BAB 16

21.5K 707 10
                                    

Keesokan paginya, Ros bangun seperti biasa. Pintu biliknya diketuk dari luar. Apabila pintu biliknya dibuka, wajah Ezroy terpancul dihadapan biliknya. "Dah sedia nak tengok apa yang aku bakal tunjukkan nanti." Ros anggukkan kepala sahaja. Dia bakal terkejut dengan apa yang bakal ditunjukkan Ezroy nanti.

Ros mengikut langkah Ezroy. Setiba di bilik penyeksaan, Ros tidak dibenarkan masuk dahulu. Hanya Ezroy dan rakanya yang lain masuk dahulu. "Hai, dah bangun dah." Rayyan bersuara. "Kau siapa hah! Asal aku ada kat sini." Sufian bersuara. "Kau ada kat sini sebab kau memang patut ada kat sini. Laki dayus cam kau ni tak layak hidup lah." Arif bersuara.

Ezroy tetiba gelak besar. "Kau nak tahu asal kau kat sini, sebab kau lah wanita kesayangan aku kehilangan keluarga dia dan hidup dalam ketakutan. So aku nak kau rasa macam mana sakitnya hidup kat dunia ni." Ezroy bersuara.

"Kau siapa, siapa wanita kau.... Aku tak musnahkan hidup korang lah, termasuk dengan wanita yang kau cakap tu."

"Joe bawak Ros masuk." Joe angguk kepala. Sufian terkejut mendengar nama Ros. 'Mustahil Rose Erika.' Katanya dalam hati. Ros masuk kebilik tersebut dengan Joe. Dia terkejut melihat wajah Sufian yang pucat di hadapannya.

"Awak.. apa awak cuba buat ni. Lepaskan dia. Sian kan dia. Awak...." Ros mengoncang tangan Ezroy. Sufian merupakan bekas teman lelakinya dahulu. Selepas kejadian yang menimpa pada dirinya, Sufian terus hilang dari hidup dia. Ros sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Kini, Sufian dihadapan matanya, diikat dan diseksa.

"What! Kau nak aku lepaskan dia. Memang tak lah." Ezroy bersuara. "Kenapa? Apa salah dia. Sufian saya mintak maaf. Saya akan lepaskan awak ya." Tubuh badan Ezroy dipandang Ros. "Awak lepaskan dia. Awak jangan lah bunuh dia. Dia tak ada salah pun." Sufian yang melihat Ros dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Ros! Sedar lah lelaki depan kau ni nak musnahkan hidup kau je. Kalau kau nak tahu, dia lah salah sorang yang terlibat dalam kes pembunuhan keluarga kau." Ezroy mengoncang bahu Ros. "Mustahil. Sufian, kata kat saya tu semua tak betul. Kata kat saya yang awak tak terlibat. Sufian saya sayang awak macam orang gila. Ini ke yang saya dapat. Cakap lah!!!"

Sufian tertunduk. "Ya, aku terlibat. Aku yang menyebabkan kau dijual pada bapak ayam tu. Aku yang telibat dalam pembunuhan keluarga. Tapi bukan aku je, pak cik kau sekeluarga turut terlibat dan kawan baik kau Suria turut terlibat.

Mereka cemburu dengan kau. Aku pulak memang nak bunuh keluarga kau, sebab keluarga kau lah keluarga aku mati." Kata-kata Sufian membuatkan Ros menangis tanpa henti. Dia tidak sangka keluarga nya turut terlibat.

"Siapa kata keluarga Ros yang bunuh keluarga kau." Arif bersuara. Sufian memandang muka Arif. "Kalau kau nak tahu, keluarga kau dibunuh oleh kumpulan Eagle iaitu musuh kitorang yang kitorang bunuh hari tu.

Syarikat bapak kau berhutang dengan mereka. Disebabkan hutang tu banyak, bapak kau cuba mintak pertolongan dengan bapak Ros. Tapi bapak Ros tak tolong. Disebabkan itu keluarga kau kene bunuh. Bukannya bapak Ros yang punca kematian keluarga kau."

"Mustahil. Kau tipu aku kan." Sufian bersuara untuk mendapatkan kebenarnnya. "Itu lah faktanya." Ezroy bersuara. Tetiba Ros bangun dari duduknya. Dia menghampiri Sufian. Leher Sufian tetiba dicengkam kuat oleh Ros. "Kau khianat aku, kau bunuh keluaraga aku, kau hampir menyebabkan maruah aku hilang. Kau patut mati!!!" Tetiba Ros menjadi orang lain.

Mereka yang melihat terkejut. "Argh!!!!" Tetiba Ros menjerit bagaikan orang gila. Ezroy terus menghampiri Ros. Tubuh Ros dipeluknya. "Ros, Ros!!! Wei sedar lah ni bukan kau." Ros meronta dalam pelukan Ezroy. Dia masih cuba untuk membunuh Sufian.

Amri menghampiri bersama dengan suntikan penenang. Tubuh Ros melemah. Akhirnya dia terkulai layu. "Bro bawak dia berehat. Aku rasa dia tak boleh terima orang yang dia sayang khianat dia."

Ezroy anggukkan kepala sahaja. "Selesaikan mangkuk ni. Campak dia ke Malaysia dan masuk dia kedalam lokap. Dan kau Sufian, hari ni kau mati dalam tangan Ros. Aku takkan bunuh kau. Biar pengadilan yang tentukan." Uruskan nya.

Ezroy mencempung tubuh badan Ros dan meninggalkan mereka semua. "Aku akan tegakkan keadilan tuk kau sayang." Dahi Ros diciumnya. Akhirnya Ros mengetahui siapa dalangnya.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now