Part 12

77 15 9
                                    

Hari ini ialah hari pertama aku bekerja bersama D'Cinta katering iaitu syarikat katering mak cik Intan yang ternama.Selalunya syarikat ini ditempah untuk majlis-majlis yang besar dan berprestij jadi aku mula ada sedikit rasa gementar pada hari ini.Puan Sakinah iaitu mak cik kepada Intan memang seorang yang positif,dia mempercayai yang kami mampu memberikan servis yang terbaik pada hari ini.

___________________________

Ketika sampai ke tempat berkumpulnya pekerja aku bertemu dengan Erny dan Intan yang sudah lama sampai.Tiba-tiba aku terpandang pada seseorang yang pernah dikenali.Dia menghampiri kami.

"Firstly aku memang dah lama kerja dekat sini so jangan perasan yang aku nak stalk korang okey"

"Owhh ada?"

"Ada apa?"

"Ada kitaorang tanya hahah"serentak kami bertiga mentertawakan Mike yang terpinga-pinga.

Mike hanya mendiamkan diri dan menjauhi kami.

"Haha kerek punya jantan"

"Badan sado tapi  hati macam tisu"

"Hahah tulah pasal kan dah kena nyakat"

___________________________

Setelah beberapa jam menuju ke destinasi dengan menaiki van yang telah disediakan akhirnya kami tiba di dewan yang serba mewah.Bagi pekerja senior mereka akan menyusun meja damai dan menyusun lauk yang sudah ditempah.Bagi pekerja yang baru seperti aku ,Intan dan Erny kami hanya perlu menyusun pinggan,cawan dan mengutip pinggan atau cawan yang sudah kotor.

Katanya akan ada ramai tetamu vip yang akan hadir pada hari ini maklumlah keluarga  si penggantin juga merupakan orang ternama  jadi tidak hairanlah jika tetamunya juga merupakan orang- orang yang ternama juga.

Tetamu mula membanjiri dewan aku sudah semakin penat mengutip dan menyusun pinggan,aku ingin berehat sebentar di luar dewan.Nampaknya beberapa orang vip sudahpun hadir.Tiba-tiba seorang pekerja senior memanggilku.

"Mira"

"Ya kak"

"Tolong letakkan air ni dekat meja vip tu boleh?"

"Ha boleh boleh"

Aku bingkas bangun dan membawa jug kaca yang berisi air sirap bandung soda menuju ke meja vip.Semasa menghampirinya hatiku terasa berdebar mungkin kerana gementar untuk bertemu dengan orang ternama.Tiba-tiba mataku terpana pada seseorang yang pernah aku lihat sebelum ini senyuman itu masih terngiang di dalam kotak fikiranku.

"Ya itulah dia!"

Katering CintaWhere stories live. Discover now