five

7.3K 95 0
                                    

Hari ini hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sekolah penggal pertama.

Hani dua hari sebelum cuti sekolah sudah pulang ke rumahnya.

Aku sahaja yang masih menunggu Abang Hazry dan Anise.

Tak tahu apa yang aku akan buat sepanjang cuti 2 minggu ni.

Aku akan rindu kawan-kawan aku dan Ishan Faryen.

Eh , tak-tak.

Maksud aku selama 2 minggu aku tak akan laksanakan misi.

Jam aku kerling dah pukul 7 malam. Mana mereka ni ?

Dorm kelihatan sunyi ketika ini.

Aku duduk berseorangan di ruang tamu.

Pandangan aku halakan keluar.

Ah ternampak pula Ishan dengan seorang perempuan.

Aku alihkan kembali pandangan.

Eh kejap !

Perempuan ?

Bila aku pusing balik ,

Sah ,

Memang perempuan tu ,

Hanafisya !

Kenapa pula Hanafisya jemput Ishan ?

No-no jangan cakap diaorang nak pergi vacation sama-sama !

Ah kenapa pula hati aku tak sedap ni ?

Serentak telefon di dalam beg memainkan lagu better now.

"Hello Na , abang Hazry kau tak boleh ambil ni. Dia belum balik lagi. Dia suruh kau tumpang Ishan je. Ishan pon otw balik juga katanya."

Matilah aku !

Ishan yang dah berlalu pergi naik kereta bersama Hanafisya aku pandang.

"Tak apalah Nise. Aku malas nak menyusahkan orang lain. Kau ambil aku masa kau free nantilah eh ?"

Tanpa menunggu balasan dari Anise aku matikan panggilan.

Susah juga dapat kakak tak pandai memandu ni.

Beg roda aku tarik kembali masuk ke bilik.

Ya Allah bosannya !

Apa aku nak buat ni ?

Mesti semua dah balik rumah.

Tinggal aku seorang.

Tak tahu kenapa aku rasa sebak.

Air mata laju keluar sendiri.

Aku tak suka bila aku menangis.

Rasa macam aku lemah sangat.

Tok-tok !

Tok-tok-tok-tok !

Ketukan dipintu buat aku mengangkat kepala.

Orang tengah sedih sibuk kacau !

Pintu aku buka.

"Ora--"

Kata-kata aku tersekat bila figura yang ada di depan mata aku ini ialah

Ishan Faryen !

Tak-tak

Tapi tadi aku nampak kereta yang dia naik tu dah jalan.

Macam mana ?

Dia patah balik ke ?

Mission Of LoveWhere stories live. Discover now