bab 11.Bertemu kembali

166 25 0
                                    

Bunyi mesin ventilator memenuhi ruang wad. Sudah hampir setahun lebih Hyunjae tidak menyedarkan diri setelah menjalani pembedahan kanser hatinya.

Setahun lepas, doktor telah berjaya memindahkan hati dari penderma organ ke badan Hyunjae, namun malangnya.. Setelah pembedahan berjaya, tubuh Hyunjae secara tiba2 tidak dapat menerima pendermaan hati itu. Disebabkan itu doktor terpaksa mengeluarkan semula organ itu dan terpaksa mencari penderma lain. Nasib baik menyebelahinya kerana pada waktu yang sama, seorang lelaki telah meninggal akibat kemalangan. Jadi doktor telah mendapatkan persetujuan si mati kerana sebelumnya dia telah mendaftar sebagai penderma organ.

Disebabkan beberapa komplikasi semasa operation , dia telah koma hampir setahun setengah. Sepanjang perubataannya di Canada, Hyunjae hanyalah ditemani Hyewon. Permintaan Hyunjae agar keluarganya tidak mengetahui penyakitnya itu tidak dapat dirahsiakan lagi kerana keluarganya telah mengetahui segalanya.

Puan Lee hanya menitiskan air mata melihat keaadan anak lelakinya yang terlantar pucat diatas katil.Tuan Lee yang hanya mempu menenangkan isterinya itu.

"Awak.. Dah setahun setengah anak kita koma. Saya risau kalau... "

"Sayang, jangan kita fikir negative. Doktor Johnny sendiri cakap yang Hyunjae kuat semangatnya. Kalau tak, mesti dia dah tewas dalam bilik pembedahan dulu.Kita bagi dia masa untuk dia pulih"

Puan Lee menganggu faham.


"Esok saya balik Korea.Awak nak ikut atau duduk sini?"

"Saya nak duduk sini jaga Jae."

Tuan Lee mengangguk faham.

Sedang Eomma Hyunjae duduk termenung melihat Hyunjae, Hyewon masuk.

"Aunty, dah lama sampai?"

Puan Lee mengangguk. "Hyewon, terima kasih jagakan Hyunjae untuk kami sepanjang ketiadaan kami"

"Hyewon buat ni ikhlas aunty. Hyunjae bagitahu saya tentang penyakit dia sebab dia percayakan saya.Tapi hyewon tak boleh berdiam dengan rahsiakan semua ni dari family Hyunjae. So Hyewon terpaksa mungkir janji dengan Hyunjae."

Puan Lee senyum sambil mengusap tangan Hyewon.

"Betapa beruntungnya aunty kalau Hyweon menantu aunty".kata puan Lee. Hyewon membalas dengan senyuman.

"Aunty pelik dengan Jae, dia kata dia tak ada perempuan yang istimewa tapi kenapa dia tak nak terima hyewon"

"Maybe sebab penyakit dia".

__________________________________
Perlahan2 jari Hyunjae bergerak-gerak. Kelopak matanya dibuka perlahan2.Mata Hyunjae memerhati keadaan wad yang sunyi.

Dia melihat Hyewon yang sedang menongkat kepala sambil tertidur.

"Dah berapa lama aku koma?"kata Hyunjae dalam hati.

Hyewon tersedar dari tidurnya dan terkejut melihat Hyunjae yang sudah sedar dari koma. Terukir senyuman dibibirnya. "Hyunjae, awak dah sedar?"

"dah berapa lama saya koma?"

"Setahun enam bulan.Awak rehat lah dulu. Jangan banyak bercakap dan bergerak. Saya panggilkan doktor. Oh ya,, eomma awak ada dekat luar"

"Eomma? Ma-macam mana dia--"

"dia eomma awak, Hyunjae.. Maaf, saya terpaksa bagitahu dia."

Hyunjae diam. Hyewon keluar memanggil doktor. Beberapa minit kemudian, doktor pun masuk memeriksa keadaan Hyunjae. Selepas doktor keluar, Hyewon dan Puan Lee pula masuk.

Hyunjae memeluk eommanya erat.

"Maafkan Jae, eomma."

"Gwenchana. Jae sembuh pun eomma dah bersyukur sangat.Jae kena berterima kasih dengan Hyewon,sebab dia lah yang jaga Jae sepanjang eomma dengan appa tak ada"

[C]AISHITERU {THE BOYZ HYUNJAE}✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang