bab 10

162 30 0
                                    

Harini aku bercadang untuk ke office Younghoon.Aku cuma nak hantar makanan je disebabkan dia kata dia rindu masakan aku kan. Sebenarnya aku pun tak pernah masuk ke office dia. Cuma tahu je lah office dia dekat mana.

Jam menunjukkan pukul 11:50.Awal 10 minit aku datang.

Aku menuju masuk ke dalam bangunan pejabatnya.Tiba2 ditahan guard.

"Cik siapa ya? Sila tunjuk pas cik?"

"Err.. Saya kawan Encik Younghoon.Saya nak hantar ni je"

"Maaf, cik tak boleh masuk kalau tak ada pas pelawat atau staff"

"Ouh.. Erm tak apa lah. Pakcik tolong bagi kan bekal ni dekat Encik Younghoon boleh?"aku menghulurkan beg kertas yang berisi bekas makanan kepada guard itu. Dia menyambutnya.

Baru saja aku nak melangkah pergi, nama aku dipanggil. Aku menoleh dan melihat Younghoon yang berlari anak kearah aku dengan coatnya.Ha panjang umur.

"Awak buat apa datang sini? Kenapa tak naik?"

"Tak apa. Saya nak hantar makanan ni je. Semalam kata rindu masakan saya kononnya kan?"

"wah.. Jinjja? Erm.. Jom lah kita pergi makan sama?"

"tapi saya dah makan tadi"

"Temankan saya makan"

Iris menurut saja.

Di cafe

Iris melihat Younghoon makan dengan berselera.

"Sedap sangat ke?"

Younghoon berhenti mengunyah dan memandang Iris."sedap lah. Pernah ke saya kata awak masak tak sedap?"

"Saya rasa biasa je. Macam makan dekat kedai je.Mana lah tau awak puji tu sebab nak sedapkan hati saya je kan?"

"Mana ada lah. Seriously sedap."

Iris ketawa.

"Younghoon, apa jawatan awak dekat syarikat besar macam ni?"

"Erm.. Manager".

"Ouh".

"Why?"

"Nothing."




_________________________
Dua tahun kemudian.

Sedang Younghoon dan Iris tengok wayang, keluar adegan di mana Si lelaki memutuskan hubungan dengan perempuannya. Mata Iris tertumpu pada layar.

Secara tak langsung, Younghoon berasa bersalah memilih cerita ini untuk ditonton.Dia tak sangka adegan ini akan keluar.

"Haih Younghoon.. Pabo nya engkau.. Kenapa lah kau bawak Iris tengok cerita ni".-Monolog. Younghoon yang perasan reaksi muka Iris terus tak senang duduk.

"Iris, nak popcorn tak?"

Iris menggeleng."Younghoon, saya nak balik".

Younghoon menangguk faham. Selepas itu, mereka keluar dari panggung wayang.

Suasana didalam kereta sunyi sepi. Younghoon memandu keretanya menuju ke suatu tempat.

"Awak nak pergi mana ni? Kan saya kata nak balik"

"Rilex Iris.,saya tak culik awak pun lah. Saya nak bawak awak pergi somewhere special"

Iris hanya menurut saja. Setelah 30 minit perjalanan, Akhirnya mereka sampai disebuah tempat.


"Pantai?kenapa bawa saya datang sini?"

"saya rasa pantai je yang boleh buat awak tenang. Kan?"

Iris melemparkan pandangannya ke arah laut. Sememangnya hatinya tenang melihat sesuatu yang tenang.Air laut yang tenang diikuti pukulan ombak membuatkan hatinya tidak diselubungi kekusutan.

[C]AISHITERU {THE BOYZ HYUNJAE}✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora