Bab 1 : Luka Membawa Petunjuk Baru

1.5K 120 4
                                    

Bunyi derapan kaki kuat memijak dedaun gugur di atas tanah. Langkah demi langkah dilajukan. Sedaya upaya dia berlari merentasi hutan belantara itu. Ranting-ranting pokok ditepis kasar. Tangan kanan menekan abdomen kanan menahan darah dari mengalir. Sebelum dia membuka langkah seribu tadi, sebutir peluru sempat menembus ke abdomennya yang dilindungi dengan baju T nipis. Kalau bukan silapnya terpijak ranting kayu semasa ingin mengintip markas musuh tadi, pasti dia dapat keluar dari situ tanpa perlu dikejar.

Rasa pedih yang semakin mencengkam diri tidak diendahkan. Kakinya tidak berhenti melangkah laju. Dia dapat rasakan jantungnya laju berdegup. Kepala ditoleh ke belakang. Beberapa orang berbadan sasa mengejarnya tanpa kenal erti putus asa. Semakin laju dia berlari keluar hutan itu. Hatinya berasa lega apabila bayang sebuah kereta diparkir di tepi hutan semakin kelihatan. Sampai saja di sisi kereta dia buka pintu belakang tetapi tidak berjaya.

Peluh merenik di dahinya. Laju tangan mengetuk tingkap pemandu. Tak guna! Sempat mamat ni tidur? Getus hati lelaki itu tatkala melihat lelaki di tempat pemandu itu beradu.

Ketukan kuat di tingkap menyebabkan lelaki yang berada dalam kereta terjaga dari tidur. Dia menoleh sebelum membuka kunci pintu. Lantas lelaki yang di luar tadi masuk ke dalam. "Jalan, Jay! Cepat, bila-bila masa saja dia orang sampai!" arahnya tegas.

Jay memijak pedal minyak memecut laju keluar dari kawasan itu.

Beberapa orang lelaki berbadan sasa tadi keluar dari hutan. Mereka memandang kereta yang dinaiki lelaki tadi dengan rasa tidak puas hati. "Argh, macam mana boleh terlepas?!"

"Dia lari laju sangat tadi, Bob!" balas seorang dari mereka. Tercungap-cungap mereka semua selepas penat berlari mengejar lelaki yang mengintip markas mereka.

"Ah, mati kita tau tak? Mamat bertopeng hitam tu dah tahu markas kita. Buatnya dia tu sebenarnya polis ke apa, macam mana? Sial lah!"

Jay mengerling kawannya di belakang dengan cermin pandang belakang. "Kau okay ke tak, Night? Macam mana boleh dia orang tahu kau mengintip tadi?" soalnya.

"Aku okay, kena tembak sikit je. Silap aku jugak terlupa bawak pistol dan terleka mengintip tadi. Jangan risaulah, bukan mereka tau muka aku pun." Lelaki yang dipanggil Night itu menanggal topeng hitam yang menutup mulutnya. Jaket kulitnya ditanggal dari tubuh. Hujung baju T diangkat ingin melihat peluru yang sudah tertimbus dalam badannya. Night menyandarkan kepala ke belakang. Dia menghembus nafas lega apabila mendapati peluru itu tidak tembus begitu dalam. Dibawa keluar satu kotak yang terletak di bawah kerusi pemandu.

Rasa pedih kembali mencengkam kerana dia menundukkan tubuh. Dibuka penutup kotak itu. Tangannya mencapai penyepit kecil. Penyepit itu digunakan untuk membawa keluar peluru dalam abdomennya. Dia mengetap bibir menahan sakit.

"Kau nak aku bawak pergi hospital ke, Night?" tanya Jay. Dia tahu tubuh kawannya sudah biasa disinggahi peluru. Night juga biasanya merawat sendiri segala luka di badannya kecuali kalau lukanya teruk. Jadi, mahu tidak mahu terpaksa juga Night membenarkan doktor peribadi yang diupah oleh agensi mereka untuk merawat luka itu.

Night geleng kepala. Dia melihat luka yang sudah dia rawat sendiri itu sebelum menjawab, "Tak perlu. I'm already done. Kejap lagi aku kena pergi kerja. Dah berapa kali dah kena pecat, biarlah aku kekalkan kerja ni dulu."

"Kau serius nak pergi kerja terus? Tak mahu berehat?" Jay memberhentikan kereta itu di hadapan sebuah rumah kecil di dalam hutan. Yang pasti bukan hutan tadilah. Di sini merupakan rumah untuk dia, Night dan seorang lagi rakan mereka yang juga kembar Jay, Ray berbincang tentang misi mereka. Biasanya mereka akan menerima misi yang sama, tetapi kali ini, Ray ditugaskan untuk misi yang lain.

Mereka bertiga mula berkenalan tiga tahun lalu. Ray dan Jay bertugas lebih awal daripada Night. Antara mereka bertiga, masing-masing mempunyai kepakaran yang berlainan. Ray pakar dalam teknologi komputer atau lebih senang dipanggil hacker. Night pakar dalam kegiatan menembak, tidak pernah tembakannya tersasar. Jay pula pakar dalam berlawan musuh. Dia mahir menggunakan pedang. Ramai orang dalam agensi menggelarnya Ninja Jay. Nama Ray, Jay dan Night bukanlah nama sebenar mereka. Nama itu hanya digunakan ketika dalam misi sahaja. Di luar misi, mereka hidup sama seperti manusia biasa.

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now