42 : PENCULIKAN

8.2K 431 20
                                    

Telefon milik Kevin berdering tanda ada panggilan masuk. Di skrin tidak terpampang nama hanya mengatakan private number. Saat dia mengangkat panggilan itu, Kevin disapa dengan suara perempuan yang telah mengugut isterinya semalam. "Hai, sayang..."

"Kau nak apa?"

"Auch! Garangnya sayang I."

"Kau nak apa, Helena?!" Suara lelaki itu kuat seperti guruh menyinggah langit. Troy bersandar selesa di sofa markasnya. Dua puteranya sedang selesa menonton televisyen.

"Sekejap ya." Panggilan tadi bertukar kepada panggilan video. Alangkah terkejutnya Kevin apabila Helena sedang tersenyum menang bersama isterinya yang lemah terikat di kerusi. "Tsab!"

"Bie..." Lemah suara Tsabitah. "Helena, kau jangan berani apa-apakan isteri aku!"

"Isteri. Wow. Aku ingatkan bekas sahabat aku ni pelacur kau. Rupanya dah naik taraf jadi isteri rupanya... Tak sangka."

Troy mengarahkan Kevin untuk memaparkan panggilan video itu bersambung di kaca TV Plasma dalam markasnya itu. Dia mengangguk faham terus menyambungkan panggilan video tersebut. Tashfeen yang berang melihat keadaan adiknya ditahan Tashriq. Helena tidak perlu tahu keberadaan mereka yang lain. "Lepaskan dia, Helena. Tsab tak ada kaitan dengan semua ni!"

"Shush, sayang... Tsab yang paling berkaitan dan utama dalam hal ni. Dia tak sepatutnya beritahu Tashriq tentang bet tu! Kalau Tashriq tak tahu, mesti kami dah bersama! Tapi, tak!!! Dia punca hubungan aku putus dengan Tashriq!"

"Kau yang tinggalkan Tashriq. Bukan Tashriq tak cuba betulkan hubungan korang. Tapi, kau berlagak macam orang bodoh sebab Tashriq kejar kau. Akhirnya, bila dia dah buat keputusan mendirikan rumah tangga. Kau nak mengamuk macam perempuan gila!"

"Argh!!!" Tsabitah menjerit sakit apabila Helena menusuk pisau di pehanya. 

"Helena!!!"

"Shush, sayang... Just watch it."

"Kau nak apa, Helena?!"

"Aku nak perempuan ni mati. Tapi, tak seronoklah kalau main bunuh-bunuh macam ni. Apa kata kau datang sini saksikan sendiri kematian isteri kau dengan anak dalam kandungan dia."

"Anak?"

"Tsab." Dagu Tsab dicengkam perempuan itu kuat. "Kau tak beritahu suami kau yang kau mengandung? Sedihnya... Papa nak tengok saya?" Helena menunjukkan gambar ultrasound. Ada tarikh semalam tertulis di gambar itu. 

"Aku tunggu kau, sayang... Muah." Skrin telefon bimbit Kevin dan TV Plasma gelap tanda Helena sudah mematikan panggilan. 

"Kita gerak sekarang." Arah Kevin. Troy mengangguk bersetuju. Dia diam sahaja perhatikan perempuan muda itu menyakitkan anak perempuannya. Helena tak akan dilepaskannya. Itu janji dia.

"Abi tunggu sini. Tash, Feen dan Kevin akan heret perempuan tu bawa ke sini." Kevin menyelitkan dua pistol di poket belakang seluarnya. Mereka terus berlari naik ke atas bot dengan beberapa konco mengikut misi menyelamatkan Tsab.

###############

Tsab terjaga. Kepalanya sakit berdenyut diabaikan. Melihat Kierha dan Kiesha tidur diatas tilam membuatkan dia rasa lega. Dia mencari kelibat suaminya di dalam bilik itu. Tiada.

Kakinya melangkah keluar dari bilik ingin mencari Kevin. Tetapi, tiba-tiba dia nampak kelibat berdiri di depan pintu rumahnya. "Helena."

"Hai, best friend." Tidak sempat dia mendekati Helena. Ada orang di belakangnya menyuntikkan sesuatu di lengannya. Pandangannya kabur dan senyuman sinis terbit di bibir Helena.

