Bab 18

233 5 0
                                    

Setelah tiga bulan Haura di perantauan, dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah mama dan Papanya. Haura tau pasti mereka risau. Rindunya juga kepada mereka tidak tertanggung.

Ketika Haura menyimpan bagasinya ke dlam kereta, ketika itu Rizqy sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Haura memanggil Rizqy.

"Assalamualaikum, Rizqy." Sapa Haura.

"Waalaikumussalam. Awak nak pergi mana??" Tanya Rizqy. Baru semalam mereka sedikit tegang setelah semuanya terbongkar.

"Saya...Saya nak balik jumpa mama dan papa. Saya berdosa. Saya sedar saya pentingkan diri. Awak, saya minta maaf selama saya jadi jiran awak. Kalau ade salah dan silap saya sudilah awak maafkan ye..." Ujar Haura dengan tenang.

Sedikit sebanyak nasihat Rizqy menyedarkannya.

"Bagusla...Saya pun nak minta maaf pasal semalam. Saya tau saya kasar dengan awak. Saya tak patut..." Balas Rizqy pula.

"It's okay. Sebab kata-kata awak la yg menyedarkan saya. Thanks..." Haura tersenyum di sebalik purdahnya. Namun Rizqy faham dengan eye smile Haura.

Berdebar kencang jantungnya..

"Tapi nnti kalau awak dah nalik sana saya still boleh contact awak kan??" Ujar Rizqy menutup kegugupan.

"Yes, sure... Kalau awak ada masa awak dtg la rumah mama saya." Pelawa Haura.

'Ya..satu hari nnti...utk tunaikan hajat besar keluarga saya.' Tambah Rizqy di dalam hati.

" Okayla ...saya nak gerak dh ni... Assalamualaikum..." Kata Haura smbil berlalu.

" Waalaikumussalam..." Rizqy menghantar Haura dengan ekor matanya.

----------------------

Puan Karmila termanggu seketika. Benarkah yg dihadapannya kini puteri sulungnya.... Air matanya tumpah tanpa dapat ditahan.

Haura yg sedari tadi merenung wajah Puan Karmila turut berlinangan. Mana mungkin dia melihat mamanya teresak-esak menahan sendu.

Puan Karmila memeluk Haura. Ya Allah...doanya supaya Haura segera kembali termakbul.

"Mama...maafkan Haura ma... Haura salah...Haura tak sepatutnya buat macam tu... Haura dah malukan mama dan papa..." Tangan Puan Karmila diambil dan dicium.

"Kenapa la Haura tak fikir panjang sayang?? Kenapa Haura buat macam nii??" Soal Puan Karmila apabila mereka sudah masuk ke dalam rumah.

"Maafkan Haura..." Haura memeluk kembali Puan Karmila.

------------------------

Selepas makan malam,mereka bertiga berkumpul di ruang tamu. Encik Hafiz mesti memberitahu Haura tentang Hayfa dan Luqman.

"Haura...kalau Papa ckap ni Papa harap Haura dapat terima dengan hati terbuka kayy sayang..." Ujar Encik Hafiz.

Haura seperti dapat mengagak apakah yg bakal diperkatakan oleh Encik Hafiz.

"Okay..." Kata Haura pendek.

"Papa dengan mama minta Hayfa gantikan tempat Haura masa hari perkahwinan tu...masa tu mama dan papa nak selamatkan keadaan..." Luah Encik Hafiz terus terang.

Puan Karmila pula hanya mendiamkan diri menanti respon Haura.

"Sebenarnya papa..mama... Haura memang dh rancang semua ni...mmg Haura rancang pun nak lari. Haura mmg nak Hayfa yg kahwin dengan Ustaz Luqman, ma...pa.." Haura menjawab jujur. Terkejut mendengar pengakuan sebenar Haura.

"Kenapa Haura?? Kenapa Haura nak buat mcam tu??" Tanya Puan Karmila pula. Cannot brain la ape yg anaknya fikirkan ni...

"Sebab Haura nak Hayfa...Hayfa yg dulu. Hayfa yg dengar cakap mama dan papa. Hayfa yg baik. Hayfa yg sayangkan Haura. Tapi Hayfa berubah ma...Hayfa berubahhh..." Air mata Haura tumpah jua. Dia tak mampu nak tipu perasannya.

"Haura dah cuba nak tarik Hayfa balik...tapi Haura tak mampu. Haura tak boleh... Sebab tu Haura rancang semua ni...walaupun Haura tak tau yg mama dan papa akan fikir atau tak nak suruh Hayfa yg ganti tempat Haura. Dan semuanya berjalan seperti yg Haura harapkan... Maafkan Haura ma...pa.." tambahhya lagi. Jadi itulah puncanya sebenarnya.

"Haura...Haura tak berhak nak tentukan dengan siapa Hayfa patut pilih untuk masa depannya. Tapi Hayfa kahwin jugak...sebab ape?? Bukan ke sebab dia sayangkan kita semua?? Dia selamatkan maruah Kita sekeluarga.. Kenapa Haura sanggup pentingkan diri?? Sebab tu mama dan papa tak paksa kalau mereka tu nak berpisah lepas ni...sebab tu bukan jalan yg Hayfa pilih... Cukuplah selama ni Hayfa tu pendam segalanya. Bukan mama tak tau Haura, ape yg Hayfa rase. Cuma mama tak mampu nak halang lebih2 sebab dia dah besar. Haura buat macam ni akan tambahkan kemarahan Hayfa... Nnti lagi dia memberontak tau tak?? Tu baru Hayfa... Mcam Mana pulak dengan perasaan Luqman?? Ade Haura fikir...Haura, kenapalah Haura pentingkan diri sangat... Apa Haura ingat Luqman tu patung yg x de perasaan??" Hujah Puan Karmila panjang lebar. Macam mana Haura boleh terfikir bergitu...Ya Allahhhh..

Encik Hafiz hanya mampu memerhatikan isterinya. Benar ape yg dikatakan oleh Puan Karmila itu. Haura terdiam...dia tau dia salah. Pasti Hayfa lebih marahkannya selepas ini. Luqman?? Macam mana pula dia??

Haura buntu....













Hanya UntukmuWhere stories live. Discover now