1 JAM lebih Syed Azrief memandu kereta untuk pulang ke kampung halaman Ayra Amani di Penang. Mereka keluar pada pukul 10 pagi memandangkan mereka tidak mahu mengalami kesesakan lalu lintas kalau keluar awal pagi seperti orang lain mahu pergi kerja.
Sepanjang perjalanan mereka ditemani dengan nyanyian dari radio. Mereka berdua masing-masing senyap tidak tahu mahu bual tentang apa.
Ayra Amani melemparkan pandangan ke arah luar. Rasa tidak sabar mahu sampai ke kampung halamannya itu. Dapat lah melepaskan rindu kepada tok dan ibu saudaranya. Bila nak pergi memang lah seronok tapi bila nak pulang mesti sedih. Itulah hakikatnya.
Kereta yang dipandu Syed Azrief berhenti ditempat parking. Apabila menarik handbrake Ayra Amani terus memandang ke arah Syed Azrief. Eh dah sampai ke? Dia tak perasan pun. Biasalah tengah healing pandang luar sampai tak sedar kereta berhenti.
"awat berhenti?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief yang sudah melepaskan tali pinggang.
"nak membuang. Kau nak pergi tak?"
Cepat-cepat Ayra Amani mengangguk kepala. Keluar sahaja dari perut kereta mata Ayra Amani meliar sekeliling. Oh baru sampai di Bukit Merah. Sebentar lagi mesti mereka akan sampai di rumah toknya.
"kalau dah habis tunggu dekat sini"kata Syed Azrief sebelum menghilangkan diri masuk ke dalam tandas.
Sebaik sahaja ke tandas kaki Ayra Amani melencong ke gerai jualan makanan pula. Sedap ni kalau makan kunyah-kunyah dalam kereta. Dari tadi lagi dia sudah mengantuk memandangkan sepanjang jalan tadi hanya hujan tambah pula dengan aircond yang sejuk menyapa pipinya lagi lah membuatnya mahu tidur tapi ditahankan sahaja matanya dari terlelap.
Melihat sahaja kuih pau dan karipap Ayra Amani menjadi teruja. Kedua-duanya itu memang makanan kegemarannya. Sedap ni kalau dapat makan.
Hujung rambut Ayra Amani ditarik oleh Syed Azrief sebelum dia menjentik dahi gadis itu. Akibat tak dengar cakap orang. Orang suruh tunggu dekat situ tahu-tahu melencong ke tempat makanan pula. Patutlah cari tak jumpa rupanya dekat sini.
"siapa suruh kau melencong ke sini? Kan aku suruh kau tunggu dekat situ"
"ish aku lapar lah"kata Ayra Amani sambil menggosok dahinya yang dijentik oleh lelaki itu. Sakit tahu tak ingat dahi dia ni kebal ke?
"beli lah"
"tapi purse aku dalam kereta"
Beg tangannya pun berada di dalam kereta kerana dia hanya keluar tanpa membawa beg tangan kerana mahu ke tandas bawa beg tangan tak pasal-pasal nanti dia terlupa dan tinggal di tandas. Mahu kena membebel dengan Puan Maisarah kalau tahu.
"bahaya tahu tak tinggal handbag dalam kereta walaupun tinted kereta aku gelap"kata Syed Azrief lalu mengeluarkan dompetnya dibelakang seluar dan not RM50 dikeluarkan lalu diserahkan kepada Ayra Amani.
Tersenyum sampai telinga apabila dapat duit. Senang nak borong makanan banyak kalau duit pun banyak. Dengan senang hati Ayra Amani membeli makanan yang dia inginkan untuk kunyah-kunyah di dalam kereta nanti. Cuaca yang sejuk memang sesuai lah makan kuih pau yang panas-panas ini.
"baru kahwin ya?"tanya perempuan yang menjual itu kepada Ayra Amani. Matanya memandang ke arah inai ditangan Ayra Amani yang masih merah itu.
"ye kak"jawab Syed Azrief bagi pihak Ayra Amani.
"nampak muda lagi hampa ni tapi main dengan jodoh ni tak boleh nak buat apalah"kata perempuan itu lagi.
Mereka berdua hanya tersenyum mendengar. Inai dijarinya ini pun dipaksa pakai dan lukis oleh Puan Maisarah katanya kahwin sekali je seumur hidup kena lah meriahkan tangan dan jari juga. Ikutkan hati tak kuasalah nak pakai inai ni dengan lukisan itu semua. Dia nak simple-simple je.
YOU ARE READING
Psycho Itu Aku Punya
RomanceSYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang...