✨Eighty Nine

488 30 6
                                    

Sera meletakkan minuman dihadapan Soojin. Dia bersyukur sangat kerana hari ini dia ditemukan dengan Soojin.

"Awak sihat?" Soal Sera ramah.

Soojin mengangguk. Minuman yang baru dihidang Sera dicapai dan dihirupnya perlahan.

Sera memandang wajah Soojin lama. Dia bersalah pada gadis itu dan Wonwoo apabila mendengar cerita yang sebenar.

Tangan Soojin dicapainya.

Soojin memandang pelik kearah Sera.

"Saya minta maaf sangat apa yang Taehyung dah buat pada awak." Ucap gadis itu. Setitik air matanya jatuh menyesali perbuatan bekas suaminya.

"Tak apa." Soojin mengusap tangan Sera menenangkan gadis itu.

"Saya tak pernah nak salahkan sesiapa benda ni berlaku. Benda dah lepas dan saya terima semua ni. Saya bahagia ada Soyoung sekarang ni." Ujar Soojin.

Sera tersenyum. Air matanya dikesat kasar.

"Jadi awak lah yang beritahu Wonu saya hantar Soyoung sekolah situ." Sera tersenyum kecil lalu mengangguk.

"Saya memang tak berapa cam sangat muka awak masa tu tapi saya yakin awak isteri Won. Bila Gyu bagitahu yang tu awak bersyukur sangat saya masa tu. Akhirnya Won jumpa juga awak."

"Saya pun bersyukur sangat Won dah balik pada kami. Mulanya saya memang takut bila Won datang dalam hidup saya. Saya takut dia tak boleh terima apa yang jadi pada saya dan paling saya takut kalau dia tak terima Soyoung. Tapi sekarang ni saya gembira sangat sebab dia terima kami."

Soojin terpandang perut Sera yang membulat.

"Dah berapa bulan?"

"Empat bulan dah." Jawab Sera sambil mengusap perutnya yang sedang membesar.

"Best kan dapat baby."

Sera tersenyum mengangguk.

"Saya dengan Gyu dah kahwin lama dah lepas saya minta cerai dengan Taehyung. Lama juga kami tunggu tapi sekarang baru rezekinya sampai." Cerita Sera.

"Dia nak bagi awak dengan Gyu honeymoon lama- lama lah tu."

Tergelak Sera mendengarnya.

"Ada- ada je lah awak ni. Awak bila nak bagi Won pula."

Membahang wajah Soojin apabila disoal begitu. Soojin tersenyum- senyum malu.

"Saya boleh je jaga Soyoung kalau awak nak masa berdua dengan Won." Ujar Sera memberi cadangan. Membulat mata Soojin dibuatnya.

"Susah- susah je lah." Tolak Soojin malu.

"Tak apa, kalau awak tak kisahkan saya boleh je jaga Soyoung. Lagipun Hyuk boleh teman dia bermain."

"Pasal Soyoung tu saya tak kisahnya sangat sebab dia mudah sangat dijaga. Tapi Won.."

"Kalau awak malu biar saya minta Gyu cakapkan."

Soojin sudah menggaru lehernya yang tidak gatal. Aduhai janggalnya.

"Jangan risau lah, Won mesti on bila awak ajak dia pergi honeymoon nanti."

Soojin tersenyum kecil. Mahu sahaja disorok mukanya yang sedang membahang itu.

✨✨✨

Bersambung...

Sikit je lagi sebelum habis💕

[COMPLETED] DESTINY 운명 (WONWOO SVT) Where stories live. Discover now