak.

"Manalah tahukan, tengah panas hati semua benda kutuk. Silap hari bulan, muka aku pun kena komen kaw kaw." Gurau Hoseok membuatkan Yoongi tersenyum segaris.

"Hmm, kau kata je dekat isteri aku yang aku tak apa-apa. Aku tinggal dekat rumah sewa untuk sementara waktu ni. Aku nak dia sendiri yang datang minta maaf dekat aku. Pujuk aku. Aku dah penat berlembut dengan dia. Semua benda aku yang salah. Jangan bebankan otak aku Hoseok." Keluh Yoongi lalu menghirup air coffee tersebut.

"Tak rindu dengan anak bini kau?" Soalan tersebut mematikan perbuatan Yoongi yang sedang minum air coffee.

"Rindu. Rindu sangat. Aku kena tahan. Kejap je lagi. Aku takkan semudah tu mengalah." Hoseok mengangguk setuju. Hendak dinasihat, membazir saja air liurnya. Yoongi ni kadang-kadang umpama mencurah air ke daun keladi.

"Kalau itu yang kau nak, aku entahlah nak halang pun tak ada guna. Cuma satu je, jangan lama-lama. Aku takut sangat akan ada orang ambil kesempatan dalam ruang macam ni. Boleh hancur berkecai rumah tangga kau Yoongi. Last but not least, kalau dah tak ada yang mengalah, apa kata kau je yang pergi minta maaf." Nasihat Hoseok menerima anggukan positif daripada Yoongi.

"Hoseok?"

"Apa?"

"Air kau masin sangat!"

"Bana kau. Aku dah letak tiga sudu besar gula dalam air tu. Celah mana masin Yoongi?" Membulat mata Yoongi yang sepet itu.

"Hoseok! Padah aku kena kencing manis nanti!" Hoseok ketawa terbahak-bahak.

_

"Jihyo!" Jerit Momo sambil memeluk Jihyo tatkala perempuan itu muncul di hadapannya.

"Mo...Momo! Ah, my friend! Kau dah balik dari Jepun." Jihyo membalas pelukan tersebut.

"Friend je? Tak ada best pun?" Cebik Momo lalu meleraikan pelukan itu. Jihyo senyum manis.

"Alololo. My bestfriend! Weh jomlah masuk, kebetulan aku ada masakkan lebih makanan tengahari tadi." Ajak Jihyo menerima anggukan daripada Momo.

_

"Kau sihat?" Soal Momo sambil mengusap rambut panjang Jaehyu. Matanya kembali terarah ke arah Jihyo.

"Aku sihat. Anak aku pun baru je segar daripada demam." Balas Jihyo sopan. Sifat lemah-lembutnya sudah tertanam sejak kecil lagi.

"Yoongi?" Senyuman Jihyo terus mati. Momo tersenyum sinis di sebalik senyumannya.

"Jihyo, suami kau mana? Aku tak nampak pun dia. Sepatutnya time macam ni, orang dah balik kerja. Masa ni suami isteri lepak dekat ruang tamu. Manja-manja tapi kenapa kau tak?" Momo terus-terusan menyoal Jihyo. Hati perempuan itu mula sebak.

"Yoongi sihat. Dia call aku tadi, dia kerja lebih masa sikit harini."

"Kau jangan bagitahu Yoongi tau. Aku takut dia serang aku nanti even dia tak tahu aku dah balik. Semalam, aku nampak Yoongi masuk club. Dia mabuk dengan seorang perempuan. Bhai, naik angin aku satu badan tapi aku tak pasti kalau tu Yoongi atau tak?" Kata Momo sedikit mahu melagakan hati dua insan itu.

"Yoongi? Yoongi masuk club? Di...dia mabuk dengan perempuan? Dia dah janji yang dia takkan mabuk. Dia tak main perempuanlah Momo. Kau salah orang kut." Jihyo cuba menenangkan hatinya yang sudah bimbang. Senyuman yang mati tadi, terus terukir semula.

"Bila kita mabuk, kita dah tak sedar apa yang kita buat. Aku cuma nak kau berhati-hati. Kalau dia dah tak sayang kau, better kau tinggalkan dia. Aku tak nak kau sakit." Nasihat Momo kepada Jihyo. Tak mustahil Yoongi boleh buat semua tu?

"Terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Tapi aku kenal Yoongi macam mana."

To be continue...

Momo, pasangan tersebut saling mencintaiKau takkan mampu memisahkan mereka. Trust me!

Terbaik Untukku ◎ yoonghyoWhere stories live. Discover now