bab 9.putus

177 25 26
                                    

Iris bersiar-siar di sekitar Sungai Han setelah dia habis berjoging.

Sedang Iris berjalan2,dia teringat akan peristiwa Hyunjae melafazkan cintanya padanya.

Iris sedaya upaya membuang detik2 itu dari memorinya namun gagal. Jadi dia mengambil keputusan untuk pulang.

Tiba2 Iris melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya sedang berjalan menuju ke sebuah bangku di situ.

"Hyunjae?"

"Hi,"sapa Iris dengan senyum tipisnya.

Terserlah riak wajah terkejut pada muka Hyunjae setelah melihat Iris. Perempuan yang amat dirinduinya sepanjang 5 bulan ini.

"Iris"-Hyunjae

"Boleh saya duduk?"Iris.

Hyunjae ragu2 untuk mengangguk.

"Erm.. Tak apa lah. Nampak riak muka awak macam risau je bila saya tegur awak. Seram sangat ke muka saya sampai pucat muka awak bila jumpa saya?"

"Iris..saya--"

"Hyunjae.. Betul ke apa yang saya dengar?"

"Apa yang awak dengar?"

"Awak dah ada orang lain yang istimewa?"

Hyunjae diam dan melemparkan pandangan ke arah lain.

"habis selama ni? Awak anggap saya siapa?"

Hyunjae diam.

"Saya minta maaf kalau saya ada buat awak terasa dengan perbuatan saya. Tapi mengelak bukan cara yang sepatutnya kan?"

"Saya tak mengelak pun dari awak"

"Habistu apa? Saya chat pun awak seen je. Call lagi lah."

"Saya sibuk"

"Betul ke awak sibuk?"

"Ye. Saya sibuk"

"Kenapa hati awak cepat sangat berubah?"

"Kenapa awak buat saya macam ni? Saya nampak bodoh sangat ke sampai awak boleh permainkan perasaan saya?"

Hyunjae diam dan melemparkan pandangannya ke arah Sungai Han.

"Saya tanya ni Hyunjae. Segala kata2 cinta awak dekat saya tu untuk apa?Awak tahu tak saya cuba buka hati saya untuk terima awak walaupun kita berlainan agama. Saya yakin yang awak akan masuk agama islam kalau saya terima awak.Dan bila saya dah mula cintakan awak, awak berubah hati macam tu saja."

"Im sorry Iris. Saya buat ni sebab terpaksa. Kalau bukan sebab penyakit ni.. Saya mesti akan bahagiakan awak. Tapi ni sebaliknya. Saya terpaksa buat awak bencikan saya. Benci lah Iris.. Benci selagi awak mampu. Tolong buang saya dalam hidup awak."-kata Hyunjae dalam hatinya.

"Hyunjae.. Bagi saya sebab kenapa awak buat semua ni"

"Sebab saya dah tak cintakan awak lagi. Awak tahu kan hati lelaki ni senang berubah. Dan saya mula sedar yang awak bukan kebahagiaan saya.Dan saya dah jumpa kebahagiaan saya.So from now, lupakan saya. Kalau awak dah taruh hati pada saya.. Please buang semua tu."

Iris terpukul dengan kata2 Hyunjae. Siapa sangka lelaki yang kelihatan jujur selama ni di luarannya berubah menjadi lelaki yang hampir tidak dikenalinya.

Iris sedaya upaya menahan air mata nya daripada jatuh. Dia tak mahu kelihatan lemah dihadapan Hyunjae.

Tiba2 Hyewon datang dan Hyunjae membuat seolah2 tiada apa yang berlaku.

"Hyunjae.. Awak dekat sini rupanya.Penat saya cari. Ermm..siapa ni,Hyunjae?"-Hyweon.

"she's nobody. Jom lah kita balik"Hyunjae menarik tangan Hyewon beredar dari situ.

[C]AISHITERU {THE BOYZ HYUNJAE}✅Where stories live. Discover now