ADAKAH MASIH CINTA 30

17.9K 562 52
                                    

Megat Haneef tersandar pada dinding ward sambil matanya merenung ke arah Farrahani yang terlantar di atas katil hospital. Bermacam macam perkara sedang bermain di benak fikirannya kini.

Dia mengeluh kecil. Perasaannya berbelah bahagi diantara belas kasihan dan kecewa. Dia kasihankan Farrahani dan pada masa yang sama dia kecewa. Dia tersepit diantara budi baik dan pengkhianatan yang diterimaya.

Megat Haneef meraup kasar wajahnya. Dia kemudiannya ingin menapak pergi namun suara Farrahani membantutkan langkahnya.

" Awak.. " panggilnya perlahan dengan suara yang serak-ii basah. Megat Haneef tidak menoleh. Dia hanya kaku di muka pintu ward.

" Awak kita kena bincang. " pinta Farrahani dengan air mata yang sudah pun mengalir. Megat Haneef tersenyum kelat.

" Tak ada apa lagi yang nak dibincangkan. Semuanya dah terlambat. Terima kasih atas semuanya. Terima kasih sangat. " ucap Megat Haneef dengan sebak tanpa menoleh.

" Awak tolonglah. Bagi saya peluang untuk terangkan segalanya. " rayu Farrahani dengan juraiannya air mata. Dia bersusah payah bangun dari pembaringannya meskipun berasa sakit.

" Aku dah bagi kau peluang tapi kau sia-ii kan Farra. Kenapa Farra. Kenapa kau buat semua ni? " ucap Megat Haneef kesal. Tombol pintu ward dipegang kemas.

" Tak awak. Bukan salah saya. Saya terjatuh. Maaf saya tak dapat nak jaga anak kita elok-ii. Salah saya.. Ampunkan saya.. " ucap Farrahani lemah.

" Kau terjatuh atau kau sengaja buat-ii jatuh sebab takut identiti bapak budak tu terbongkar? Sudahlah Farra. Puas hati kau sekarang? Kau dah tak dapat mengandung lagi. Lepas ni tak payah la kau penat-ii nak jaga kandungan yang kononnya anak aku. " ujar Megat Haneef tanpa rasa lalu melangkah pergi. Farrahani tercengang.

" Awak! Awak dengar dulu! " Farrahani segera menarik jarum drip air dari tangannya lalu bergerak turun dari katil. Tanpa menyarung kasut, dia melangkah keluar mencari Megat Haneef.

Farrahani segera berlari mengejar langkah Megat Haneef yang kian menjauh. Para jururawat dan manusia-ii yang ada di hospital itu memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Farrahani tidak mempedulikan mereka. Dia hanya memikirkan Megat Haneef. Megat Haneef yang menyedari Farrahani mengikuti langkahnya segera mempercepatkan langkahnya. Dia melangkah keluar dan menuju ke kawasan parking.

Megat Haneef segera masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin tanpa menghiraukan Farrahani yang bersusah payah berlari mendapatkannya. Megat Haneef terus menekan pedal minyak dan beredar.

Farrahani tetap tidak berputus asa. Dia mengejar kereta Megat Haneef sambil menjerit memanggil nama suaminya. Biarlah orang mahu berkata dia gila meroyan dia tidak peduli lagi.

" Haneef! Tunggu! Dengar dulu Haneef! " jerit Farrahani di dalam tangisannya. Dia hanya kalut tentang Megat Haneef sehingga langsung tidak kisahkan keadaan dirinya.

Di celah kelangkangnya telah pun dibasahi darah. Kakinya juga berdarah kerana berlari lari di atas jalan tanpa kasut. Farrahani berhenti mengejar. Nafasnya semakin sesak dan kepalanya berasa pusing. Dia tidak sedar bahawa dirinya kini berada di tengah jalan raya dan..

Kedengaran bunyi enjin kereta yang semakin menghampiri. Farrahani menoleh memandang ke sisi namun pandangannya kabur. Seketika kemudian dia berasa dirinya seolah olah melayang.

" Argh! " Farrahani menjerit. Dirinya melambung ke atas kereta dan tergolek jatuh semula ke atas tar. Tubuh Farrahani terketar ketar di atas jalan raya seperti ayam disembelih. Membuak buak darah keluar dari mulutnya. Kepalanya juga berlumuran darah.

Elliey terus memecut dengan senang hati sambil melihat cermin sisi. Dia kemudiannya ketawa kuat.

" Mampus kau! Mampus! " jeritnya dan ketawa lagi tanda kemenangan. Elliey tersenyum riang.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now