BAB 18

20.8K 648 11
                                    

Ros termenung dari tadi. Dia teringat akan kata-kata Ezroy sebentar tadi. 'Gila apa, kalau aku bersama dengan dia. Apa akan jadi kat aku nanti. Boleh ke dia terima aku jadi isteri dia. Boleh ke dia terima kekurangan aku. Aduhhh sakit otak aku nak pikir.'

Ros hanya mampu berkata dalam hati je. Karang kata kuat-kuat ada yang kena tembak dengan mamat tu nanti.

****

"Ros, aku nak cakap sesuatu ni." Tegur Ezroy. Ros yang leka memandang pemandangan malam menoleh memandang Ezroy. "Nak cakap apa ya." Sahut Ros. Ros blur je tengok muka Ezroy. Ezroy pulak dari tadi tengok muka Ros je. 'Mamat ni kenapa tenung aku. Aku ada buat salah ke.'

"Jom kahwin." Ros tercengang mendengar kata Ezroy. "Apa maksud awak dengan ayat JOM KAHWIN TU." Kata Ros. "Aku nak kau jadi bini aku. Aku tak nak dengar bantahan dari kau. Minggu depan kita kahwin. Dua hari lagi kita balik Malaysia."

Ros memandang muka Ezroy. "Kenapa kita kena kahwin. Saya tak nak. Saya tak layak untuk bersama dengan ..." Ezroy mengangkat tangan tanda diam. "Aku kan dah kata tak ada bantahan. Kau tetap akan jadi bini aku. MUKTAMAD."

Ezroy meninggalkan Ros yang blur dan tidak terkata macam tu je. "Aih mamat ni blah camtu je. Dah lah buat jantung aku pam laju ni." Kata Ros. Kata-kata Ros dapat didengari Ezroy sebenarnya. Sebab dia ada di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dengan ruang riadah yang sedang menjadi tempat lepak Ros.

****

"Bro kau cakap apa kat Ros semalam. Aku tengok muka dia macam blur dan tak bermaya je." Kata Arif. Rayyan yang leka menonton televisyen turut memandang muka Ezroy. "Haah lah bro, apa yang kau cakap dengan dia semalam." Kata Amri.

"Aku kata apa. Aku cakap jelah minggu depan kitorang kahwin. Lepas tu aku blah." Kata Ezroy. Rakan-rakannya tercengang dengan jawapan sahabatnya itu.

"Bro serius lah. Senangnya kau cakap kan." Kata Joe. Mereka yang lain geleng kepala je. "Suka hati kau lah Roy. Flight kita tengahari esok." Kata Arif. "Sekejap sangat lah kita kat sini." Kata Rayyan.

"Lepas aku kahwin kita datang sini balik. Ada yang tak selesai lagi kan. Kalau aku nak dating lah." Kata Ezroy. Rayyan angguk kepala je dalam hati dia dah mengutuk Ezroy.

"Awak." Ezroy dah sahabatnya yang lain memandang wajah si pemanggil. "Ermmm, nak apa." Kata Ezroy dengan dingin. Sahaja nak berdingin dengan Ros.

"Boleh tak kita bercakap berdua je." Ezroy memandang pelik dengan Ros. "Bro apa lagi gi lah." Kata Amri. Para jejaka yang lain tersengih penuh makna. Ezroy menayangkan penumbuknya depan sahabatya. Bukan dia tak faham makna sahabatnya tu.

****

Didalam bilik latihan menembak. Pasangan tersebut hanya senyap je. "Kau nak cakap apa. Cepat lah. aku ada hal lepas ni." Kata Ezroy.

Ros memandang muka Ezroy. "Betul ke kita akan kahwin. Ezroy angguk kepala je. Awak yakin ke kita boleh bahagia. Awak yakin ke ....." Ezroy mencium pipi Ros. Ros tergamam. "Kau bersuara lagi aku cium mulut kau pulak."

Ros terus diam. "Aku akan kahwin dengan kau. Bahagia? Cinta? Or apa lagi yang ada dalam kepala kau. Aku nak cakap, kita boleh pupuk masa kita kahwin. Tapi aku nak kau ikhlas kahwin dengan aku. Faham."

Ros mengangguk dengan kata Ezroy. "Baiklah kalau itu apa yang awak katakan. Saya ikut je. Asalkan saya dapat selesaikan apa yang patut saya selesaikan." Ezroy anggukkan kepala. 'Asal aku rasa something je kat minah ni. Aku rasa tak sedap hati pulak dengan minah ni.'

Ros meninggalkan bilik tersebut. 'Apa yang aku cuba lakukan ni. Arghh! Peduli apa aku. Aku nak tegakkan keadilan untuk parent aku. Aku sanggup kahwin dengan dia. Aku ikhlas kahwin dengan dia.' Ros melelapkan matanya.

'Mama, papa Ros rindu sangat dengan korang. Ros akan cari pembunuh mama dan papa.' Ros berkata sambil membelek pistol ditangannya. Ros mengangkat pistolnya dan menghala pada balkoni. "Aku akan pastikan peluru pistol ni tembus dari kepala korang semua." Kata Ros. Ros menyimpan pistolnya.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now