BAB 24

19.1K 623 6
                                    

Resepsi diantara Ezroy dan Ros dilakukan di belah malam. Majlis persandingan yang gah di adakan. Bertemakan taman bunga. "Awak, meriahnya resepsi kita malam ni." Ezroy hanya tersenyum mendengar kata Ros. Demi Ros dia sanggup lakukan apa sahaja.

Tok tok tok

"Masuk." Kata Ezroy. Seorang lelaki memasuki bilik tersebut. Dia menghampiri Ezroy dan membisikkan sesuatu. Ezroy bengang mendengar apa yang dicakapkan oleh orang suruhannya.

Lelaki tersebut meninggalkan bilik yang ditempah khas oleh Ezroy untuk mereka berdua. "Awak, ada apa-apa masalah ke." Ezroy membisu. Ros hanya memegang tangan Ezroy. "Kemana aku pergi, kau kena sentiasa bersama aku."

Ros hanya menganggukan kepala sahaja. "Jom keluar sekarang." Mereka keluar dari bilik mereka dan menuju ke dewan bagi memulakan resepsi mereka. "Dah ready." Kata Ezroy pada Ros. "Dah, saya setiasa bersedia." Ros mempamerkan wajah cerianya.

'Saya juga dah sedia nak jadi tebusan mereka.' Bisik hati kecil Ros. Ezroy dan Ros memasuki dewan apabila pengacara majlis mempersilakan pengatin memasuki dewan.

****

"Pastikan kau culik perempuan tu. Kalau tak siap kau aku kerjakan." Kata si ketua mereka. Orang suruhannya hanya mampu menganggukkan kepala. 'Aku akan pastikan keturunan kau musnah buat selama-lamanya, Arif Farhan.' Bisik hatinya.

****

Majlis dijalankan dengan penuh meriahnya. "Ok, kita semua dah kenyang dari tadi makan je kan. Betul tak semua." Seisi dewan mengiakan kata pengacara majlis. "Apa kata kita adakan sikit hiburan. Nak Tak."

"NAKKKK!!!!!!!" Bergema seisi dewan. "Ok kita mempersilakan the boys merangkap sahabat pengatin lelaki kita untuk membuat persembahan." Pentas dewan digelapkan. Lagu dipasang.

****

"Apa yang diorang lakukan ni." Ezroy sudah mengeluh melihat sahabatnya membuat persembahan. Lagu MAMA, Jonas Blue, William Singe menjadi pilihan the boys. Ros hanya tersenyum melihat tarian mereka serta nyanyian mereka.

Rayyan menghampiri Ros. Tangan dihulur bagi menjemput Ros menyertai mereka. Ros menggeleng kepala sahaja. Rayyan tetap memaksa Ros menyertai mereka. Akhirnya Ros mengalah dan mengikut langkah Rayyan.

Ezroy sudah merah mukanya. Mahu tak merah muka dia, bini dia kena kebas kut. 'Woi bini aku hanat. Sial punya member, suka hati je kebas bini aku.' Ros mengikut rentak tarian the boys walaupun tak selancar tarian the boys.

"Yoooo Bro ku sayang, tak nak join ke.." tergeleng para tetamu melihat perangai the boys yang mengusik pengatin. Ezroy bangkit dari duduknya. Dia menghampiri pentas dimana sahabat dan isterinya berada.

Tepukan dari para tetamu membingitkan lagi ruangan dalam dewan. Ezroy tersenyum dan memeluk pinggang isterinya. "Lets dance with me my wife." Ros menyambut huluran tangan suaminya. Lagu romantik berkumandang. Ros menari bersama suaminya.

"I LOVE YOU ROS. Aku akan cuba jadi suami yang terbaik buat kau." Ucapan Ezroy membuatkan Ros terharu sangat. "I LOVE YOU TOO." Ros menyembam mukanya didada Ezroy. Ezroy tersenyum, dia tahu Ros malu lepas meluahkan isi hatinya. Tanpa mereka sedari, mereka semua diperhatikan oleh seseorang yang penuh dengan rancangan.

ROS MR MAFIAWhere stories live. Discover now