JEJ 4

6.4K 160 8
                                    

Hari pertunangan antara Damia dan juga Adam telah pun tiba. Tidak ramai tetamu yang hadir kerana mereka hanya membuat majlis kecil-kecilan sahaja. Yang hadir hanyalah saudara-mara Adam, Damia dan juga kawan rapat Adam. Damia bercadang tidak mahu memberitahu kawan-kawannya tentang hal ini.

Damia yang sudah duduk di anjung katil bertemankan kakak saudaranya hanya menundukkan kepalanya sahaja apabila Datin Marina datang menyarungkan cincin pertunangan di jarinya.

Sesungguhnya hati dia tak rela dengan perkahwinan ini. Dia terlalu muda untuk menguruskan sebuah perkahwinan.

"Terima kasih Mia sebab sudi terima Adam. Mama mintak maaf kalau mama begitu paksa Mia untuk terima Adam"kata Datin Marina kepada Damia. Damia hanya tersenyum kelat sahaja.

"Takpe, ma...ma.... Mungkin Adam adalah jodoh saya"balas Damia walaupun dia berasa awkward memanggil Datin Marina dengan panggilan 'Mama'.

Datin Marina tersenyum manis. Dia kemudian menarik Damia masuk ke dalam pelukannya.

"Thanks, Mia. Mama harap sangat yang Mia mampu jaga dan bahagiakan Adam. Dia dah lama terseksa"kata Datin Marina setelah dia melepaskan pelukannya terhadap Damia. Damia hanya mengangguk sahaja.
______________________

Keesokannya,

Adam mengeluh. Dia kini sudah menjadi tunangan orang. Dia langsung tidak bersedia dengan hal ini.

Tok! Tok! Tok!

Adam tersentak apabila dia mendengar pintu biliknya diketuk.

"Masuk!"laung Adam. Maka, Sheila pun masuk dengan wajah yang tidak dapat dijelaskan.

"Yes, Sheila kenapa?"tanya Adam tanpa memandang Sheila.

"Err...bos. Cik Qarina ade kat depan"jawapan yang keluar dari mulut Sheila membuatkan Adam bengang.

"Ape ni?! Camne dia boleh terlepas dari guard?! Kan saya dah pesan supaya jangan benarkan dia masuk!"marah Adam.

"Err...dia....menyamar bos"balas Sheila gagap. Sesungguhnya dia begitu takut kalau Adam betul-betul naik angin walaupun boleh dikatakan yang Adam akan kekadang menjadi sporting terhadapnya.

Adam menghela nafas berat.

"Bagi dia masuk"kata Adam membuatkan Sheila terkejut. Adakah bosnya ini sudah menjadi gila?!

"Tunggu ape lagi? Pergilah sana"kata Adam lagi membuatkan Sheila tersentak. Dia lantas mengangguk lalu keluar dari bilik Adam.

Dia hanya hendak tak hendak sahaja memandang wanita di hadapannya ini.

"Cik boleh masuk sekarang"kata Sheila malas. Qarina yang sedang menunggu di atas sofa itu sudah tersenyum sinis.

"See, seperti yang I cakapkan. Dia akan benarkan I masuk. Dan dia akan tarik semula arahan dia tu sebab dia dah mula fall in love dengan I"kata Qarina. Dia dengan langkah yang gediknya terus memasuki bilik pejabat Adam.

"Heii sayang. I know you miss me. I pun rindukan you jugak"kata Qarina manja. Kakinya melangkah menuju ke belakang Adam lalu leher jejaka itu dipeluknya erat dari belakang.

Adam dengan pantas melepaskan pelukan itu lalu bangun.

"Aku bagi kau masuk bukan sebab aku rindukan kau! Kau jangan nak perasan eh!"marah Adam. Qarina hanya mencebik.

"I tau perasaan you sekarang ni. Kenapa you nak nafikan? Just tell me and I will accept it"kata Qarina lalu berjalan mendekati Adam.

"Stop right there. Don't come near me! Aku dah bagi kau jumpa aku pun dah cukup bagus!"tegas Adam berkata. Qarina memberhentikan langkahnya. Dia mencebik lalu mula mengambil tempat di hadapan tempat duduk Adam.

Adam kembali duduk di tempatnya.

"Listen! Aku nak kau berhenti ganggu aku"kata Adam. Qarina tertawa.

"Sayang, camne I nak berhenti ganggu you kalau I still tak dapat you. You taukan yang I cintakan you sesangat"balas Qarina.

Adam ketawa sinis.

"Hei, kalau kau cintakan aku kau takkan buatlah perkara haram kat luar sana! Kau fikir aku tak tau! Kau tu cuma nak duit aku je! Mentang-mentang aku kaya. Kau fikir kau boleh goda aku macam kau goda laki lain kat luar sana? Sorry, it's a big big mistake!"balas Adam sinis. Qarina tergamam. Camne Adam boleh tau rahsianya. Namun, Qarina sedaya upaya mengawal riak wajahnya.

"Ape yang you cakapkan ni? I betul-betul cintakan you lah"balas Qarina.

"Nah! Ini cek yang bernilai 7 ratus ribu! Aku nak kau terus lenyap dari pandangan mata aku! Jangan biarkan aku nampak bayang kau dari jauh! Kalau kau taknak menyesal nanti!"ugut Adam sambil melemparkan cek itu kuat sampai terkena di muka Qarina. Selepas itu dia terus bangun lalu keluar dari situ.

Qarina hanya tersenyum sinis. Dia langsung tidak menghiraukan rasa sakit yang dirasainya. Dia mengambil cek itu lalu menghidunya.

Hmm, bau wang. I like it!

"Sorry, sayang. I terpaksa muncul depan you lagi. Sebab duit ni masih lagi tak cukup bagi I. Jadi, kalau I nak dapatkan duit yang banyak tu I perlu dapatkan you dulu kan?"kata Qarina.

"Kau milik aku. Hanya milik aku seorang! Aku akan bunuh sesiapa sahaja perempuan yang rapat dengan kau!"kata Qarina lagi.

Di wajahnya perlahan-lahan terukir senyuman yang begitu sinis. Senyuman yang psycho.
______________________

Dafriq mengusutkan rambutnya. Dia kusut! Dengan cara bagaimana lagi dia boleh dapatkan maklumat tentang keluarga kandungnya? Dan dengan cara bagaimana lagi dia harus mencari orang yang melanggarnya sehingga menyebabkan dia lupa semua ingatannya?

Dafriq menghela nafas berat. Dia cuba untuk bertenang.

"Hmm ape kata aku ambik cuti. Sementara tu boleh tenangkan fikiran aku yang tengah kusut ni"kata Dafriq kepada dirinya. Dia pun menekan interkom lalu memanggil Laila untuk masuk.

"Yes, bos ade ape?"tanya Laila.

"Tempahkan saya tiket ke Langkawi untuk next month ni. Jangan lupa dengan hotel sekali"arah Dafriq. Laila hanya mengangguk sambil tangannya sibuk menulis arahan dari Dafriq.

"Tu je bos?"tanya Laila inginkan kepastian.

"Yes, tu je"jawab Dafriq. Laila hanya mengangguk lalu meminta izin untuk keluar.

Dafriq menyandarkan dirinya di kerusi. Dia harap sangat yang dia akan berjumpa dengan keluarganya. Suatu hari nanti.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now