33 : FIRST DATE

7.1K 487 160
                                    

Tsab dandan rambutnya gaya fishtail. Senyum dia melihat Kierha dan Kierha bermain berdua diatas karpet. Kemudian, dia berjalan menuju ke bilik almari bajunya mencari pakaian yang sesuai untuk aktivitinya hari ni. Melihat si kembar memakai baju kasual, dia menarik keluar blouse dan seluar jeans. Menggayakan fesyen yang sama dengan puteri-puterinya.

 Menggayakan fesyen yang sama dengan puteri-puterinya

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

"Let's go, cupcakes." Seperti faham Kierha dan Kiesha berjalan menuju ke pintu. Dia membuka pintu memberikan dua anak kecil itu keluar. Tangannya digenggam puteri-puterinya. Melihat abi dan mummynya sedang melayan cucu-cucu ditegurnya. "Abi, mummy."

"Nak keluar, Tsab?"

"Ya. Syed nak spend time dengan twins. Alang-alang tu dia ajak Tsab sekali. Tsab minta izin keluar sekejap ya."

"Baiklah. Jaga diri." Abinya mencium dahinya. Begitu juga mummynya. Si kembar pun dapat ciuman kasih dari tok ayah dan tok mak mereka.

Ting! Tong! Lonceng berbunyi menandakan ada orang di luar rumah. Tsab pergi ke pintu. "Syed?"

"I hope you don't mind."

"No." Tidak pula Tsab sangka lelaki itu datang menjemput dia dan kembar di depan rumah kerana mereka berjanji untuk berjumpa di jeti.

"Uncle, aunty." Syed menegur abi dan mummy. Jejaka bermata hijau itu menghormati orang tuanya bersalaman. Kemudian, Syed menunduk separas dengan Kierha dan Kiesha. "Daddy is here, girls." Kierha dan Kiesha menyorok di belakang kakinya masih takut-takut dengan ayah kandung mereka.

"Kierha, Kiesha. Salam." Mengikut arahan dia. Kierha dan Kiesha bersalam dengan Syed. Syed memeluk mereka berdua dan mendaratkan ciuman di pipi si kecil itu.

"Tsab, you look pretty."

"Thank you. Simple je."

"Matching matching with the girls."

"Yes. You don't like it?" Tsab rasa nak pukul mulutnya terlepas soalan itu. Kenapa dia perlu minta pendapat lelaki itu.

"I love it. So much."

"Erk, thank you."

"You welcome, dear. Are you guys ready to go?"

"Cupcakes?"

"Mamma."

"Yes, we're ready." Syed mendepakan tangan mengharapkan Kierha atau Kiesha memberikan dia peluang untuk mendukung salah seorang dari mereka.

"Mamma." Kierha dan Kiesha memandang dia. Tsab mengangguk   memberitahu anak-anaknya yang lelaki itu baik dan tidak ada niat jahat.

Kierha memeluk Syed. Syed senyum membuatkan dia turut tersenyum. Puteri sulungnya didukung lelaki itu dan puteri bongsunya didukung oleh dia. "Abi  mummy. Tsab minta diri dulu." Tsab melambai tangan kearah orang tuanya yang berdiri di depan pintu melihat dia dan Syed.

LACUNAOnde histórias criam vida. Descubra agora