Bab 54

1.6K 12 0
                                    

ST12 ~ Biarkan aku jatuh cinta

Mata ini, indah melihatmu

Rasa ini, rasakan cintamu

Jiwa ini, getarkan jiwamu

Jantung ini, detapkan jantungmu

Dan biarkan aku padamu

Menyimpan sejuta harapan aku padamu

Rasa ini tulus padamu

Takkan berhenti sampai nantiku mati

Biarkan aku jatuh cinta

Personaku pada pandangan

Saat kita jumpa

Biarkan aku kan mencuba

Tak peduli kau berkata

Tuk mahu atau tidak

Mata ini

Indah melihatmu

Rasa ini

Rasakan jiwamu...

"Sayang... marilah sini."

Aku berpaling apabila dipanggil. "Abang nak apa? Anis sibuk ni." Ikan patin masak tempoyak atas dapur, segera aku kecilkan apinya.

Kebelakangan ini, Cikgu Safarin sering bertingkah romantik. Disebabkan aku dah pulang ke pangkuannya, dia nak melekat saja dua puluh empat jam. Rindu tak habis lagi katanya.

"Nak bagi sesuatu. Datanglah dekat sikit..."

"Abang cakap dulu nak bagi apa. Kalau tak, Anis tak nak dekat dengan abang. Bukan tak tahu abang tu suka sangat picit hidung Anis. Ingat tak sakit ke?"

Sebelah tangannya naik ke sisi bahu. Lagak orang mahu melakukan sumpah. "Abang janji. Abang takkan picit hidung Anis lagi."

"Betul ni?"

"Betul. Meh datang dekat sikit. Kalau Anis tak berdiri rapat dengan abang, macam mana abang nak bagi hadiah ni?"

Aku teruja mendengar. "Hadiah?!"

Dia mengangguk dengan senyum lebar.

Tak banyak soal, segera aku mendekatinya.

Cikgu Safarin mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Tundukkan kepala."

Aku kerutkan muka. Tak faham apa sebenarnya yang dia nak bagi dengan memberi arahan begitu. Tapi, tetap saja aku ikut kemahuannya. Kemudian, satu kucupan singgah ke dahi. Aku tersenyum. Takkan ini saja hadiahnya?

Sebelah tangan yang digenggamnya diangkat tinggi. Pantas genggaman itu dibuka lalu menampakkan seutas rantai dengan loket bertulisan yang tergantung pada jari tengahnya. Aku amati tulisan yang terukir pada loket itu. 'ANIS & ARIN'.

Hampir-hampir aku menitiskan air mata melihat dua nama itu. Entah kenapa sebak hadir tiba-tiba.

"Bila abang beli rantai ni?" Perlahan suaraku menyoal.

"Lama dah..."

"Lama tu bila?"

"Enam tahun lepas."

"Hah?" Aku tercengang mendengar tempoh rantai itu dibeli.

"Erm." Cikgu Safarin menggangguk perlahan. Reaksinya sedikit berubah. Wajahnya mendung tak semena.

"Kenapa baru sekarang abang bagi pada Anis?"

"Dulu tak sempat."

"Apa maksud abang tak sempat?"

"Anis marahkan abang. Anis tuduh abang curang dan hipokrit. Anis minta nak berpisah. Jadi, abang terpaksa lupakan soal rantai ni sementara."

Aku tunduk mendengar. Sesekali dia mengucup dan meletakkan tanganku pada pipinya. Sungguh lembut layanannya terhadapku ketika ini. Perasaanku diburu kesal yang tidak berkesudahan atas kemalangan yang menimpanya dahulu.

"Lepas abang balik jumpa Aida, abang singgah kedai emas untuk ambil rantai ni. Memang dah lama abang tempah untuk hadiahkan pada Anis. Tapi..."

Lekas-lekas aku letakkan jari pada bibirnya. Tidak mahu mendengar lagi sejarah hitam itu. Satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Satu kejadian yang hampir-hampir meragut nyawanya.

"Anis kesal dengan apa yang berlaku. Sepatutnya abang jahit aje mulut Anis. Biar Anis tak boleh bercakap. Senang-senang aje Anis minta cerai dengan abang..." Air mataku menitis ke pipi.

Aku menangis. Tidak sanggup bertentang mata dan menatap wajah Cikgu Safarin tika ini.

"Kalau abang jahit mulut Anis, tak dapatlah Anis cium abang." Cikgu Safarin memujuk dengan gaya seloroh.

Dia mula berdiri dan bersedia memakaikan rantai itu ke leherku. Rambutku yang terikat, dialihkan ke tepi. Rapat dia tercegat di belakang sehingga nafasnya kedengaran. Aku tunduk dan melihat rantai yang terukir indah nama kami berdua.

"Okay, dah siap. Meh sini abang tengok."

Cikgu Safarin melangkah ke depan. Aku yang tunduk sejak tadi, diangkatnya kepalaku perlahan. Renungan kami bersatu. Sesaat kemudian, air mataku disapu dengan hujung jarinya.

Dalam hatiku terdetik satu pujian, suamiku yang baik, pengorbanan dan kasih sayangmumu tidak akan sia-sia. Isterimu ini akan ingat sampai mati. Insya-Allah...

"Cantik tak, bang?" Aku berposing ala-ala model. Cuba melupakan rasa sayu dengan kenangan lama dahulu.

"Cantik... Kalau Anis pakai apa pun, semuanya cantik. Tak pakai apa-apa, lagi tambah cantik." Cikgu Safarin tayang sengih nakal.

Aku mencemik. "Abang ni mengada betul. Anis tahu apa maksud abang. Jadi, abang tak perlu buat muka gatal macam tu."

"Abang gatal sikit saja. Marah, ya."

"Taklah. Geram aje."

"Kalau geram, Anis nak buat apa?"

"Nak gigit telinga abang sampai putus!"

Cikgu Safarin ketawa. Ketika tawanya surut beransur-ansur, perlahan pinggangku dirangkul dari sisi. "Boleh sebut sekali lagi macam mana Anis cakap sayang kat abang? Dah lama abang tak dengar."

Aku tersenyum. Mula teringat satu ayat panjang yang aku reka dahulu. "Anis sayang cikgu."

"Banyak mana Anis sayang cikgu?"

"Sayang cikgu ketat-ketat!" Sebuah ciuman aku hadiahkan padanya.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Nov 27, 2020 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Sayang Cikgu Ketat-ketatDonde viven las historias. Descúbrelo ahora