bab 8

6K 823 105
                                    

Aura mengemas barang-barang yang perlu dibawa unruk perkhemahan pada minggu hadapan.Tangannya ligat memasukkan baju dan segala alatan yang diperlukan.

TOK TOK

pintu bilik Aura diketuk "masuk" arah Aura.Kelibat datin Aisyah mula kelihatan

"dah kemas baju?" Datin Aisyah melabuhkan punggungnya di atas katil milik Aura "tinggal sikit je lagi ni"  kata Aura sambil senyum.Tangannya ligat memasukkan barang ke dalam begnya.

"dah jom turun makan.Papa dah tunggu lama tu" kata Datin Aisyah sambil menepuk-nepuk peha Aura

Aura mengangukkan kepala sebelum dia dan mamanya menuju ke meja makan.

"hai papa!" satu ciuman hinggap di pipi kiri Dato Shahril.Aura dirumah memang manja tetapi di sekolah je.Gangster dia lain macam beb!

"Aura dah siap kemas ke barang?" tanya dato Shahril "dah pa tapi ada lagi sikit barang yang Aura belum masuk dalam luggage" macaroni cheese disua ke dalam mulut.

"ha takpe la nanti mama sambung.Aura rehat la dulu" balas Datin Aisyah "terima kasih mama!" kata Aura gembira.Pembantu rumah mereka ke meja makan untuk menuangkan air ke dalam cawan.

Setelah selesai menjamu selera.Aura duduk di birai katil biliknya.Tak bole baring dulu ye guys nanti gemuk! Dia membuka aplikasi whatsapp

The four princess👑

  Ainon
Weh guys aku tak sabar la minggu depan 😭

  Asyikien
Kan.. Aku pun weh..bukan selalu pergi perkhemahan dengan kawan kawan

                                                Aura
        Ada ada je la korang ni..dah la.Pergi lah tidur.Jangan tidur lambat pulak!

  Ain
Goodnight!

Aura menutup iphonenya.Lampu tidur di sebelah katil king size miliknya dimatikan.Dia melelapkan mata lalu dibuai mimpi (Goodnight gangster!) diam la author 🙄 (eh dengar eh 😂)

                                     ↪🏫↩

Tit tit tit~ penggera di sisi Aura berbunyi menanda lagi beberapa minit akan masuknya waktu subuh (zaman bila punya lah penggera tu) Aura bangun dari pembaringannya.Dia mengeliat, kemudian dia mengorak langkah menuju bilik air,selepas mengambil wuduk dia menunaikan solat

7:00 A.M

Aura sudah siap memakai baju sukan.Dia ingin ke taman untuk jogging.Inilah rutin hujung minggunya.

"nak pergi bakar lemak yang terkumpul ni" kata Aura sambil menepuk-nepuk perutnya.Tanpa membuang masa dia bergerak menuju ke taman.

Beberapa jam kemudian

Aura duduk di kerusi taman untuk mengurangkan lelahnya.Dia mengelap peluh menggunakan tuala kecil yang dibawanya.Tiba-tiba dia disapa seseorang.Aura mendongakkan kepala untuk melihat siapa gerangan yang menyapanya.Satu keluhan dilepaskan.

"kau buat apa kat sini?" Soal Hairy sambil melabuhkan punggung di sebelah Aura

"aku tengah mencangkul ni.Tak nampak ke?" Aura berloyar buruk,dah nampak aku berpeluh sakan ni dah tentu-tentu la jogging! Hairy hanya menjeling Aura.Air di tangan diteguk Hairy.Aura leka bermain telefonnya.Hairy hanya mengerling.

"sini jap"  tangan Hairy pantas mengambil iphone milik Aura "weh apa ni main rampas-rampas.Main lah fon sendiri!"  bentak Aura

"kau diam la sekejap! Kalau kau bising aku tak bagi fon ni baru tahu!" tangan Hairy ligat menyentuh skrin iphone 7 berwarna rose gold milik Aura (semuanya pink la Aura ni.. So girly) eh biar la aku memang girl pun kan!

"tak padan dengan ketua pengawas.Membuli je kerja! Eh boleh bagi aku reason tak kenapa kau boleh jadi ketua pengawas?" tanya Aura.Memang dari first day dia masuk sekolah tu dia masih tercari-cari reason Hairy boleh jadi ketua pengawas

"sebab aku pandai,hotss,handsome,bergaya,ka.." belum puas Hairy nak memuji dirinya.Aura segera memotong "jap aku nak muntah hijau"  kata Aura sambil membuat gaya ingin muntah.Hairy hanya menjeling Aura.Hairy ni memang masuk bakul angkat sendiri la!

