29 : PANTAI

8.1K 424 43
                                    

Tsab mencelikkan mata apabila dengar suara anak-anaknya yang sudah bangun. "Morning, anak mama. Awal pagi dah ajak bersembang ya." Dia bangun menuju kearah baby crib. Kierha dan Kiesha dah berdiri berpaut pada baby crib mengangkat kaki macam nak melompat. Seronok tengok muka mamanya mungkin.

Bibir Tsab mendarat pada dahi anak-anak perempuannya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Bibir Tsab mendarat pada dahi anak-anak perempuannya. Kierha dan Kiesha diangkat keluar dari baby crib dan letakkan di atas karpet dalam biliknya. Dua anaknya dah pandai berdiri dan nak memanjat. Pantang ada benda dan tempat boleh berpaut. "Kierha, Kiesha..."

"Bla, bur, bla..." Itulah yang selalu bermain dibibir Kierha dan Kiesha. Basah mulut tu sebab air liur yang lebih keluar. "Anak mama nak pergi pantai tak?"

"Jom." Tsab menukar baju t-shirt dan seluar tracksuit. Begit juga dengan baju Kierha dan Kiesha.

"Kita buat breakfast dulu. Jom." Dua anak kecilnya itu didukung. Sudah biasa, jadi tidaklah dia kekok sangat.

"Tsab."

"Mummy, selamat pagi." Pipi puan Farah dicium. Mummynya mencium pipi dia dan pipi puteri-puterinya.

"Awal bangun."

"Ingat nak jalan tepi pantai dengan dua budak kecil ni. Tapi, Tsab sediakan breakfast dulu sebelum keluar."

"Breakfast mummy boleh tolong sediakan."

"Tak apa, mummy. Tsab rindu dapur rumah. Please..."

"Okay. Mummy tolong."

"Thanks, mummy." Dua beranak itu berjalam menuju ke dapur. Anak-anaknya diletakkan di kerusi khas untuk budak. Melihat buah pisang di atas meja, Tsab membuka peti ais mencapai buah strawberi. Lalu, dimasukkan ke dalam blender. Selesai, diblenderkan. Dia tuangkan ke dalam dua mangkuk. Lalu, diberikan kepada Kierha dan Kiesha. Sudu kecil diletakkan ditangan anak-anaknya memegang.

"Breakfast cucu tok mak dah siap. Sekarang ni, tok mak dan mama nak masak apa untuk bagi orang dalam rumah ni makan?"

"Mummy rasa kita buat bihun goreng je. Keropok ikan semalam dah goreng sebalang."

"Kalau macam tu, Tsab sediakan bihun goreng. Mummy tolong bancuhkan air teh."

Tsab mengeluarkan bahan dari peti ais. Semua barang-barang yang perlu dipotong, dipotongnya pantas dan cekap. Rasa kosong pula. Biasanya dia memasang radio atau lagu semasa memasak. Menghidupkan suasana kononnya. Tsab mencapi telefon bimbitnya dan memasang lagu. Ritma lagu membuatkan kakinya berbuau dan pinggulnya bergoyang.

Puan Farah senang melihat senyuman di bibir anak gadisnya. Tsabitah nampak lain tetapi masih ceria. Puteri bongsunya itu sudah jadi dewasa yang matang dan mempunyai dua anak kecil perempuan yang sangat comel. Melihat cucu-cucunya, dia jadi sedih memikirkan nasib anaknya yang kehilangan maruah di negara. "Menyanyi dekat dapur dapat lelaki tua nanti."

"Ish, mummy ni. Janganlah doa macam tu. Seronoklah." Tsab menarik tangan mummynya dan memusingkan mummynya. "Yes, mummy. Goyang sikit. Hahaha."

Kierha dan Kiesha seronok menepuk table island tu. Mulut ikut sama bising nak menyanyi. Beberapa minit mereka berseronok di dapur, Tsab selesai menyediakan bihun. Dia ambip pinggan dan mengisi perut dahulu sambil berbual dengan mummynya. Bihun yang selebihnya dimasukkan ke dalam mangkuk dan letakkan diatas meja makan.

LACUNAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن