Part 5🍝🍜

101 19 12
                                    

Rupa-rupanya yang menyergah kami berdua berbual tadi ialah Erny.Siapa je yang tidak kenal Erny gadis popular di sekolah anak kepada pengetua dan merupakan penolong ketua pengawas.

Semua murid lelaki tergila-gilakan Erny mungkin disebabkan warna kulitnya yang cerah serta bentuk tubuhnya yang ideal menjadi kegilaan pelajar lelaki.Tapi apa yang menghairankan aku macam mana gadis yang popular seperti dia mahu bergaul dengan perempuan yang cool macam aku dengan Intan ni.Mungkin dia ada niat di sebalik semua ini lagi-lagi apabila Intan mendapat anugerah murid cemerlang pada peperiksaan percubaan SPM beberapa bulan yang lalu.Mungkin dia berniat berkawan dengan Intan hanya untuk mengambil kesempatan supaya dia dapat belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang kemudian meninggalkan hubungan persahabatan diantara dia dan Intan.

Argh mungkin aku berfikir secara negatif sampai terfikir macam itu.Mungkin dia memang ikhlas untuk berkawan dengan kami berdua tapi entahlah malas untuk otak ini berfikir tentang perkara yang tidak penting.

"Awak berdua dah rancang ke nak kerja apa lepas SPM ni?"kata Erny kepada kamu berdua.

"Hmm entahlah saya rasa macam nak ikut katering mak cik saya"

"Owhh awak pulak kerja apa Mira?"

Aku  termenung mendengarkan perbualan mereka berdua sehingga aku khayal seketika atau aku meluat mendengar mereka menggunakan gelaran awak saya ketika berbual.Aku memang tidak biasa berbual dengan menggunakan gelaran awak saya ni.Intan pun selalunya menggunakan gelaran kau aku ketika berbual denganku kerana dia memahami aku.

"Mira?"

"Ehh hmm aku belum fikir lagi maybe aku ikut Intan kot,boleh kan Intan aku ikut kau kerja tempat mak cik kau?"

"Ehh seriuslah Mira nak ikut Intan kerja sama-sama?Yey seronoknya ada geng!"

Intan begitu teruja mendengarkan apa yang telah diperkatakan oleh mulutku.Katering?yeh aku memang langsung tidak berpengalaman dalam bidang kerja itu tapi apa salahnyakan mengumpul pengalaman.

"Katering wahh seronoknya saya pun nak join juga boleh Intan?"

"Nanti saya tanyakan mak cik saya okey hehe"

Aku terkejut apabila mendengar bahawa Erny yang boleh dikatakan berada ini juga mahu ikut kami berdua kerja katering.Mungkin ada niat lain disebalik semua ini.Arghh tidak bukan urusan aku untuk berfikiran sebegitu Erny memang ikhlas berkawan dengan kami.

Setelah selesai mengulangkaji pelajaran bersama-sama sehingga pukul 6:30 petang di taman permainan berdekatan dengan kawasan perumahan Intan kami bersalaman dan pulang ke rumah masing-masing.

Katering CintaOnde histórias criam vida. Descubra agora