●5•

185 55 3
                                    

Hospital.

"Hany.. Bangunlah.. Kau tak kesian dekat kitorang ke? Kau nak Del jadi macam dulu ke? Bangunlah wei.. Kitorang rindu kat kau! Dah 3 minggu kau terlantar macam ni.. Kitorang nak Hany kitorang.. Bangunlah," Ujar Amani sayu.

Air matanya menitis.

"Aku balik dulu, esok aku datang lagi! Kau doakan kitorang dapat markah tinggi dalam presentation nanti tau! Bye, assalamualaikum!" Ujar Amani sebelum keluar dari wad Hany dan menuju ke keretanya.

~~~~

Keesokan harinya.

"Jom along hantar," Ujar Darwish.

"Tak payah! Adik bawa kereta sendiri," Ujar Delina tanpa memandang mereka yang berada di meja makan.

Sikit pun dia tidak menyentuh sarapannya.

Delina tak seperti selalu.

Kunci keretanya di ambil dan terus memakai kasut. Dia masuk ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan. Laju keretanya membelah jalan.

~~~~

Sekolah.

Vroom vroom

Semua memandang kereta Lamborghini gold yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah. Semua berbisik-bisik. Tertanya-tanya siapa yang membawa kereta itu.

Delina keluar dari keretanya. Semua tergamam. Dia berjalan tanpa menghiraukan sesiapa. Termasuk THB dan TH. TH menghalang laluannya.

"Nice car! Kau pinjam ke? Orang macam kau ni, yang TAKDE gelaran TENGKU mampu ke nak beli kereta semahal tu?" Sindir Dania.

Semua yang ada di situ tertawa. Kecuali THB. Delina memandang Dania dengan riak kosong.

"Kalau pinjam pun kenapa? Yang tu, LE tau! Kau mampu ke nak pinjam?Atau lebih tepat kau MAMPU ke nak beli? Kalau setakat sembang kencang tapi pokok tak goyang nak buat apa?At least aku dapat MERASA bawa LAMBORGHINI! Kau? Langsung TAK dapat.." Sindir Delina.

Semua tertawa terutama THB dan semua pelajar lelaki. Yang perempuan hanya segelintir.

Sempat dia hadiahkan senyuman sinis sebelum berlalu pergi.

~~~~

Kelas.

"Aku dengar kau sindir si Dania tu kaw-kaw," Ujar Amani yang entah dari mana.

"Hmm.. Dah dia yang mulakan dulu, aku pun bagilah!" Ujar Delina selamba.

"Bagus juga tu! Biar dia tahu yang bukan dia sorang je yang boleh sindir orang sana sini, arah orang sana sini!" Ujar Izara.

"Baguslah.. Tapi jangan sampai semuanya terbongkar!" Ujar Amani serius.

Delina hanya angguk.

~~~~

"Zara, kenapa Del dah lain?" Soal Remy.

THB memandangnya sambil angguk.

"Hmm.. Inilah dia yang dulu.. Keras kepala, degil, tak nak dengar nasihat orang, semuanya dia! Dia berubah pun sebab abi dia marah dia teruk masa dia form 4.. And now, dia jadi macam tu balik sebab orang yang buat Hany sampai koma." Terang Izara panjang lebar.

"Macam mana nak ubah dia? I mean ubah perangai dia?" Soal Raykal.

Khairul hanya mendengar.

"Cinta, hanya cinta yang dapat ubah dia.." Ujar Izara perlahan.

Tidak lama kemudian dia ketawa mengekek.

"Just kidding.. Bila Hany sedar, dia tahulah nak buat apa.. Dia je yang pandai pujuk Delina, kalau kitorang yang pujuk sampai tahun depan lah dia terus macam tu!" Ujar Izara.

DIA YANG TERAKHIR |EDITING|Where stories live. Discover now