35: Final Chapter

620 60 14
                                    

Terbaik Untukku | Final Chapter
°°°

"Rindunya rumah ni." Luah Yoongi sambil meliar matanya melihat keadaan sekeliling rumahnya. Masih sama kecuali suasana. Muram je.

Terimbas kenangan manis bersama Jihyo dan Jaehyu dibenak fikirannya. Saat itu adalah suasana yang paling ceria.

"Hyo pun rindu dengan rumah ni. Abang nak masuk bilik ker? Buat masa ni abang kena tidur bawah sebab susah nak naik tangga." Yoongi mengangguk faham.

"Abang nak duduk sini je dengan sayang. Mana Jaehyu? Kenapa Jae tak ikut kita balik rumah?" Soal Yoongi sambil mendongak memandang Jihyo. Jihyo senyum manis.

Punggungnya dilabuhkan di atas sofa bersebelahan dengan kerusi roda Yoongi. Wajah Yoongi ditenungnya.

"Abang Kook ambil alih Jae. Abang bawa Jae pergi studio tarian. Katanya nak luangkan masa dengan anak saudara. Haih dua-dua abang saya tu berebut nak jaga Jaehyu. Macam budak-budak nak bergaduh." Kata Jihyo lalu ketawa kecil.

"Anak saya kan comel, cantik."

"Hmmm."

"Sayang, siapa nak sara kita sekeluarga ni. Saya dah lah tak boleh kerja. Maafkan saya sebab terlalu menyusahkan awak dan Jaehyu. Terima kasih sebab sudi terima saya yang dah tak sempurna macam dulu."

Jihyo raih tangan Yoongi. Bibirnya dikemam lama.

"Berapa kali abang nak cakap ni. Saya dah lama maafkan awak. Saya dah lama rahsiakan benda ni daripada awak, hmm Momo dah mati." Dahi Yoongi berkerut.

"Mati? Tiba-tiba je."

"Awak yang langgar dia. Dia memang kritikal teruk masatu. Darah banyak keluar." Terjungkit kening Yoongi sebelum nafas panjang dihela.

"Banyaknya dosa saya, sayang."

"Takdir. Namjoon kata yang Momo pecah belahkan rumah tangga kita. Dia hasut awak, dia hasut saya. Kalau awak nak tahu, masa awak telefon saya dan saya tak angkat. Saya termakan hasutan Momo. Dia cakap biar awak pula yang terseksa. Maafkan saya juga tau. Saya takkan sisihkan awak lagi. Bila awak sembuh nanti, kita pergi berdua." Yoongi mengusap kepala Jihyo.

"Jangan salahkan Momo. Hubungan kita dah mula retak awal mulanya. Dia ambil kesempatan dalam ruang tu. Macam Hoseok pernah cakap dekat saya. Saya ada terbaca risalah. Ia cakap, orang ketiga memang akan ada tapi itu terpulang kepada kita. Nak benarkan dia join atau halang dia." Kata Yoongi lagi. Dia belum puas berbual dengan isterinya.

"Hmm. Saya harap tak akan ada lagi halangan untuk kita bersama selepas ni. Kehadiran Momo memberi saya pengajaran, supaya jangan terlalu percaya dengan orang lain biarpun bestfriend sendiri."

"Sudahlah tu sayang. Benda dah lepas. Kalau diimbas, makin kuat rasa bersalah terhadap awak. Saya rindu masakan awak, pelukan awak, belaian awak. Rindu semua tentang awak." Jihyo senyum kelat.

"Saya akan kerja lepas ni."

"Why?"

"Ganti awaklah."

"Hmm, nanti tak ada masa nak berdua."

"Jae ada."

"Jae sekolah."

"Bayang saya."

"Haih awak ni."

"Namjoon akan berkahwin tak lama lagi." Yoongi membuat muka tak percaya walhal dalam hati berbunga-bunga.

"Dengan siapa? Tiba-tiba pula."

"Dengan Yoo Jeongyeon."

"Ahahahahaha. Rakan sekerja saya tu. Menjadi pula mereka berdua." Suasana menjadi sunyi seketika.

"Sayang."

"Hmm."

"Saya sayang awak sampai bila-bila. Kalau rasa dah tak sayang saya tu, cakap awal-awal tau. Nanti saya bagi ramuan kasih sayang dekat awak. Tiada orang yang dapat gantikan awak sayang sebab awak ialah yang terbaik untuk saya."

"Saya pun sama abang. I love you."

Tayar kerusi roda ditolak Yoongi mendekati Jihyo. Wajah Jihyo ditenung penuh cinta. Dagu runcing Jihyo ditarik mendekati mukanya. Bibir Yoongi melekat di bibir Jihyo. Lama.

Terima kasih Tuhan kerana kau mengurniakan insan sebaik ini kepada aku.

Mungkin orang lain akan tinggalkan aku kerana aku bukan sempurna seperti dulu.

Abang janji sayang.

Abang takkan sakitkan hati awak lagi.

Tuhan, indahnya pemberianmu terhadapku.

Aku mohon kau jangan hadirkan lagi orang ketiga di dalam hidupku.

Aku ingin bahagia seperti dulu. Bersama Jihyo dan juga Jaehyu.

Terima kasih sekali lagi kerana memberi Jeon Jisoo kepadaku.

Kerana dia ialah yang Terbaik Untukku.

•TAMAT•

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada anda semua yang vote, baca dan simpan ff ni. Saya hargai sangat-sangat.

Tak mahu cakap panjang tapi saya takkan terbit Tzukook sekiranya ff ni tak capai 1k atau 700 Vote. Terima kasih.😭♥

I LOVE YOU GUYSS. *SEDUT HINGUS*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terbaik Untukku ◎ yoonghyoWhere stories live. Discover now