three

7.5K 98 0
                                    

Disebabkan hari ini aku bertugas terpaksalah aku hadirkan diri ke sekolah lebih awal dari yang biasa.

Penyapu aku capai ,

Dengan malasnya aku mula menyapu secara perlahan. Mulut aku mula menyanyikan lagu Ariana Grande ; 7 rings.

"Haina."

Sumpah aku terkejut.

Penyapu yang aku pegang terus jatuh.

Syed Hakimi !

Dia ni classmates aku juga cuma dia tak terlalu menonjol.

Dia pendiam dalam masa yang sama dia ni pandai jugalah.

"Saya dengar apa yang awak cakapkan dengan Ishan Faryen di belakang makmal semalam."

Dia ber'saya-awak' dah pula.

Jadi , sekarang dia tahulah misi yang aku jalankan?

"Kau dah dengarkan ? Diam je okay ? Tak payah heboh kepoh bercerita."

Aku kembali menyambung tugas aku.

"Saya suka awak Haina . Kalau boleh saya nak buat mission tu dengan awak. Saya boleh ganti Ishan Faryen."

Sudah !

Dia tengah luahkan perasaan dia ni ke?

Eh ,

Sekejap aku dah ada dalam pelukan dia.

Apa masalah dia ni ?

Tapi berada dalam pelukan Syed tidak buat aku rasa selamat seperti dalam pelukan Ishan Faryen.

Inikah yang dinamakan cinta ?

Aku tolak perlahan Syed.

"Tapi aku tak rasa nak bercinta dengan kau. Dan aku tak rasa selesa dengan kau. Maaf."

Aku angkat penyapu yang terjatuh tadi.

Urgh !

Dia dah melambatkan kerja aku.

"Tapi kita boleh cuba ."

Dengan itu dia peluk pula aku dari belakang.

Nasib baiklah masih tiada pelajar yang masuk ke kelas ni.

"Tapi aku tak nak cuba dengan kau."

Aku tekan kan suara aku.

Penyapu aku letakkan kemudian aku berlalu keluar.

Syed yang menunduk dibelakang aku abaikan.

Awal pagi dah buat aku tak ada mood.

Kaki aku hayun ke rooftop.

Fikiran aku melayang mengingatkan kembali adegan panas aku dan Ishan semalam.

"Kau rasa apa bila dalam pelukan aku ?"

Soalan Ishan mengejutkan aku.

"Aku rasa selamat dan panas."

Aku berkata jujur.

"Tapi kenapa jantung kau berdegup laju ? Kau rimas ke ? Kau baru lepas berlari ke sebelum peluk aku ?"

Aku mengasak dia dengan pelbagai soalan. Tak puas hati kerana jantung dia berdegup terlampau laju.

"Ehem. Ha- haah baru lepas joging kat luar tadi."

Sedikit tergagap Ishan menjawab.

Mission Of LoveWhere stories live. Discover now