✨One

866 65 20
                                    

Tersentak Soojin dibuatnya apabila ada seseorang yang mencuit pinggangnya.

"Won." Berdecit gadis itu kegeraman.

Wonwoo sudah tersengih dengan mukanya tidak bersalah. Diambil tempat bersebelahan Soojin. Tangannya menongkat kepalanya lalu memandang sisi wajah cantik gadis itu.

"Class cancel tak nak bagitahu." Kedengaran ayat Wonwoo berbaur tegas.

"Malas nak ganggu awak. Nanti kacau awak nak study untuk final exam ni." Jelas Soojin. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia berkepit dengan lelaki itu tetapi mengingatkan yang Wonwoo bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi terus dibatalkan niatnya.

"Bukan 24 jam saya belajar sayang."

"Tahu, tapi ni kan untuk awak punya future. Lepasni dah tak ada exam semua ni." Sedih juga Soojin dibuatnya. Tamatlah sudah pengajian Wonwoo di universiti ini. Selepas ini, Wonwoo sudah mula mencari kerja di luar.

"Rindu lah tu nanti."

"Mestilah." Jawab Soojin manja.

Laju sahaja tangan Wonwoo mencuit hidung kekasih hatinya.

"Ish, orang nampak lah nanti." Pantas tangan gatal Wonwoo ditepis Soojin.

"Eleh bukan orang tak tahu yang kita dah official."

Membulat mata Soojin mendengarnya.

"Dah lah pergi sana. Awak balik rumah dulu. Kita jumpa petang ni okay." Ujar gadis itu. Segera dia menghalau lelaki itu pergi kerana takut tugasannya tidak dapat disiapkan.

"Alah.."

"Please." Soojin merayu.

"Bila kena submit?" Tanya Wonwoo memandang skrin laptop Soojin. Ini lah masalahnya, bila masing- masing sudah sibuk langsung mereka tiada masa untuk bersama.

"Esok. Tinggal sikit je lagi ni."

"Okay, saya balik dulu. Kita jumpa petang ni. Balik awal kita dinner sama- sama nanti."

Pantas Soojin mengangguk mendengarkan itu. Hebatnya lelaki bernama Jeon Wonwoo ini ialah dia seorang lelaki yang hebat dalam bidang masakan sehinggakan setiap masa Soojin terliur akan masakan lelaki itu.

"Nak request boleh?" Tanya Soojin dengan matanya dikedipkan.

"Apa pula isteri saya mengidam ni?"

"Emm crab. Tapi tak kisah awak nak masak apa je yang penting sedap."

"Okay boleh. Sebelum balik saya beli bahan dulu."

Soojin tersenyum.

Wonwoo bangun. Begnya disandangkan. Sebelum dia pergi, sempat dia mencium sekilas bibir Soojin.

"Won.."

"Ubat rindu." Jawab lelaki itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Soojin bersendirian.

✨✨✨

Bersambung...

Aduhai bila kita bagi bang wonu pegang watak romantik buat kita jeles pula😌😓

Sengaja kita buat Wonwoo kahwin muda. Masa muda ni lah banyak cabaran yang diorang kena tempuh kan🙊

Stay tuned for the next update!

Spam your love and comment💜

[COMPLETED] DESTINY 운명 (WONWOO SVT) Where stories live. Discover now