ADAKAH MASIH CINTA 05

17.1K 618 22
                                    

Farrahani memandang disetiap sudut ruang rumah itu dengan puas hati. Hampir 4 jam berlalu dan dia telah pun berjaya membersihkan rumah itu dengan jayanya.

Setakat kerja rumah, tiada masalah baginya kerana di rumah Mak Senah dia juga diperlakukan seperti orang gaji. Cuma bezanya rumah agam itu semestinya lebih besar dan mempunyai banyak bilik berbanding rumah makngahnya.

Megat Haneef berhenti menapak anak tangga apabila terpandangkan Farrahani. Otaknya ligat memproses apa yang boleh dilakukan.

Bibirnya mengorak senyuman apabila terpandangkan baldi yang berisi air kotor berserta mop. Baldi itu didekati sebelum..

" Bukk.. "

Baldi itu ditendang sehingga jatuh dan tumpah segala airnya. Farrahani yang terkejut akan bunyi itu terus menoleh. Kelihatan mata coklat gelap milik Megat Haneef tajam menikamnya.

" Asal kau letak tengah-ii jalan? Bodoh sangat ke sampai tak boleh fikir aku nak lalu? Kau tak pergi sekolah? " sindir Megat Haneef dengan bengis.

Farrahani menelan liur. Jika dahulu di rumah makngah dia sering dibuli, kali ini nasib dia masih juga sama. Memang aku dilahirkan untuk hidup menjadi alat permainan orang lain mungkin..

" Yang kau terpacak lagi kat situ kenapa? Buat lah kerja! " jerkah Megat Haneef lalu merentap kuat rambut Farrahani.

Farrahani ditolak kasar ke lantai yang sudah dibanjiri air kotor.

" Haneef! Sakit! " raungnya. Siku dan lututnya dirasakan perit akibat terhentak di lantai.

Megat Haneef hanya tersenyum sinis. Matanya tajam merenung Farrahani dengan penuh rasa benci dan dendam.

" Sakit? Itu baru sikit! " Megat Haneef berlalu mendaki anak tangga. Sebelum itu, sempat juga dia menghentak kuat kakinya memijak kaki Farrahani.

" Auuu! " Farrahani meraung. Kakinya digosok perlahan. Air mata sudah mula bergenang sebelum perlahan lahan menghujani pipinya.

Megat Haneef tersenyum sinis sambil mendaki anak tangga. Kakinya yang kotor akibat air tadi tidak dipedulikan.

" Bersihkan tapak-ii kaki aku ni lepastu masak. Aku lapar. " ujar Megat Haneef lalu menuju ke bilik air di tingkat atas untuk mencuci kakinya.

Farrahani cuba bangun perlahan lahan. Kakinya yang sakit menyebabkan langkahnya sedikit terhincut.

Dengan hati yang tabah dan pasrah, dia bergerak membersihkan semula onar yang dibuat Megat Haneef.

🔺🔺🔺🔺🔺

Farrahani memandang sayu tomyam yang dimasaknya. Tomyam merupakan makanan kegemaran Megat Hakeem. Megat Hakeem sering memintanya untuk memasakkan tomyam kerana air tangan Farrahani tidak kurang hebatnya.

Perlahan lahan tomyam dicedok ke dalam mangkuk lalu dihidangkan di atas meja. Tomyam, asam pedas serta sayur paprik siap dimasak.

Nasi disenduk ke dalam pinggan sebelum berlalu ingin memanggil Megat Haneef namun kelihatan lelaki itu sudah pun terpacak di ruang makan.

" Saya dah siap masak.. " ucapnya perlahan.

Megat Haneef terus menuju ke meja makan. Hatinya dipagut pilu apabila melihat tomyam. Dia tahu itu adalah makanan kegemaran abangnya.

Rindunya pada si abang menggunung dihati. Sedari semalam dia cuba menghubungi Megat Hakeem namun tidak berjaya. Entah bagaimana keadaan lelaki itu sekarang. Makankah dia? Adakah lelaki itu sedang menanggung sakit?

" Kenapa kau masak tomyam? Aku tak suka! " ujarnya keras. Farrahani tergagap gagap.

" Takpe.. Awak makanlah asam pedas ni.. " Farrahani menolak tomyam menjauhi Megat Haneef lalu menarik asam pedas ke hadapan lelaki itu.

Megat Haneef terdenyum sinis. Dia tidak lapar. Sengaja ingin mendera Farrahani. Asam pedas dicedok main-ii.

" Warna nampak cantik.. Tapi malangnya aku jugak tak suka pedas.. " Megat Haneef tersenyum sinis. Dia ingin berlalu dan tanpa sengaja, dia tertepis mangkuk asam pedas sehingga jatuh berderai ke lantai mengenai kaki Farrahani.

" Prangg.. "

Asam pedas yang masih panas menyebabkan kaki Farrahani mula memerah kerana melecur. Wajahnya berkerut menahan sakit. Mangkuk kaca yang sudah pun berkecai pula menyebabkan sedikit luka pada kaki Farrahani.

" Auu.. " Farrahani segera memeriksa kakinya. Megat Haneef terkelu. Liur ditelan kesat apabila melihat kaki Farrahani yang merah serta cedera. Dia tidak sengaja.

Hatinya dihurung rasa bersalah namun egonya membatasi segala galanya. Dia hanya berlalu meninggalkan Farrahani tanpa niat ingin membantu.

Sampainya hati dia..

Farrahani berlalu ke bilik air. Kakinya dibiarkan dihujani air paip yang sejuk selama beberapa minit sebelum luka terkena serpihan kaca itu dirawat. Sambil itu, air matanya turut mengalir menemani.

Kotak rawatan cemas dicari. Antiseptik disapu sebelum membalut kakinya menggunakan bandage. Setelah selesai, dia berlalu pula ke dapur untuk membersihkan lantai yang dikotori asam pedas.

🔺🔺🔺🔺🔺

" Farra! " laung Megat Haneef dari atas. Farrahani yang baru hendak menyuap nasi ke mulut, terbantut. Dia segera menuju ke sinki untuk membasuh tangan sebelum terkocoh kocoh mendaki tangga menuju ke bilik Megat Haneef.

Sebaik sahaja kakinya memijak lantai bilik Megat Haneef, wajahnya dicampak dengan longgokkan baju.

" Basuh dengan tangan! Jangan pakai mesin. Rosak baju aku, muka kau aku pecahkan! " tengkingnya dengan kuat.

Kelihatan lelaki itu berpakaian seperti hendak keluar. Jam tangan dililit pada pergelangan tangan.

" Tunggu aku balik. Selagi aku tak balik, jangan tidur! Kalau kau tidur, siap! " Megat Haneef memberi amaran sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Sempat juga dia melanggar bahu Farrahani. Terdorong ke belakang tubuh kecil molek gadis itu apabila dilanggar tubuh tegap si lelaki.

Farrahani mengeluh kecil sebelum tunduk mengutip baju-ii yang dilempar Megat Haneef. Baju-ii itu dibawa ke hidung. Wangi. Baunya seperti baru sahaja dibasuh. Nampaknya Megat Haneef memang sengaja.

Farrahani membawa baju-ii itu ke bilik air di bawah. Baju itu tetap dibasuh seperti yang diarahkan.

🔺🔺🔺🔺🔺

Farrahani menguap untuk kali yang entah keberapa. Matanya yang layu memandang jam di dinding. 3 pagi namun kelibat Megat Haneef belum juga kelihatan.

Farrahani sudah pun tersengguk sengguk namun digagahi juga matanya untuk bertahan. Akhirnya dia tertidur bersandar si sofa.

To be continue..

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now