JEJ 62

7.5K 181 49
                                    

Hari yang dinantikan oleh pasangan bahagia ini telah pun tiba. Adam kelihatan segak dengan baju melayu yang dipakainya. Baju yang sama ketika kali pertama dia berkahwin dengan Damia.

Dia terus keluar dari keretanya. Rumah encik Haziq dan puan Zara selamba sahaja dia masuk seperti rumah dia punya.

"Adam dah sampai?"soal encik Haziq.

Adam hanya tersenyum. Dia menyalami tangan encik Haziq.

"Papa sihat?"

Encik Haziq mengangguk.

"Duduklah dulu, Adam. Mia tengah siap lagi tu kat atas"ajak encik Haziq.

Adam tersengih. Dia mengikuti langkah encik Haziq yang sedang duduk di ruang tamu.

"Kalau sebelum ni papa tak pernah kata apa, tapi kali ni papa nak pesan. Adam sebagai seorang lelaki dan bakal ketua keluarga Adam kena pandai kawal perasaan. Jangan biarkan emosi kawal diri. Nanti diri sendiri yang merana. Kalau ada benda pape, duduk bincang elok-elok. Jangan nak ikutkan sangat perasaan tu. Ambik perkara yang lepas sebagai pengajaran"

Adam mengangguk-angguk mendengar nasihat encik Haziq.

"Terima kasih papa sebab tak pernah kecewa dengan Adam. Adam dah pernah lukakan hati anak papa. Adam takut papa tak terima Adam lagi jadi menantu papa"

Encik Haziq tersenyum lalu menepuk bahu Adam.

"Takde apalah, Adam. Papa faham semua manusia buat kesilapan"

Adam turut tersenyum. Matanya memandang ke arah tangga. Dia terus bangun apabila melihat Damia turun bersama dengan puan Zara.

Damia kelihatan anggun dengan baju kurung yang dipakainya. Jarang Adam nak nampak perempuan pakai baju kurung lagi di KL.

"Papa dan mama taknak cakap banyak. Just nak ucapkan selamat pengantin baru. Jaga antara satu sama lain"ucap encik Haziq.

Adam dan Damia mengangguk.

"Kitorang pergi dulu tau, mama, papa"kata Damia lalu menyalami encik Haziq dan puan Zara.

"Jaga diri"
________________________

Sah.

Perkataan itu membuatkan mereka berdua tersenyum lebar. Mereka berdua sudah menjadi pasangan suami isteri sekali lagi. Perasaan bahagia tidak dapat diungkapkan.

"Adam, saya haus"

Damia menggoyangkan lengan Adam.  Adam menoleh memandang Damia.

"Kita singgah 7e depan ni kejap boleh?"

"Dengan pakai baju ni?"soal Damia sambil menunjukkan baju mereka berdua. Adam tersenyum.

"Biarlah. Mana tau boleh dapat free. Sekali dengan protection sekali"

Muka Damia sudah merah. Dia terus mengalihkan mukanya.

"Tak malu. Siapa nak buat dengan awak"

Damia melulu melintas jalan. Adam tersengih. Suka pulak dia melihat wajah malu Damia. Namun sengihannya pudar apabila dia melihat ada satu kereta yang menuju laju ke arah Damia.

"Damia!"

Damia terjatuh ke bahu jalan. Matanya memandang ke arah tengah jalan. Kelihatan Adam sudah terbaring terlentang.

"Adam!"

Damia menghampiri Adam. Rasa pedih di lututnya tidak dihiraukan. Dia memangku kepala Adam di ribanya.

"Adam!"

Adam menggenggam lemah tangan Damia. Dia sudah terbatuk darah. Damia menangis melihat keadaan Adam. Air matanya sudah berjujuran keluar.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now