Bab 17 : Where it all begins

690 75 10
                                    

Satu susuk tubuh ditolak kuat pada dinding. Gentar pemilik tubuh itu melihat manusia di hadapannya. Perut senak kerana asyik menjadi sasaran tumbukan dari tadi. Kedua-dua belah tangannya diangkat meminta lelaki yang menumbuknya itu berhenti bertindak sebegitu. Sungguh penat tubuhnya menjadi punching bag. Kakinya hampir terkulai lemah digagahkan untuk berdiri. Jujur dia sudah terkucil sedikit melihat lelaki ini menyerangnya tadi.

Kolar bajunya dicengkam lelaki itu. "Bang, bang. Jangan macam ni, bang. Jangan bunuh saya. Saya nak hidup lama lagi," rayunya dengan bibir terketar-ketar. Takut.

"Kau cakap dengan aku sekarang, apahal kau ekori perempuan tu?!"

"Perempuan mana ni, bang? Saya tak ekori sesiapa. Sumpah!"

Telefon pintar dibawa keluar dengan sebelah tangan. Gambar Najwa ditunjuk pada lelaki itu. "Kau jangan nak menipu aku. Dah berhari-hari kau ikut dia, kan?"

Buntang mata lelaki itu melihat gambar tersebut. "Na... Najwa? Ka... Kau siapa? Boyfriend dia ke?"

Takkan boyfriend? Dia ni Night kut? Tapi kalau ya, maknanya, Najwa tahu siapa dia? Bertubi-tubi soalan muncul di minda.

"Dia pun tak kenal aku. Kau baik jujur sekarang, kau ekori dia kan? Kenapa?"

"Ya, ya. Aku ekori dia! Tapi aku buat macam tu sebab aku suka dia. Ramai orang confess dekat dia tapi dia tolak, aku ikut ajelah dia. Cari cara nak approach dia. Itu aje, bro. Tak... takde niat lain," akuinya.

Tajam mata Night melihat ke dalam mata lelaki itu. Dah macam cerita Ghost Rider pulak! "Kau dengar sini, aku tahu tu bukan niat sebenar kau. Kau orang ada buat cabaran kan?!"

Makin besar mata lelaki itu. Macam mana mamat ni tau?

"Tak perlu tahu dari mana aku tahu. Apa aku nak kau buat, kau hentikan permainan kau dengan kawan-kawan kau tu sekarang juga, atau tak, dia orang dengan kau sekali aku tembak. Faham?!" dia memberi amaran.

"Ka... kalau dia orang tak percaya macam mana?"

Night merengus. Banyak pulak soalan mamat ni? "Buatlah apapun. Takkan kau nak tangkap gambar aku pulak, bongok!" marahnya sebelum melepaskan cengkaman kolar baju lelaki itu. Tangannya dilap pada seluar. Basah dengan peluh! Tanpa berbicara panjang, dia meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu terduduk lemah pada dinding. Apa aku nak buat?






Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Ruangan bilik itu besar, luas dan kosong tanpa sebarang benda atau perabot. Dia menggenggam tangannya dan melepaskan. Dilakukan beberapa kali. Matanya dilindungi dengan sehelai kain putih. Tidak membenarkan dia melihat apa yang bakal ditemuinya sebentar lagi.

Kedengaran suara seorang lelaki bergema di dalam ruangan bilik itu. "Night. Ready?"

Amar mengetap bibirnya. Nafasnya semakin laju. Mindanya sudah bersedia. Dia menarik nafas dalam-dalam. Sebelah tangannya dibawa ke belakang tubuh. Sepucuk pistol yang diselit pada pinggang seluar dibawa keluar.

Rakaman suara perempuan pula kedengaran, "Three... Two... One..."

Wush!

Amar menoleh ke arah suara itu. Dia terus melepaskan tembakan. Dia bergerak dengan merendahkan tubuhnya. Dia bersandar pada sesuatu. Telinganya sekali menangkap bunyi dari sebelah kiri. Dia menembak dua kali.

Dia bangun. Dia laju menunduk apabila terdengar bunyi tembakan dari arah belakang. Kepalanya berpaling ke belakang. Bunyi tembakan dari depan membuatkan dia jatuh meniarap. Bagaikan seorang askar merangkak bawah kawat besi menyusuri tanah lumpur, Dalam keadaan meniarap, Amar bergerak terus ke hadapan.

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now