"weh mangkuk belikan aku air kat sana tu" kata Hairy sambil menuding jari ke arah gerai yang menjual makanan dan minuman.Hairy ni pun sengal,dah la nak suruh orang,lepastu panggil mangkuk-mangkuk pulak!

"malas!" balas Aura senada "kalau kau tak beli,secara automatik nya iphone kau disedekahkan kat aku" Hairy mengangkat keningnya berkali-kali.Aura memandang Hairy dengan pandangan geram tahap gaban.Eishh kang aku pukul kau mandul kang!

"nah duit" Hairy menghulurkan duit.Aura merampas duit tersebut dengan kemarahan yang mengunung dia menuju ke kedai tersebut.Dah la Jauh! Hairy hanya tersenyum kemenangan.Senang betul dia nak menang dengan Aura ni

Selesai membeli,Aura berjalan menuju ke arah Hairy.Sedang dia berjalan, dia terlanggar sesuatu dan yesss.Dia jatuh tersungkur. Aura mengerang kesakitan.Lutut dan sikunya terdapat luka.Habis makanan dan air yang dibelinya semua telah berterabur.

"tak sangka aku jumpa kau kat sini.Ingat dekat sekolah je jalan tak pakai mata rupanya kat taman pun jalan tak pakai mata?" Emerlyn ketawa sinis.Eishh aku sembelih juga kau ni!

"kau yang hulur kaki kan!"  Ujar Aura.Matanya tajam memandang Emerlyn.Abis duit tau tak! Membazir! Aura masih terduduk di atas jalan tar itu.Takde siapa ke nak tolong aku?  Wuahhh😭

"tak malu ke.Orang ramai tengok? Bangun la!" kaki Emerlyn menolak kasar badan Aura.Nasib kaki aku sakit tau.Kalau aku sihat,dah lama daging kau jadi sate!

Hairy menilik jam tangannya "lamanya minah ni.Dia beli air ke buat air!" rungut Hairy.Tekaknya sudah la haus.Air yang dibawanya sudah lama habis.

tiba-tiba mata Hairy tertancap pada orang ramai yang sedang berkumpul beberapa meter jauh darinya "ada apa pulak tu?" tanya Hairy sendiri.Dia menjengah-jengah kepalanya tetapi malangnya dia tidak nampak apa apa.

Hairy bangun dan menuju ke sekelumpuk orang ramai tersebut.Membuntang matanya melihat Aura sudah terduduk bersama air dan makanan berterabur.Kaki Emerlyn masih aktif menolak-nolak Aura.Dia menuju ke barisan paling hadapan

"Emerlyn!"  jerit Hairy.Semua mata memandang Hairy.Emerlyn terkejut.Kakinya yang dari tadi menolak Aura segera ditariknya.

Hairy membantu Aura untuk bangun.Aura menahan sakit "dekat sini pun nak buat hal lagi?! Kau ni tak serik ke? Apa masalah kau sebenarnya?" tanya Hairy tegas.Bengang betul dia dengan Emerlyn ni.Emerlyn masih kaku.Walaupun dia macam syaitan tetapi dia tetap takut dengan ketua pengawas itu

"biar muka tak cantik jangan perangai! Kau bukan buat aku makin suka kat kau tau tapi kau buat aku makin benci dengan kau! Please stay away from Aura!" Hairy dengan Aura meninggalkan Emerlyn yang sudah menahan amarahnya

Aura berjalan terjengket-jengket.Entah kenapa minah gangster tu tidak memarahi Emerlyn.Mungkin dia tengah menahan sakit ataupun sedang bersyahdu kerana duitnya terbang😂

°

°

Aura dan Hairy menuju ke klinik.Setelah selesai membalut luka Aura.Mereka berdua berehat di cafe "aku minta ma.." belum sempat Hairy nak minta maaf,Aura sudah menyampuk "hmm" balasnya ringkas.Rasa bersalah memenuhi setiap inchi ruang di hati Hairy.Kalau lah dia tidak membuli Aura sudah tentu semua benda ni tidak terjadi

"iphone aku?" Aura menadah tangan kanannya.Hairy memulangkan iphone 7 milik Aura "nah aku ganti duit kau" Aura meletakkan duit nya di hadapan Hairy "aku balik dulu.Thanks tolong  aku" Aura berdiri dan meninggalkan Hairy.

Hairy hanya memandang duit yang diberi Aura "dia marah kan aku ke?" bisik Hairy sendiri..Hairy meraup rambutnya berkali kali

Ayook Hairy.. Aura dah merajuk.. Hye guys! Ok tak chapter ni? Slow sikit eh bab ni? Takpe in sha Allah next chapter author buat best ii.. Sorry sebab lambat update papepon vote ok!

i love you Ketua Pengawas [C]Where stories live. Discover now