•20●

120 41 2
                                    

Khairul duduk disofa sambil memicit kepalanya. Delina menghulurkan mug yang berisi hot chocolate kepada Khairul. Khairul menyambut hulurannya dan menghirup sedikit.

"U fikir apa?" Soal Delina.

"Tadi mama call.. Dia kata malam ni kawan dia nak datang. Nak kenalkan anak kawan dia yang baru balik dari UK," Ujar Khairul sebelum keluhan berat dilepaskan.

Delina tersentak.

"So.. U nak balik ke? Kalau nak, I suruh Faiz hantarkan." Ujar Delina lalu memandang ke arah lain.

"Whoever it is, I tetap cintakan U.. No one can replace you." Ujar Khairul.

"U rehatlah. I.. Nak tengok diorang sekejap." Ujar Delina dan terus berlalu pergi.

Khairul mengeluh kecil.

~~~~

Tangan Hakimi diluruskan.

"Kalau tangan kau bengkok macam ni, kemungkinan besar kau akan tersasar dan tangan kau boleh patah!" Ujar Delina tegas.

Kepala Remy diketuk perlahan.

"Jangan main-main! Aku sebat kau nanti," Ujar Delina geram.

Tak pernah nak serius Remy ni. Boleh pula dia kacau Amir tengah berlatih?

Khairul di dekati. Teragak-agak untuk dia memegang tangan lelaki itu. Badannya dirapatkan ke badan lelaki itu.

"Fokus, hiraukan keadaan sekeliling. Peka dengan segala pergerakan. Diorang takkan tunggu lama-lama untuk bertindak. Tembak selagi peluru U tak habis," Ujar Delina.

Hakimi dan Remy bersiul nakal melihat mereka.

"Kau fokus sekarang! Sebelum aku siat kening kau!" Ugut Delina dan menjarakkan dirinya dengan Khairul.

Khairul hanya tertawa kecil. Hakimi dan Remy mengangkat tangan tanda berserah.

"Can you just stay like that?" Usik Khairul.

Lengan Khairul dicubit geram sebelum berlalu ke arah Fuad.

Khairul tertawa kecil.

~~~~

"Get ready," Ujar Delina.

Mereka angguk.

"Pastikan diorang selamat." Bisik Delina kepada Amir.

Amir mengangguk kecil. Dia percayakan Amir kerana Amir seorang yang peka.

~~~~

Leher lelaki itu dikelar. Dia memberi isyarat kepada yang lain. Mereka masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.

Prakk

Kepala lelaki berbadan gempal itu diputar. Tiba-tiba banglo dua tingkat itu terang-benderang. Delina berdecit.

"Plan B!" Ujar Delina.

Mereka angguk.

Bang

Lelaki yang memegang kayu besbol itu rebah. Hakimi tersungkur akibat ditumbuk. Pistolnya tercampak jauh. Delina melepaskan tembakkan tepat ke arah dahi lelaki yang ingin memukul Hakimi menggunakan besi.

"Be careful!" Ujar Delina.

Hakimi angguk dan mengambil pistolnya yang tercampak tadi.

~~~~

Lelaki tua yang dikenali sebagai Dato' Iqbal itu tertawa apabila dapat menangkap Delina. Delina berdecit.

"Berhenti sebelum aku tembak perempuan ni!" Ujar Dato' Iqbal lantang.

DIA YANG TERAKHIR |EDITING|Where stories live. Discover now