Bab 21

229 5 0
                                    

Setelah pulang dari berbulan madu, hubungan diantara Hayfa dan Luqman semakin baik. Hari2 mendatang dilalui dengan penuh indah. Terima kasih Ya Allah...

Hayfa menyemak beberapa fail pelajar baru di pejabatnya. Khusyuk melakukan kerja telefon pejabatnya berbunyi.

"Ustazah Hayfa, ada yang nak jumpa ustazah." Kata kerani mereka, Cik Ros.

"Siapa ye kak ros?" Tanya Hayfa.

"Seeloknya ustazah tgk sendiri la..." Balas Cik Ros.

Hayfa hanya menurut. Di keluar ke depan pejabat untuk berjumpa tetamunya.

Tubuh yang pernah dilihat itu berpaling menghadapnya.

"Assalamualaikum..." Kata Humaira.

"Waalaikumussalam, Ustazah Humaira. Ustazah ada ape ye nak jumpa saya." Tanya Hayfa lembut meski hatinya agak terkejut.

"Boleh kita bercakap sekejap. Tapi bukan dekat sini." Ujar Humaira. Hayfa berfikir sejenak.

"Boleh tu boleh. Tapi saya kene bagitau suami saya dulu. " Balas Hayfa lembut. Humaira hanya mengangguk.

Nombor Luqman didail beberapa kali. Namun tidak berjawab. Barangkali Luqman sedang mengajar. Pesanan whatsapp ditinggalkan oleh Hayfa buat Luqman. Dia segera mencapai handbag nya dan mengikut Humaira.

-----------------------

Sebuah cafe...

"Hayfa, Maira nak minta maaf dengan Hayfa. Maira tau maira tak sepatutnya serang Hayfa mcm dulu tu. Mmg Maira cemburukan Hayfa. Mmg Maira ada hati dengan Ustaz Luqman. Maafkan Maira." Kata Humaira sambil menggenggam tangan Hayfa.

"Tkpelah, benda dah lepas. Hayfa dah tak nak ingat lagi semua tu. Biarkan semua tu berlalu. Jadi Maira ada hati lagi dengan suami saya?" Tanya Hayfa jujur.

Humaira diam.

"Saya cuba untuk lupakan Ustaz Luqman, tapi tak mudah." Jujurnya.

Nafas Hayfa bagai mahu terhenti. Jadi apa tujuan Humaira mahu berjumpanya? Adakah Humaira mahu....

-----------------------

Di rumah...

"Sayang, kenapa tak angkat Abang call niii..." Omel Luqman sendiri.

Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Teejengul wajah Hayfa lesu.

"Sayang, sayang okay tak ni? Kenapa sayang tak tunggu abang ank pergi jumpa Ustazah Humaira?" Tanya Luqman. Bahu Hayfa dipeluk.

Seketika Hayfa memeluk tubuh Luqman. Semakin lama semakin kuat pelukan Hayfa. Hanya nafasnya yang kedengaran.

"Sayang, sayang okay ke tak ni?" Tanya Luqman lagi.

Hayfa mengangkat wajahnya.


"Sayang okay..... Tadi sayang dah call abang. Abang tak angkat. Tu yang sayang whatsapp je abang." Ujar Hayfa.

"Hurmm...tadi jumpa Ustazah Humaira, dia nak ape?" Tanya Luqman. Risau pisang berbuah dua kali.

"Xde ape. Dia ckp dia minta maaf. Dia suka dekat abang. Dia nak jadi madu sayang...." Makin perlahan suara Hayfa.

"Haa! Lepastu sayang ckp ape?" Luqman mulai cuak. Bagaimanalah Hayfa meghadapi situasi tadi?

"Dia bagi ni...." Sampul Surat putih diserahkan kepada Luqman. Tertera buat 'Ustaz Luqman dan Ustazah Hayfa.'

Luqman membuka sampul surat tersebut. Tidak henti2 zikir dari mulutnya. Luqman membaca isi kandungannya.

"Sayang! Sayang ni main2 dengan abang ehh!!" Hayfa sudah siap sedia melarikan diri drpd Luqman. Pecah tawanya..

"Haahhaahha saje je nak kenekan abang. Nak tgk reaksi abang mcm mane." Ujar Hayfa dengan tawa yang bersisa.

"Ya Allah sayang. Abang ni mcm nak tercabut jantung dengar. Risau abang mcm mane sayang hadap tadi. Bile abang bukak, undangan walimah Ustazah Humaira rupanya.... Pandai sayang kenekan abang ehhh..." Ujar Luqman.

"Manelah sayang tau. Kot kot abang nak tambah cawangan ke." Uji Hayfa lagi.

"Taknak cawangan baru. Nak baby baru je...boleh tak sayang?" Tanya Luqman.

"Boleh...kene la usaha lebih....hahahahah" tawa Hayfa.

"Nakal..." Tubuh Hayfa dicempung dan dibawa ke kamar mereka.

-----------------------

Rizqy merenung siling biliknya. Fikirannya tertumpu pada Haura. Cepat betul hatinya terubat. Entah, mungkin mmg sudah takdir.

Ada juga diceritakan pada keluarganya tetang Haura. Ada juga ibu dan ayahnya menyuruh dia membawa Haura dtang ke rumah mereka. Bak kata ibu, nak berkenalan dengan yang dah berjaya mengubat hati anaknya...

Ada-ada jela ibu. Seketika bibir Rizqy mengulum senyum.

Namun, apa pula penerimaan Haura? Mahukah dia berjumpa keluarga aku? Keluhan pula yang lahir.

Beri aku jalan, Ya Allah....

Hanya UntukmuWhere stories live. Discover now