BAB 40

4.6K 167 16
                                    

LEPAS sahaja menghantar Ayra Amani pulang ke rumah dia terus keluar berjumpa dengan Ameer dan Hariz di kelab. Nasib baik lah Ayra Amani percaya apa yang dia cakap itu tadi. Dia kata dia hanya mahu ke rumah Hariz kerana nak menghantar barang tapi Ayra Amani tidak tahu yang dia melencong ke lain. Sudah lah gadis itu takut duduk seorang di rumah tapi nasib baik lah kakaknya Sharifah Alisha singgah ke rumah untuk memberi sesuatu kepada Ayra Amani kalau tidak mesti gadis itu nak ikut sekali.

"lambat sampai Rief"tegur Ameer.

"aku pergi rumah mertua aku tadi ni baru hantar perempuan tu balik dulu"kata Syed Azrief. Tangannya membetulkan topi di atas kepalanya.

"tu kau tinggal dia sorang dekat rumah tak takut pula dia"kata Hariz sambil menjongket kening.

"kakak aku datang kalau kakak aku tak datang tadi sah aku tak boleh keluar nak keluar pun dia sibuk nak ikut sekali"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala.

"weh kau nampak tak apa yang aku nampak?"kata Ameer kepada mereka berdua.

"apa benda kau nampak? dalam kelab ada hantu ke?"tanya Syed Azrief tidak faham.

"mula lah bangang dia tu"kata Hariz lalu dia memusingkan kepala Syed Azrief ke hadapan.

Mata Syed Azrief memandang ke arah hadapan hampir mulutnya ternganga melihat gadis yang sedang berjalan ke arah mereka bertiga.

"dia tu nak pakai baju ke tak nak macam bogel je"kata Syed Azrief terus dia memusing kembali kepalanya. Boleh sakit matanya memandang ke arah gadis itu.

"weh aku setuju. Jangan tengok Meer ingat Rania"kata Ameer lalu dia menutup matanya supaya jangan tengok.

Hariz pula selamba memandang ke arah gadis yang sedang melangkah ke arah mereka. Rezeki jangan ditolak siapa suruh pakai baju macam tak pakai baju kan dah kena tenung dengan lelaki.

Tiba-tiba sahaja gadis itu duduk di atas riba Syed Azrief dengan selamba lalu tangannya naik melingkar di leher Syed Azrief. Syed Azrief menelan air liurnya apabila gadis itu tiba-tiba duduk di atas pehanya. Terbeliak mata Ameer dan Hariz memandang ke arah Syed Azrief.

"you ni apahal duduk atas i kerusi kan ada"kata Syed Azrief lalu dia menolak tubuh Mia Adriana di atas pehanya.

"dulu you tak kisah pun siap tarik i lagi suruh duduk atas peha you kan"kata Mia Adriana manja. Dia mencium leher Syed Azrief.

Terus Syed Azrief menolak tubuh Mia Adriana ke tepi. Dadanya sudah naik turun apabila Mia Adriana selamba sahaja mencium lehernya begitu.

"you jangan melampau eh Mia"kata Syed Azrief tegas.

"itu tak boleh ini tak boleh semua tak boleh you ni macam lah kita tak pernah buat semua tu dulu"kata Mia Adriana sambil mencebikkan bibirnya tanda merajuk.

"things have been around for a long time, don't talk anymore"kata Syed Azrief tegas. Matanya pula memandang ke arah Ameer dan Hariz yang masih bingung. Lalu mereka menunjukkan sesuatu di leher Syed Azrief. Syed Azrief pula mengeluh dia faham apa yang dimaksudkan oleh mereka berdua. Mati dia kalau tak keluar mulut merah gadis itu.

"why not? I want to remember all the memories we had together before"kata Mia Adriana sambil tersenyum. kekacakan Syed Azrief tidak pernah pudar dari dulu lagi. Menyesal dia meninggalkan Syed Azrief dahulu.

"oh ya mana Ariq boyfriend baru you tu? tak nak ingat balik ke kisah percintaan korang dulu?"perli Syed Azrief sambil tersenyum sinis.

"you kan i dah cakap kan i dengan dia tak ada apa-apa kan you tu yang cemburu buta"kata Mia Adriana mempertahankan dirinya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now