###########################

"Kevin sayang." Betapa luluhnya hati Kevin melihat isterinya yang tidak bergerak itu. "Kau buat apa dekat isteri aku, Helena?!"

"Jangan jerit, sayang... Sakit telinga I."

Tangan Kevin pantas mengcekak leher Helena. "Kau jangan cabar aku, Helena."

"Tengok isteri kau, sayang." Kevin terpaksa melepaskan perempuan itu apabila ada lampu laser merah tepat di kepala Tsab. "Good boy, sayang." Jijik rasanya apabila Helena mencium pipi dia.

"Jangan sentuh Kevin, Helena! Ini antara aku dan kau!"

"Eh, dah bangun dah mama kita seorang ni. Morning..."

"Kenapa bie datang sini?" Soal Tsab lemah.

"Apple pie..."

"Nu uh. Jangan dekat." Kevin memandang tajam Helena berang dihalang mendekati isterinya. "Tengok tu."

"Shit!" Berangnya apabila Helena bukan sahaja mengupa seorang sniper untuk menembak isterinya tapi empat orang. Malah, kepala isterinya menjadi tumpuan target sniper yang diupah Helena.

"Empat, Helena! Kau memang tak guna!"

Bang! Bang! Bang! Bang! Bunyi tembakan kedengaran di kawasan sunyi bangunan lama yang terbiar itu. Kevin tersenyum sinis dan tangan sasanya kembali mencekak leher perempuan itu. "Kau cepat. Tapi, bodoh. Aku dah arah budak aku bunuh sniper yang kau upah tu."

"Sayang..." Helena mengusap lengan Kevin manja.

"Sayang? Sayang tahi kucing kau! Kau kacau keluarga Troy. Kau kacau isteri tuan Kevin. Kau tak kenal lagi siapa aku, Helena!" Tanpa belas kasihan Kevin membuat yang sama Helena buat kepada Tsabitah. Pisau melekat di peha perempuan itu. Dia tidak peduli dengan jeritan perempuan itu apabila dia menarik pisau itu dan menikam tempat yang sama semula. "Vixen! Bawa perempuan ni ke markas. Sekarang! Jangan bagi dia mati dulu!" Vixen konco Kevin menjalankan arahan dia.

"Apple pie." Kevin membuka ikatan. "Apple pie... Please... Open your eyes... Stay with me."

"Bie... I'm sorry." Kevin memejam mata saat tangan Tsab mengusap lembut pipinya. Air matanya mengalir apabila rasa basah dipipinya. Bau hanyir darah yang melekat dipipinya dibiarkan. "Kita balik, apple pie."

"Yes, I miss our cupcakes. I'm sorry, bie. Tsab nak beritahu bie. Tapi-"

Chup! "Don't say any word."

Tsabitah menyandarkan kepala dia di dada bidang lelaki itu apabila Kevin mencempung tubuhnya. "Apple pie, stay with me." Arah Kevin tapi kini tiada balas dari Tsab. Gadis itu tidak bergerak. Nafas isterinya juga lemah.

"Kita bawa Tsab ke markas. Paling dekat untuk dapatkan rawatan." Cadang Tash. Kevin mengangguk bersetuju.

#########################

Lega hati mereka apabila doktor mengatakan Tsabitah dalam keadaan baik. Kandungan isterinya juga dalam keadaan baik. Nasib baik di markas memang ada bekalan darah jika berlaku kecemasan. Kevin membaringkan tubuhnya disebelah Tsab. Perlahan-lahan kepala isterinya dibaringkan di dada bidangnya. "Jangan tidur lama-lama, apple pie. I already miss you." Kucupan singgah di dahi Tsabitah. Air mata jantan mengalirnya takut kehilangan isteri yang dicintainya.

#########################

Yeay! Cuti! So, family dah berkumpul di kampung! Ayah anak tunggal so kampung penuh beradik sis enam orang je. Riuh!

So, I hope all my readers juga menghabiskan masa cuti ni bersama insan-insan tersayang. Good night! Maaf kalau entry malam ni bosan.

Jangan lupa vote dan komen.

Love a lot, CKK.

LACUNAWhere stories live. Discover now