BAB 9

5.1K 165 6
                                    

TERGARU-garu Syed Azrief yang masih memejam mata itu. Sekejap rasa gatal di kaki sekejap gatal di muka sampai tak boleh nak tidur dengan rasa panas tidur berkelambu ini.

Dengan geram Syed Azrief bangun dari baring. Melihat jam di telefonnya menunjukkan pukul 12 tengah malam. Awal lagi ni kalau di KL waktu begini baru dia nak keluar melepak tapi di kampung pukul 10 malam semua dah nak tidur. Sebab itulah dia tak boleh nak tidur gamaknya. Matanya sudah terbiasa tidur lewat.

Melihat Ayra Amani yang tidur pulas sambil ternganga mulut itu membuatkan Syed Azrief menggeleng kepala. Tengok siapa yang langgar tembok? Kaki Ayra Amani elok landing di atas tembok yang dia buat tadi sehingga bantal-bantal itu sudah hilang dari tempatnya.

Sekarang ini dia tak boleh nak tidur. Satu sebab gatal, kedua panas, ketiga sebab masih awal. Hanya bunyi cengkerik menghiasi telinganya. Memang orang kampung tidur awal ke? Sunyi sepi je.

Kelambu dibuka dan Syed Azrief menarik kipas yang diluar kelambu mendekat. Buka dah 3 tapi apasal slow sangat angin dia tu. Tak berasa sejuk pun buat orang lagi berpeluh adalah. Tak pernah-pernah dia tidur memakai baju tapi dia kena pakai baju pula di kampung.

"tak kira esok aku kena beli portable aircond kalau tak mati aku setiap malam tidur dalam peluh"kata Syed Azrief dihadapan kipas itu.

Nyamuk pun tak bagi kerjasama asyik berbunyi sahaja ditelinga. Kata tidur dalam kelambu tak ada nyamuk tapi ada je boleh gigit orang pula tu. Makin lama makin banyak pula nyamuk datang.

"Ayra bangun kejap"kejut Syed Azrief sambil menggoyangkan badan Ayra Amani.

"ish apa dia"jawab Ayra Amani malas. Matanya masih tertutup.

"mana ridsert?"

"tu dekat depan sana tu"

Terus Syed Azrief bangun dan mencapai ridsert. Baru sahaja pegang ingin sahaja dia menyumpah. Dah kosong! Waktu begini lah nak habis pun. Tak tahu ke banyak nyamuk datang ni. Kata pasang ubat nyamuk tapi macam tak function je nyamuk datang serupa itu juga.

"ada lagi tak ridsert?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"ish mana lah aku nak tau. Dah lah aku nak tidur"

"perempuan ni kalau tidur tak boleh ganggu sikit"

Geram dengan Ayra Amani ini. Bukan nak bangun bantu dia tapi dia lebihkan pentingkan tidur. Macam mana dia nak tidur kalau panas dan nyamuk banyak! Nak tidur pun tak senang kalau tangan asyik tampar nyamuk je.

"dah lah banyak nyamuk macam mana nak tidur"bebel Syed Azrief sambil menggaru lengannya yang gatal.

Mahu tak mahu dia merebahkan badannya juga di atas toto itu. Takkan nak jadi patung cendana pula dekat sini sedangkan seisi rumah tidur nyenyak. Macam mana diorang boleh tidur sedangkan dia tergaru sana sini.

Apa nak jadi, jadilah mana boleh orang lain tidur lena sedangkan dia merana menampar nyamuk, menggaru sana sini. Nyamuk ni pun sejenis pilih kasih ke apa mentang-mentang dia orang bandar nak buat salam perkenalan pula.

KE kiri tak kena ke kanan pun tak kena. Ayra Amani memegang perutnya yang terasa memulas itu sambil matanya masih terpejam rapat. Perutnya kini sedang memulas seperti mahu membuang.

Telefon di bawah bantal ambil lalu ditekan. Baru pukul 1:45 pagi?! Lambatnya masa berlalu rasanya dia dah tidur lama tahu-tahu baru pukul 1 lebih. Dia fikir sudah pukul 4 atau 5 pagi. Ini baru pukul 1 lebih. Perutnya sudah tidak beri kerjasama yang baik.

Melihat sosok seorang lelaki yang tidur membelakangi dirinya yang tidak berbaju itu. Tadi tidur bukan pakai baju ke? Itu semua tak penting yang pentingnya sekarang dia perlu ke telaga segera sebelum dia membuang dekat sini.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now