ADAKAH MASIH CINTA 39

19.1K 638 27
                                    

" Riy, I nak pergi toilet kejap. You tunggu sini tau jangan pergi mana-ii. " pesan Maya sebelum berlalu pergi dengan lenggang lenggoknya menuju ke arah tandas.

Hairi hanya diam tidak membalas. Dia sememangnya masih serabut dek kerana ingatannya masih belum pulih. Saban hari dia berdoa memohon petunjuk dari Allah S.W.T namun memorinya seakan terpadam dan tidak akan kembali lagi. Dia hampir berputus asa.

Dia kemudiannya berasa dahaga. Langkah kaki diatur menuju ke cool blog bagi mendapatkan minuman.

__________

Farrahani mengeluarkan sekeping wang kertas RM 10 lalu dihulur kepada pekerja cool blog tersebut. Smoothie yang telah siap tersebut dicapai. Dia menyedari kehadiran seorang lelaki di sebelahnya namun tidak dipedulikan. Dia menunggu wang bakinya dengan sabar.

" Ya encik? " sapa pekerja tersebut dengan sopan. Lelaki tersebut menilik satu persatu perisa yang ada.

" Apple smoothie dengan apple jelly. " pesan lelaki itu. Farrahani terkedu saat lelaki itu bersuara. Liurnya ditelan kesat. Suara itu. Suara yang amat dikenalinya. Tetapi apakah betul lelaki di sebelahnya ini..

Farrahani terus menoleh memandang lelaki di sebelahnya. Sekali lagi jantungnya seakan direntap. Terketar ketar bibirnya ingin menuturkan sesuatu.

" Ab-abang.. " hanya itu yang terluah dari bibir. Wajah lelaki itu. Persis seperti wajah yang dirinduinya selama ini. Kelopak matanya mula digenangi air mata. Duit baki yang dihulurkan oleh pekerja tersebut langsung tidak dihiraukan lagi. Hairi menoleh ke sebelah apabila menyedari wanita yang sedang berdiri di sebelahnya itu seolah memanggil dirinya.

Pandangan mereka saling bertautan. Hairi turut terkedu. Dia seolah olah pernah melihat wanita itu tetapi dia lupa di mana. Farrahani seakan ingin mengukir senyuman di dalam kesedihannya.

" Kita kenal ke? Atau kita pernah jumpa sebelum ni? " soal Hairi penuh rasa ingin tahu. Farrahani tergamam.

" Ab-abang tak kenal Farra ke? " soalnya. Nadanya penuh sebak. Dari jauh, Maya dapat melihat Hairi sedang berbicara dengan wanita lain. Dia dipagut rasa risau. Langkah kaki pantas diatur mendekati mereka.

" Hairi let's go home. " ajak Maya lantas merangkul lengan lelaki itu lalu diheret pergi. Hairi terkocoh kocoh mengikuti langkah gadis tersebut.

" No! Abang! " Farrahani terus mengejar langkah Hairi dan Maya. Lengan Hairi ditarik.

" Abang tak boleh tinggalkan Farra lagi! Tolonglah. Farra dah tak sanggup hidup tanpa abang. " rayu Farrahani. Dia yakin benar lelaki hang berdiri di hadapannya kini ialah Megat Haneef. Dia yakin. Maya merengus kasar sebelum menepis tangan Farrahani yang memegang tangan Hairi.

" Hey you better shut your mouth! Can you please stop bothering us crazy woman! " jerkah Maya sambil matanya tajam menikam Farrahani..

" Maya! " tegur Hairi apabila dirasakan gadis itu agak keterlaluan. Farrahani tidak peduli dengan jerkahan tersebut.

" Abang tolonglah. Ingat semula. Abang dah janji abang takkan tinggalkan Farra.. " rayu Farrahani. Tangan lelaki itu digenggam.

" Abang, Farra ni isteri abang. Tolonglah ingat. Farra dah tak sanggup macam ni. Farra nak abang balik semula pada Farra. " Farrahani merayu. Dia tidak peduli jika dicop sebagai perempuan gila. Hang dia tahu, dia hanya ingin suaminya semula.

" Eh perempuan gila. Kau jangan nak buat hal kat sini! Ini tunang aku! Please stop bothering us! Shame on you fucking crazy woman! " Maya tidak mampu menahan sabar. Dia risau tembelangnya akan pecah.

" Maya! Seriously! " Hairi seakan tidak percaya Maya sekasar itu. Sebelum ini Maya yang dia kenal seorang yang lemah lembut tetapi sekarang lain pulak jadinya.

" What Hairi? This woman is crazy! She keep calling you abang and assume you are her husband! Of course I'm mad! " Maya membela diri.

" So what? I feel like I know her. I feel like I met her once but I can't remember. " luah Hairi. Luahan tersebut membuatkan Maya bertambah khuatir.

" Stop talking nonsense Hairi! Let's go home! " Maya segera menarik lengan Hairi pergi sebelum segala galanya terbongkar. Namun, Hairi masih tidak berganjak. Tangan Maya ditepis.

" If you wanna go home, go ahead. This is my life so I have rights to do what I want! " tegas Hairi. Farrahani sudahpun terduduk dengan linangan air mata. Hairi segera memaut wanita itu agar berdiri.

" Hairi! How could you! " bentak Maya. Dadanya turun naik menahan amarah.

" Eh kau ni memang perempuan gila lah! " Maya naik hantu. Rambut Farrahani ditarik kuat.

" Maya! Stop it! " arah Hairi. Maya ditolak menjauhi Farrahani. Maya semakin meradang. Tiba-ii datang seorang lelaki mendekati mereka.

" Farra, what happen? " tegur Megat Faris. Hairi menoleh memandang lelaki yang menegur mereka. Disaat itu seolah olah keajaiban telah berlaku. Dia tiba-ii ingat akan wajah lelaki tersebut. Bibirnya bergerak gerak seolah ingin menyatakan sesuatu dan..

" Faris.. " hanya itu yang terungkap dari bibirnya. Matanya merenung Megat Faris tidak berkelip. Megat Faris kemudiannya memandang lelaki yang memanggil namanya dan disaat itu dia turut terpaku. Bibirnya terkunci dari menyatakan apa-ii.

Farrahani menekup mulutnya. Dia kini lebih yakin lelaki itu ialah Megat Haneef. Maya semakin tidak tentu arah.

WILL BE UPDATE ON 27 NOVEMBER 2019 .

TOLONG FAHAM AUTHOR NAK SPM . JANGAN DESAK SURUH UPDATE .

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now