BAB 15

21.7K 695 7
                                    

"Mana si babi tu. Aku dah agak dia mesti gila. Tengok berapa ramai yang cedera. Hishhh! Geram lak aku dengan babi tu." Amri bertanya sambil tangannya memegang alat suntikan. "Ha ah lah mana dia. Bukan ke tadi dia dengan kita." Joe bersuara.

Ezroy dan Arif yang berada di dapur untuk membersihkan badan mereka dari darah turut memandang sekeliling. Rayyan memang lenyap dari pandangan mereka. "Joe bersihkan badan kau. Karang pengsan lak Ros. Dia tu hidung boleh tahan sensitif bau darah." Arif bersuara apabila melihat baju Joe masih ada sisa tompokan darah.

Ezroy hanya melabuhkan diri di sofa. Dia melepaskan penatnya. "Am, Ros mana. Takkan tak keluar dari bilik lagi." Amri hanya gelengkan kepala. Sedang leka Ezroy menghadap movie yang ditayangkan dalam televisyen dia akhirnya ditegur seseorang.

"Awak... awak nak makan." Ros bertanya pada Ezroy. Dia dari tadi tunggu Ezroy pulang. Dia tahu Ezroy pergi membunuh orang. Itu pun Amri yang cakap. "Kau tak makan lagi ke." Ros geleng kepala.

'What! Dah pukul 3 pagi ni dia tak makan langsung.' Fikir Ezroy. "Asal kau tak makan. Aku kan dah cakap kau makan je lah dulu."

Ros geleng kepala. "Saya takut, kalau saya tengah makan diorang yang nak bunuh saya datang bunuh saya." Kata Ros dengan polosnya. Ezroy geleng kepala je. "Jom makan." Joe dan Arif yang leka menjamu selera terkejut dengan kehadiran Ros. "Hai Ros tak tidur lagi ke." Ros geleng kepala.

Mereka semua menjamu selera dengan senyapnya. Amri yang leka merawat anak buah Ezroy dari tadi turut menghampiri mereka. Amri membersihkan tangannya dulu dan duduk dihadapan Arif.

"Amri...." Ros bersuara. Amri memandang muka Ros. 'Dah kenapa minah ni tegur aku pulak.' "Ya nak apa." Amri menyisip air yang diambilnya tadi. "Jangan lah bunuh Rayyan. Sian dia, dia macam tengah ketakutan je." Ezroy,Arif,Joe dan Amri tercengang dengan kata Ros. "Apa maksud kau." Kata Ezroy.

"Rayyan ada dalam bilik saya tu, badan dia penuh dengan darah. Sebab tu saya keluar dari bilik saya dan ajak awak makan sekali. Saya tak tahan bau darah kat badan Rayyan tu. Dia tetiba kata dia takut, sebab awak semua nak bunuh dia. So jangan lah bunuh dia." Apa lagi, bergema lah ruang makan dengan tawa mereka semua.

"Ni ke yang dia kata dia akan selamat. Dia mengadu kat Ros ke. Hahahahaha." Arif bersuara bagi meredakan ketawanya. "Ros kitaorang tak akan bunuh dia lah. Sahaja je nak takutkan dia. Betul tak Am." Joe bersuara.

"Aku nak suntik je dia tu. Biar dia tidur lama sikit. Menyusahkan orang je. Kalau Ros nak tahu, dia tadi dah cederakan orang suruhan dia sendiri tau." Ros yang mendengar hanya mengangguk kepala je. "Camne dia boleh tembak orang suruhan dia sendiri." Ezroy yang mendiamkan diri dari tadi terus memandang Ros.

Pelik dengan sikap Ros yang makin berani dengan pertanyaan dia tadi. Macam tak takut yang dia tinggal dengan mafia. "Dia menembak secara rambang tadi. Maklumlah orang dah kemaruk nak main pistol, tu dia tembak je. Terkena pulak orang sendiri." Joe menceritakan semuanya. "Kalau camtu, Amri suntiklah dia tu, biar otak dia waras."

Kata Ros dengan polosnya. Mereka semua gelak. Rayyan yang mendengar terus menampilkan diri. "Ros sampai hati awak kan. Saya penat tau mengadu kat awak tadi. Rayyan mempamerkan wajah masamnya."

"Hah! Jumpa pun kau, sini kau aku nak cucuk kau. Sini!!" Amri bersuara sambil bangun dan mengambil jarum suntikannya tadi. Dia memang bawak dari tadi.

Rayyan apa lagi, lari meninggalkan ruang makan. Ros tergelak melihat Rayyan yang lari dari Amri. Pagi-pagi buta dah buat bising. Tu lah mereka kumpulan mafia yang bengong. "Ros!!! Tolong I. Amri dah gila. Argh!!!!!" Rayyan menjerit.

"Sory Rayyan, saya nak tidur. Semoga selamat ya." Ros bangun dari tempat duduknya. Pinggan semua sudah dicucinya. Ezroy dan Ros menuju kebilik mereka bersama-sama. "Dah gi tidur. Jangan nak pikir apa-apa lak. Ros angguk kepala je. Oh ya esok aku nak tunjuk sesuatu kat kau. Mohon mental kau kuat esok."

Ros pelik dengan pa yang disampaikan Ezroy tadi. 'Pedulikanlah. Lebih baik aku tidur dulu. Esok baru tanya.' Akhirnya mereka semua tidur dengan tenangnya.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now