HARI ini selepas solat subuh terus Ayra Amani merajinkan diri untuk turun ke bawah mahu membantu membuat sarapan lagi. Kalau di rumah Puan Maisarah tak mengapalah bangun lewat pun ini dirumah mertua mana boleh bangun lewat kena tunjuk yang diri tu senang bangun pagi.
Dengan suara yang datang dari dapur Ayra Amani terus melangkah ke dapur. Melihat 2 pembantu rumah sedang menyediakan bahan untuk masak. Kak Min dan kak Nisa sibuk dengan kerja masing-masing sehingga tidak sedar akan Ayra Amani berdiri dibelakang mereka.
"nak masak apa ni?"sergah Ayra Amani perlahan.
Terlepas senduk ditangan kak Nisa apabila Ayra Amani menyergah mereka tanpa salam. Ayra Amani membuat tangan peace dengan senyuman comel.
"terkejut kak Nisa lah Cik Ayra ni. Nasib baik senduk ni tak terbang atas kepala Cik Ayra tadi"kata Nisa sambil mengerut dada.
"toksah lah dok panggil Cik sangat panggil Ayra sudah lah rasa macam tua pula. Ni nak masak apa?"
"kitorang tengah sediakan bahan nak buat kuetiau dengan bihun goreng ni"jawab kak Min yang sedang memotong sawi itu.
"memang selalu masak 2 jenis ka?"
"haah orang dalam rumah ni makan 2 jenis makanan. Kadang nak bihun tapi ada kuetiau je itu yang kami selalu buat 2 jenis makanan"
"oh macam tu ka. Tak apalah mai Ayra tolong sama"tawar Ayra Amani yang mula menyinsing lengan baju tangan panjangnya itu.
"eh tak payah lah nanti Datin nampak bising dia tengok menantu dia kena masak"tegah kak Min sambil menggeleng kepala.
"ala tak apa aih setakat nak tolong potong sawi apalah sangat kot lah Ayra kena masak gulai sekawah"
Pisau ditangan Min diambil lalu dipotong sawi dengan saiz yang kecil. Min dan Nisa berpandangan sesama sendiri. Sebelum mereka menyambung semula kerja mereka. Pukul 7 nanti orang dalam rumah ini bangun nak makan.
30 minit berperang di dapur atas bantuan kak Min dan kak Nisa, Ayra Amani sudah selesai mengoreng kedua-dua jenis makanan itu. Harapnya sedap lah masakannya ini. Jarang dia masak kecuali datang angin nak memasak. Kalau di kampung dulu memang dia selalu membantu ibu saudaranya menyediakan makanan kalau curi tulang mahu kena membebel dengan toknya yang satu itu. Katanya orang kampung tapi pemalas!
"siapa yang masak ni semua?"tanya Datin Suraya sambil memandang ke arah menu di atas meja.
Ayra Amani yang membawa seteko air milo itu menelan air liur. Kenapa ibu mertuanya itu tidak sukakah dia memasak? Dia mula berfikiran negatif.
"ni semua Cik Ayra yang masak Datin"kata Nisa yang membawa sandwich ke meja makan.
"Ayra yang masak semua ini?"
Perlahan-lahan Ayra Amani mengangguk kepala. Dia mula rasa tidak sedap hati. Tak makan lagi tapi kenapa wajah ibu mertuanya nampak lain.
"kenapa Ayra yang masak? Kan ada Min dengan Nisa kenapa susahkan diri buat semua ni?"
"Ayra saja nak tolong. Kenapa mama tak suka ka?"
"eh tak adalah kenapa fikir macam tu pula. Mama ni taknak susahkan kamu penat kenduri hari tu belum habis lagi kan ni bangun pagi memasak pula"jelas Datin Suraya melegakan hati Ayra Amani.
"tak susahkan Ayra pun lah mama tapi taktau lah sedap ka tak yang Ayra buat ni"
"bau pun dah tahu sedap ni. Mana Rief dah bangun ke belum?"tanya Datin Suraya beralih soalan kepada anaknya pula.
"ada dekat atas lagi mama"
"dia bangun solat subuh tak?"
Soalan dari Datin Suraya membuatkan Ayra Amani terdiam. Solat subuh? Dia sudah kejutkan tadi tapi langsung tiada respons bila dia kejutkan lagi terus lelaki itu meletakkan bantal ditelinga tanda tidak mahu diganggu. Jadi apa boleh dia buat takkan nak kena heret bawa ke bilik air pula macam budak-budak.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...